Thursday, December 10, 2015

KSU KEMENTERIAN PERTANIAN BARU

PUTRAJAYA, 9 Dis (Bernama) - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini mengumumkan pelantikan dan pertukaran empat pegawai perkhidmatan awam dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi menjawat jawatan kanan berkuatkuasa Rabu depan.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Dato' Dr Ismail Bakar (Foto diatas) dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggantikan Datuk Mohd Arif Ab Rahman yang sebelum ini dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. PERPETA mengucapkan selamat datang kepada KSU baru. Dr Ismail, 55, yang menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Pengangkutan mulai 18 November 2014 merupakan lulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ekonomi dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi serta perolehan menerusi peranannya sebagai Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan dan Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington mula memasuki perkhidmatan awam pada Januari 1986 sebagai PTD.



Berikut adalah Latar Belakang KSU yang baru:-

Maklumat Asas
Tarikh Lahir : 19 Januari 1960
Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor, Malaysia
Jawatan : Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Jawatan Sebelum : Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan


Pendidikan
Ijazah Kedoktoran Ekonomi, University of Hull, United Kingdom (2004)
Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan, University of Hull, United Kingdom (1995)
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya (1983)

Pengalaman
Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (16 Disember 2015)
Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia (18 November 2014)
Menerima surat pelantikan sebagai KSU Kementerian Pengangkutan oleh YBhg. Tan Sri KSN (14 November 2014)
Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan (20 Januari 2014)
Pengarah, Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan (1 Ogos 2013)
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan (Februari 2011)
Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington (2008)
Ketua Seksyen Teknologi MAklumat & Elektronik, Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan (2006)
Ketua Perancangan, Penyelidikan dan Dasar, Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan (2004)
Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Analisa Ekonomi & Antarabangsa, Kementerian Kewangan (1995)
Penolong Setiausaha, Bahagian Analisa Ekonomi & Antarabangsa, Kementerian Kewangan (1990)
Penelong Pengarah, Pasukan Petugas Anti Dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (1986)
Lantikan ke perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik (13 Januari 1989


PERPETA mengucapkan Selamat Datang kepada KSU kita. Selamat Maju Jaya!.

Oleh,
Presiden dan AJK
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(10 Disember 2015)
 

No comments:

Post a Comment