Wednesday, June 5, 2013

MESYUARAT MBJ - JUN 2013

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2013 dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan Jun 2013 dimana PERPETA akan diwakili oleh dua orang AJK iaitu Hj Mohd Anim bin Hosnan selaku Ketua Biro Pembangunan Modal Insan PERPETA (Juga selaku Naib Pengerusi MBJ Jabatan Pertanian - pihak pekerja) dan Encik Ismail Mohamad (Ketua Biro Penerangan dan Publisiti). Ketua Pengarah Pertanian akan mempengerusikan mesyuarat ini dengan beberapa Pengarah Bahagian di Jabatan Pertanian sebagai wakil majikan dan beberapa persatuan sebagai wakil pekerja. Diantara NGO mewakili pekerja seperti PERPETA, Persatuan Penolong Pegawai Pertanian, Kesatuan Pembantu Pertanian, Kumpulan Sokongan II dan juga kumpulan pemandu serta pekerja lain.

PERPETA mengharapkan agar jika ada cadangan usul diberikan kepada wakli PERPETA jika ada dengan menghantar melalui email kepada anim@doa.gov.my atau ismailm@doa.gov.my dengan kadar segera untuk dihantar kepada urusetia di Bahagian Pengurusan Jabatan Pertanian. Harap Maklum.

Oleh,
Ketua Biro Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian

Putrajaya
(6 Jun 2013)

No comments:

Post a Comment