Tuesday, May 12, 2015

MESYUARAT PERPETA 2/2015

SALAM PERPETA,

Mesyuarat AJK PERPETA Bil 2/2015 telah diadakan pada 11 MEI 2015 di  Bilik Mesyuarat Garcinia, Aras 13, Bahagian Hortikulutr, jabatan Pertanian Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden PERPETA dan dihadiri oleh ramai AJK PERPETA dan beberapa perwakilan dari negeri-negeri dan kader. Mesyuarat kali ini ditumpukan kepada proses pengisian jawatan kosong, proses kenaikan pangkat, pengstrukturan baru di Jabatan Pertanian dan Penyediaan Akta Agrologist. Pengerusi dalam ucapan aluan menyatakan bahawa PERPETA telah berjaya membaharui pendaftaran kepada ROS pada 8 Mei 2015. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa pada tahun 2015 tidak ada Mesyuarat Agong sebaliknya akan diadakan pada tahun 2016 atau tahun hadapan. Bagaimana pun presiden memohon agar semua AJK terutamanya Ketua-ketua Biro menjalankan aktiviti dengan sebaik mungkin.


Mesyuarat membincangkan panjang lebar mengenai pengisian Jawatan Kosong daripada peringkat pengurusan tertinggi sehingga kepada Gred G41. Ini kerana beberapa PPN masib belum selesai proses pengisiannya diikut dengan Gred G54 sehingga Gred G41. PERPETA akan sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan Jabatan Pertanian untuk memberi maklumat sesuai kepada ahli-ahli yang banyak membuat pertanyaan. Ketua Biro Modal Insan banyak membuat penjelasan menganai proses pengisian jawatan kosong dan proses kenaikan pangkat. Mesyuarat juga mengesyorkan agar pegawai-pegawai pertanian pada semua peringkat (terutamanya AO Persekutuan di cawangan Teknikal yang layak dicalonkan) mengisi borang pencalonan sebarang anugerah (setidak-tidaknja PJK, BKT, AMN dan sebagainya) kerana ini akan mengangkat martabat ahli PERPETA. 

Ketua-ketua Biro membentangkan aktiviti yang dilaksanakan dalam mesyuarat ini walau ada beberapa biro masih kurang aktif. Ia dimulakan dengan Ketua Biro Pembangunan Modal Insan, Biro Kebajikan, Biro Sukan dan Kebudayaan, Biro Ekonomi, Biro Publisiti dan juga Biro Pengaduan Awam. Beberapa perwakilan negeri memberikan laporan kemajuan aktiviti PERPETA di negeri masing-masing. Mengenai Akta Agrologist, Bahagian PSM akan menerajui Jabatan Pertanian untuk meneruskan usaha penyediaan Akta Agrologist dengan kerjasama AJK PERPETA. Ini kerana Jabatan Pertanian adalah yang paling sesuai untuk mrngangkat Akta Agrologist selaras dengan kehendak semua dan perundangan. Mesyuarat yang dimulakan jam 12.00 ditamatkan jam 3.00 petang.

By,
Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(12 Mei 2015) 

No comments:

Post a Comment