Sunday, February 15, 2015

MESYUARAT AJK PERPETA BIL 1/2015

SALAM PERPETA,

Mesyuarat AJK PERPETA Bilangan 1/2015 telah diadakan pada 5 Febuari 2015 di Aras 13, Bahagian PSM, Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Presiden dan dihadiri oleh seramai 28 orang AJK dan Perwakilan dari Bahagian dan Negeri. Presiden dalam ucapan aluannya menyatakan yang proses kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan sedang dilakukan oleh pengurusan termasuk dua jawatan utama Jusa B dan 4 jawatan Jusa C. Ini akan diikuti dengan pergerakan lain-lain pangkat berikutnya. Presiden juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua AJK dan Ahli PERPETA yang telah menjayakan misi bantuan mangsa banjir 2014 di negeri-negeri Pantai Timur dan juga Perak. Komitment semua AJK dan ahli-ahli PERPETA amat dibanggakan dengan bantuan kewangan, barang makanan, pakaian, tenagakerja dan sebagainya selama hampir 2 bulan beroperasi.  Penggunaan whatAps dikendalikan oleh Penolong SU PERPETA 'Task Force Banjir" telah beroperasi dengan cekap dan mendapat respon amat positif sepanjang operasi mangsa banjir berlaku. Banyak foto dan aktiviti yang telah dirakam sepanjang operasi tersebut. Ini merupakan aktiviti murni yang amat diperlukan negara ketika menghadapi musibah seperti ini. PERPETA bangga dengan sumbangan anda semua.

Dalam tahun 2015, banyak rancangan aktiviti PERPETA akan dijalankan selaras dengan perlembagaan pertubuhan dan program-program yang sesuai diatur bersama Jabatan Pertanian. Tahun 2015 juga merupakan tahun terakhir perlaksanaan program RMK Ke 10 dan semua pihak sedang menyediakan program RMk Ke 11 untuk dilaksanakan 5 tahun lagi. Banyak projek-projek baru dirancang untuk dicadangkan kepada kerajaan bagi mempastikan peranan Jabatan Pertanian akan terus unggul dalam menentukan sektor pertanian terus relevan.  Cadangan projek telah di selaraskan  oleh Bahagian Perancangan untuk dibentang kepada EPU dan MOA sebelum akhir Mac 2015. Berikanlah cadangan terbaik untuk kita laksanakan dalam RMK ke 11 nanti. 

Mesyuarat AJK PERPETA kali ini juga membincangkan laporan kemajuan Biro-biro sepanjang tahun 2014. Walau pun ada sesetengah biro agak kurang menyerlah, tetapi ia akan diperbaiki pada tahun 2015. Bendahari dan Penolong Bendahari juga telah membuat laporan kewangan dan keahlian PERPETA dengan kemaskini. Semua AJK, wakil bahagian dan negeri-negeri dipohon agar mendaftarkan pegawai pertanian yang masih belum menjadi ahlii PERPETA. Rekod menunjukkan masih ramai dikalangan mereka yang berminat untuk menjadi ahli tetapi masih belum mendaftar. Ikutilah petua "Bulat Air Kerana Pembentong, Berjaya kita kerana Muafakat". 
Sekian.

Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(5 Febuari 2015).

No comments:

Post a Comment