Sunday, September 30, 2012

MUSIM HAJI 1433H

Asalamualaikum wbt.

PERPETA mengucapkan selamat menunaikan Fardu Haji kepada semua ahli PERPETA yang terpilih untuk pergi menunaikan ibadat haji tahun ini. Ibadat Haji merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam kepada mereka yang mempunyai kemampuan dan telah berdaftar dengan Tabung Haji. Diantara mereka yang Biro Modal Insan dapat tahu adalah Pengarah Hortikultur (Hajah Normah Othman) dan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Kedah (Encik Nasir Hassan) dan beberapa ahli lain yang saya tidak dapat maklumat. Semuga mereka akan mendapat kemudahan semasa menunaikan ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah!

Kepada ahli-ahli PERPETA yang telah mempunyai kemampuan dan simpanan wang mencukupi adalah di galakkan untuk mendaftar dengan Tabung Haji bagi menunaikan haji. Hanya perlu ada simpanan RM 1,500 sahaja didalam simpanan tabung haji atau bayar tunai semasa mengisi Borang Permohonan Daftar pergi haji. Bulan lepas saya dapati yang mendaftar hanya akan mendapat kelayakan pada tahun 2047... lama tu. Oleh itu mendaftarlah segera agar kita dapat menunaikan haji pada umur yang masih muda.

By,
Ketua Biro
Modal Pembangunan Insan
PERPETA
Putrajaya.
(10 Zulkaedah 433H)

No comments:

Post a Comment