Friday, August 28, 2015

AMANAT MENTERI PERTANIAN 2015

Salam PERPETA,

Majlis Amanat YB Dato' Ahmad Shabery Cheek iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru telah diadakan pada 26 September 2016 (Khamis) di Dewan A, MAEPS, Serdang, Selangor. Turut hadir adalah dua Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), TKSU, SUB, Ketua-ketua Pengarah dan Pengerusi-pengerusi GLC. Majlis juga dihadiri oleh semua lapisan warga MOA daripada 4 Jabatan dan pelbagai Agensi seramai lebih 1,000 orang. Presiden PERPETA dan AJK turut hadir dalam amanat tersebut yang dirasakan julung kali diadakan untuk bersama dengan menteri yang baru. Perjumpaan ini agak unik kerana menteri berdiri ditengah-tengah pentas dan dikelilingi oleh semua warga MOA (Tiada rostrum dan kerusi). Beliau perlu berpusing 360 darjah keliling untuk memberikan amanatnya. Kali pertama beliau telah mengatakan iaitu semakin tinggi kedudukan seseorang itu ia akan menjadi semakin 'GAYAT'. Ini kerana ia bila sudah tinggi akan takut jatuh jika berlaku. Beliau menyarankan agar semua warga MOA dapat menjalankan kerja secara berpasukkan atau 'work as a team'. Ia menjadi asas yang penting dimana semua golongan akan memainkan peranan.

Seterusnya dinyatakan bahawa tema Hari Kebangsaan 2015 adalah 'Sehati Sejiwa'. Malaysia akan menggunakan 'Hari kebangsaan' menggantikan 'Hari Merdeka' kerana bagi Semenanjung Malaysia ianya capai tarikh Merdeka pada 1957 manakala Sabah dan Sarawak 1963. Seterusnya beliau nyatakan di Havard Business School mereka mengajar kepentingan 'kepimpinan' sebagai teras bukan hanya pengurusan perniagaan sahaja. Mengambil contoh kisah dari Negara China, YB Menteri mengisahkan bagaimana seorang anak raja dilatih menjadi pemimpin yang mengetahui dan memahami masaalah rakyat yang mesti tahu untuk dia 'mendengar dengan hati'. Anak raja dihantar kepada Sifu (tok guru) untuk masuk hutan dan mendengar apakah bunyi dan kehidupan dalam hutan. Selepas beberapa lama dalam hutan anak raja tersebut memberitahu kepada sifu apa yang beliau dengar dan lihat. Sifu tidak puas hati dan minta anak raja masuk hutan lagi. Akhirnya anak raja faham bahawa dia mesti mendengar dengan hati juga bagi memahami apa yang ada didalam hutan untuk menjadi pemimpin yang baik. Beliau kemudian diajar bagaimana untuk menjadi raja yang baik dan ada kredibiliti.

Beliau berharap semua warga MOA dapat berkongsi info bersama kerana MOA adalah kementerian yang SANGAT PENTING dari aspek keselamatan makanan, kecukupan makanan (Food Safety and Food Security). Ia berkait juga dengan moto 'Pertanian adalah perniagaan' dan meminta semua golongan daripada menteri, pegawai atasan, petani, peniaga dan mereka yang terlibat dalam sektor bekalan makanan memberikan kerjasama baik. Kepentinag MOA dan Jabatan serta agensinya tidak akan habis malahan akan berterusan generasi demi generasi kerana rakyat perlukan makanan. Negara akan lumpuh jika makanan asasi tidak mencukupi walau pun mempunyai persenjataan yang canggih dan mahal. Oleh itu amat penting peranan MOA agar dapat diperkukuhkan generasi demi generasi akan datang. Menteri juga menyentuh ayat quran yang bermakna "Kita mampu bantu hapuskan orang miskin dan memberi makan kepada orang miskin". Akhirnya menteri nyatakan bahawa 'You are my corlicks' dan sentiasa 'mendengar dengan hati' untuk mengatasi masaalah 'derita yang tidak dizahir', 'Perasaan yang tidak diluah' dan Rintihan yang tidak diluah' sebelum menamatkan amanat sulung beliau. Wasdallam!. 

Catitan oleh:
Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(28 Ogos 2015)

No comments:

Post a Comment