Friday, January 1, 2016

PENGARAH BAH. PSM BARU- 2016

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Tn Hj Mokhtar bin Sulai sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia mulai 4 Januari 2016. Jawatan ini dikosongkan oleh Tn Hj Hanawi Ahmad yang telah bertukar menjadi Pengarah Bahagian Pertanian Bandar, Ibupejabat Putrajaya.  Satu Majlis ringkas penyampaian surat perlantikan diadakan di Aras 17, Jabatan Pertanian Putrajaya pada 30 Disember 2015. Ketua Pengarah Pertanian diiringi oleh pemangku TKPP(O) dan Pengarah Pengurusan turut hadir dalam Majlis tersebut. 

Tn Hj Mohktar Sulai (Gred G54) sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Bahagian PPIAT Putrajaya dan beliau adalah lama dibahagian BPIAT Ibupejabat dengan mengendalikan antaranya latihan Belia Jepun, Azam Tani, Insentif Harga dan beberapa lagi. Berasal dari Kedah (keturunan Siam) dan dilahirkan pada Mac 1958, beliau di PSM akan mempastikan bahagian itu akan lebih hebat dimasa akan datang dalam melaksanakan aktivitinya dimana keujudannya akan lebih dirasai.
SELAMAT MAJU JAYA!.

Dari,
Presiden dan AJK,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(1 Januari 2016)

No comments:

Post a Comment