Friday, August 22, 2014

JEMAAH HAJI PERPETA

Salam PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI 1435 Hijrah bersamaan dengan tahun 2014 kepada semua ahli-ahli PERPETA yang menunaikan rukun islam ini. Menunaikan haji adalah dituntut kepada mereka yang berkemampuan dan mendapat jemputan daripada Allah jua. Lambaian Kaabah kepada rakan-rakan kita memang dinanti-nantikan sejak lama dan kali ini rakan-rakan kita yang terpilih akan bertolak dalam masa seminggu lagi daripada tarikh artikel ini ditulis. Semuga mereka diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan ibadah suci ini dan dikurniakan Haji yang Mabrur, InsyAllah!. PERPETA ingin mengucapkan selamat menjalankan fardu haji kepada semua ahli-ahli yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Wasallam!

By,
PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(22 Ogos 2014 
bersamaan 26 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment