Friday, February 8, 2013

AKTIVITI KEBAJIKAN PERPETA

Biro kebajikan telah membuat lawatan kunjung hormat kepada ahli PERPETA yang kurang sihat iaitu Pn Alami. Rombongan yang diketuai oleh Presiden PERPETA YH Dato' Sabtu bin Slamat dengan beberapa AJK PERPETA. Kunjungan kerumah Pn Alami adalah untuk memberikan sedikit sumbangan moral dan dipohon supaya beliau akan sihat sejahtera. Presiden PERPETA telah menyampaikan sumbangan PERPETA kepada anak lelaki beliau (Foto diatas). 


Lawatan seperti ini dapat mengeratkan lagi diantara AJK PERPETA dengan ahli-ahli. Kepada semua ahli PEPETA diharap dapat memberikan sokongan moral kepada beliau.




PERPETA Jabatan Pertanian telah menjalankan beberapa aktiviti kebajikan melalui Biro kebajikan yang di ketuai oleh Tn Hj Mohd Zin Supaat baru-baru ini. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah menyampaikan sumbangan kewangan kepada Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bandar Baru Bangi, Selangor. Rombongan ini telah diketuai oleh AJK Kebajikan dan sumbangan telah disampaikan oleh Tn Hj Md Zin kepada pengurus rumah tersebut. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kebajikan PERPETA kepada masyarakat yang memerlukan bantuan daripada kita semua. 

Oleh,
Pengerusi
Biro Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(Berita dan Foto dihantar oleh Pengerusi Biro Kebajikan)



No comments:

Post a Comment