Friday, August 28, 2015

MENTERI PERTANIAN BARU 2015

Salam PERPETA,

Dato' Ahmad Shabery Cheek adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru dalam rombakan kabinet telah dilantik pada 29 Julai 2015 yang lalu. Beliau yang dilahirkan pada 10 Disember 1958 dari Kijal, Kemaman, Terengganu belajar di Universiti Malaya dan seterusnya di University  of Leeds dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan. Beliau juga mendapat diploma lanjutan daripada Uppsala University di Sweden. Kini menjadi Ahli Parlimen Kemaman semenjak 2004, 2008 dan 2013 (3 penggal) dan pernah menjadi Menteri Penerangan, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Penerangan dan Multi Media dan kini menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Seorang ahli politik yang berpengalaman dan pandai berpidato, menteri pertanian baru ini diharap akan terus memajukan sektor pertanian di Malaysia dan membangunan masyarakat petani, nelayan, penternak dan semua golongan yang terlibat dalam sektor pertanian. PERPETA mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri Pertanian baru kita. Wasalam!.



Oleh,
Presiden dan AJK,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya, MAlaysia.

No comments:

Post a Comment