Thursday, October 23, 2014

HARI INOVASI JABATAN PERTANIAN

Salam PERPETA,

HARI INOVASI 2014 Jabatan Pertanian diadakan pada 16 Oktober 2014 bertempat di Dewan Seberguna, MOA, Putrajaya. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia dengan dihadiri lebih daripada 450 orang pegawai dimana sebahagian daripada mereka adalah Ahli-ahli PERPETA. Beberapa acara hari Inovasi dijalankan sempena majlis tersebut termasuk penyampaian sijil dan anugerah kecemerlangan yang dicapai oleh kakitangan Jabatan Pertanian sepanjang tahun 2014. Beberapa kumpulan KMK dan Anugerah Inovasi telah diberikan sijil penghargaan setelah berjaya membuat pembentangan sebelum ini. Majlis ini diserikan dengan Anugerah Inovasi Kategori Pegawai dan Anugerah Inovasi Kategori Usahawan. Hari inovasi ini sesungguhnya memberikan pengiktirafan kepada semua warga Jabatan khususnya ahli-ahli PERPETA agar terus aktif dalam kerjaya.


Dari,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(Oktober 2014)

No comments:

Post a Comment