Wednesday, May 27, 2015

PENGIKTIRAFAN PENGAJAR PERTANIAN

Sebahagian penerima sijil Tenaga Pengajar daripada Johor dengan Presiden PERPETA.
SALAM PERPETA,

Satu Majlis memberikan Sijil Pengiktirafan kepada Pengajar Mahir Jabatan Pertanian telah diadakan pada 25 Mei 2015 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya. Seramai 36 orang tenaga pengajar mahir daripada Gred G27 - Gred G54 menerima sijil tersebut daripada TKPPP sebagai satu pengiktirafan kepada individu yang layak menerima. Mereka merupakan kumpulan kedua menerima sijil tersebut setelah 82 pegawai menerima surat tersebut pada tahun 2013. Mereka terdiri daripada pelbagai disiplin seperti Biakbaka, Sains Tanah, Tanaman buah-buahan, Biosekuriti, Pengembangan Pertanian, kejenteraan pertanian, kawalan kualiti, regulatori dan banyakk lagi. Majlis ini dihadiri sama oleh Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri dan peserta kursus Agrosains dan Teknologi Pertanian 2015.

Kepada semua ahli-ahli PERPETA yang telah layak untuk mendapatkan pengiktirafan ini diminta agar menghubungi Bahagian PSM, Jabatan Pertanian dengan mengisi borang. Mereka yang telah berkhidmat selama 8 tahun dan sering memberikan ceramah dan khidmat kepakaran kepada pelanggan boleh memohon sebagai Tenaga Pengajar di Jabatan Pertanian untuk tujuan ini. Selain itu mereka juga boleh mohon Pegawai Pakar (PIND) daripada Jabatan Tenaga Rakyat untuk mendapatkan pengiktirafan. Sekian.

By,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(27 Mei 2015)

No comments:

Post a Comment