Wednesday, November 12, 2014

LAWATAN KEPROJEK TAHU BUMIPUTRA

SALAM PERPETA,

AJK PERPETA Pusat, Perwakilan dan Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Kilang memproses Tauhu Semedang di Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, Johor pada 10 November 2014. Lawatan ini diadakan sempena Mesyuarat AJK PERPETA Bil 5/2014 yang diadakan di Johor BAhru dan Program Taklimat Halatuju PERPETA untuk Negeri Johor melibatkan lebih 45 orang. Kilang yang diusahakan oleh Encik Khalid ini mendapat bantuan khidmat nasehat daripada Jabatan Pertanian dan bantuan peralatan bernilai RM8,000 berupa alat memproses kacang soya. Tahu Semedang merupakan sejenis makanan yang popular dan berasal daipada Pulau Jawa, Indonesia dan mempunyai permintaan yang tinggi di sekitar Johor terutamanya kawasan Johor Bahru. Tahu yang kecil ini digoreng dahulu sebelum dimakan dengan cili api atau sambal kicap. Rasanya yang lemak, rangup dan berempah menyebabkan ia amat sesuai dihidangkan sebagai makanan berkhasiat yang kaya dengan protin.  

Presiden PERPETA bersama AO Johor Bahru dan En Khalid.

Lawatan ini memberikan pendedahan baik kepada ahli-ahli PERPETA bagaiman Jabatan Pertanian berjaya membangunkan industri IAT yang kini agak kurang mendapat perhatian dalam RMK Ke 10 dari kerana kurang bajet diberikan berbanding dengan dalam RMK Ke 9 dahulu. Bagaimana pun Jabatan Pertanian Johor masih aktif untuk melaksanakan projek IAT melalui Program Galakan Usahawan (PGU) dan SMSI daripada peruntukkan kerajaan negeri. Wasallam.

Oleh,
Presiden PERPETA
Kawasan Perindustrian Tampoi
Johor Bahru
Johor 

No comments:

Post a Comment