Tuesday, October 14, 2014

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2014

Salam PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada semua Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Malaysia yang menerima "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" atau APC yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 14 Oktober 2014. Majlis yang di adakan di Dewan MAEP, Serdang, Selangor ini merupakan aktiviti gabungan beberapa Jabatan dan Agensi dibawah kementerian yang berjaya menerima APC untuk tahun 2014. Ramai dikalangan ahli-ahli PERPETA bekerja kuat dan ii dibuktikan dengan anugerah APC yang merupakan pengiktirafan oleh pihak kerajaan. Kegembiraan mereka yang menerima anugerah ini terpancar dengan sessi bergambar bersama penerima anugreah APC dan juga bergambar bersama Menteri serta Ketua Setiausaha Kementerian (KSU). 





Pengikritafan ini meemberikan semangat dan dorongan untuk semua pegawai di Jabatan Pertanian untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan komited. Terimakaseh juga diucapkan kepada ketua-ketua iaitu Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua yang memberikan markah tinggi dan kepada Jawatankuasa APC Jabatan Pertanian. Kepada ahli PERPETA lain yang belum menerima APC diharap akan teruskan usaha bekerja dengan cemerlang!.


 Dari,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(14 Oktober 2014)


No comments:

Post a Comment