Tuesday, February 11, 2014

MESYUARAT AJK PERPETA BIL 1/2014

Salam PERPETA,

Mesyuarat AJK PERPETA bilangan 1/2014 telah diadakan pada 5 Febuari 2014 di Ibupejabat, Jabatan Pertanian Putrajaya. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden PERPETA dengan dihadiri oleh AJK PERPETA. Dalam ucapan aluan pengerusi dimaklumkan bahawa pada tahun 2014 akan berlaku Mesyuarat Agong dan pemilihan AJK baru. Mesyuarat juga membincangkan mengenai persediaan awal dan cadangan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan yang dijangka akan diadakan pada 6 - 8 April 2014. Mesyuarat agong ini dicadangkan untuk di adakan di Negeri Terengganu bersama dengan aktiviti program Seminar Pengembangan Jabatan Pertanian. Mesyuarat juga membincangkan laporan kemajuan program dan aktiviti telah dilaksanakan pada 2013 dan cadangan untuk dilaksanakan pada tahun 2014. Laporan kewangan berakhir Disember 2013 juga dibentangkan dalam mesyuarat.   

Ketua-ketua biro memberikan laporan kemajuan dan diterima oleh ahli-ahli mesyuarat. Mesyuarat juga membincangkan status keahlianb terkini dan mengemaskini maklumat ahli-ahli.

Oleh,
Ketua Biro Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,

Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(10 Febuari 2014)

No comments:

Post a Comment