Friday, December 13, 2013

TAHUN 2014 - PERSARAAN

SALAM PERPETA,

Masuk sahaja tahun 2014 akan berlaku proses persaraan ramai pegawai-pegawai dalam kerajaan termasuk di Jabatan Pertanian. Selain daripada ahli PERPETA yang berpangkat tinggi dan pertengahan, beberapa pegawai pertanian pada Gred G41 pun difahamkan akan bersara kerana umur yang mencecah 60 tahun. Kita akan kehilangan rakan-rakan dan ahli-ahli PERPETA yang telah menyumbangkan jasanya kepada Jabatan Pertanian dan Persatuan PERPETA khususnya. Sebahagian daripada meraka merupakan pengerak utama dalam penubuhan PERPETA dan sebahagian lagi adalah ahli jawatankuasa yang dibanggakan. Persaraan mereka pastinya memberikan impak yang terkesan dan rasanya akan digantikan dengan rakan-rakan kita yang akan menyambung khdimat bakti mereka. PERPETA berharap proses persaraan ini berjalan dengan lancar. Proses ini akan berlaku daripada awal tahun sehinggga penghujung tahun dan berterusan pada tahun-tahun berikutnya. Sama-samalah kita tunggu siapa dikalangan kita yang akan bersara tahun 2014.

By,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(2 Safar 1435H)


No comments:

Post a Comment