Monday, January 28, 2013

MESYUARAT AJK PERPETA BIL 1/2013

SALAM PERPETA!

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERPETA Bil 1/2013 telah diadakan pada 11 Januari 2013 di Bilik Bunga Raya, Aras 16, Jabatan Pertanian, Putrajaya. Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 16 AJK di peringkat pusat dan negeri telah berbincang yang dipengerusikan oleh Presiden PERPETA Y.H. Dato' Sabtu bin Slamat. Dalam ucapan aluan, pengerusi memohon agar PERPETA dapat memberikan bantuan dalam bentuk sumbangan tertentu kepada ahli-ahli yang ditimpa musibah. Pengerusi berharap banyak aktiviti PERPETA dapat dilaksanakan pada tahun 2013 termasuk persediaan untuk mengadakan Mesyuarat Tahunan. Seterusnya aktiviti-aktiviti setiap biro telah dibentangkan didalam mesyuarat tersebut oleh Pengerusi Biro yang dilantik. Mesyuarat ditamatkan pada jam 6.15 petang.

Laporan oleh,
Pengerusi
Biro Perkhidmatan Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya 

No comments:

Post a Comment