Friday, September 11, 2015

KUNJUNG HORMAT KPD PENGARAH PENGURUSAN

SALAM PERPETA,

Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Kerhormat PERPETA telah membuat lawatan kunjung hormat kepada Pengarah Bahagian Pengurusan yang baru iaitu En Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman pada 1 September 2015. Beliau adalah pegawai PTD Gred M54 anak kelahiran Kedah yang lahir pada tahun 1963 dan pernah bertugas di Jabatan Pertanian Kedah mula-mula bertugas sebelum melanjutkan pelajaran. Berpengalaman bertugas di MITI, Pengarah KPDNKK Sarawak dan MOA amat luas berpengalaman. Kunjung hormat yang bermula jam 3.00 - 4.20 petang ini diadakan dibilik Pengarah Pengurusan pada Aras 11, Jabatan Pertanian Putrajaya. Presiden dalam membuat salam perkenalan memberikan penerangan mengenai Pertubuhan PERPETA dan aktivitinya serta perlunya hubungan baik dengan pihak pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pertanian. Satu kertas taklimat mengenai PERPETA diberikan kepada En Wan Uzir sebagai bahan rujukan untuk beliau fahami akan persatuan perkhidmatan pegawai pertanian Jabatan Pertanian. Presiden pohon agar pihak pengurusan memberikan maklumat data asas Pegawai Pertanian kepada PERPETA dimana ia sentiasa dikemaskini setiap minima 6 bulan sekali.  Ini kerana data asas terkini yang dipunyai oleh pihak pengurusan dan PERPETA adalah sentiasa berubah apabila berlaku proses kenaikan pangkat, pertukaran pegawai dan pengambilan jawatan baru pegawai. PERPETA sentiasa bersedia membantu pihak Pengurusan Jabatan Pertanian untuk memberi kerjasama daripada ahli-ahli jika diperlukan berkaitan isu perkhidmatan dan juga perjawatan. Antaranya mengenai pemberitahuan dalam proses kemaskini Buku Rekod Perkhimatan, Maklumat asas dalam HRMIS, proses pengesahan dalam jawatan dan sebagainya yang lazimnya melewatkan proses kenaikan pangkat. Selanjutnya akibat ahli-ahli PERPETA tidak dapat dihubungi atau lewat menerima info menganggu pihak pengurusan dalam urusan pentadbiran.  PERPETA juga pohon agar proses kelewatan dalam pengisian jawatan kosong sedia ada dapat diisikan dengan lebih cekap. 


Setiausaha Kehormat dan Timbalan Presiden juga telah menyatakan PERPETA memang akan berusaha memberi penerangan kepada ahli-ahlinya dalam perkara melibatkan perkhidmatan. PERPETA bersedia menerima pelawaan Pengurusan Jabatan Pertanian pada bila-bila masa untuk mengadakan perbincangan dua-hala selain daripada ahli tetap Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang hanya dibuat 3 bulan sekali. Presiden PERPETA juga merupakan timbalan pengerusi dalam MBJ Jabtan Pertanian selama banyak tahun. Kunjung hormat ini mampu memperkenalkan PERPETA kepada pengurusan yang baru. Wasallam!.


Oleh,

Presiden, Timbalan Presiden dan SU
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Aras 11, Putrajaya,
Malaysia.
(1 September 2015)

No comments:

Post a Comment