Tuesday, August 14, 2012

BERBUKA DI MASJID LAMA SERDANG

SALAM PERPETA.

Satu Majlis Berbuka Puasa di Masjid Lama di Kompleks Pertanian Serdang telah diadakan pada 14 Ogos 2012. Majlis ini dianjurkan oleh Kakitangan Kompleks Pertanian Serdang dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid. Seramai lebih dari 100 orang telah hadir dalam majlis ini yang di ketuai oleh Ketua Pengarah Pertanian iaitu Tn Hj Mustafa dan Pengarah-pengarah Bahagian serta penduduk tempatan. Ramai AJK PERPETA yang hadir termasuk Timbalan Presiden, Ketua Biro Modal Insan serta Ketua Biro Ekonomi dalam majlis ini untuk mengeratkan PERPETA dengan aktiviti seperti ini. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah Majlis Tahlil, Ucapan oleh Ketua Kariah Masjid , Jamuan Berbuka Puasa dan Sembahyang Maghrib berjemaah.

Masjid ini merupakan sebuah masjid yang menjadi nostalgia kepada ramai pegawai-pegawai lama Jabatan Pertanian kerana masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang digunakan oleh mahasiswa UPM dahulu. Masjid ini akan diganti dengan masjid baru dan memohon kepada sesiapa yang ingin menghulurkan derma untuk pembinaan masjid kerana masih kekurangan dana. Pelan rancangan pembinaan dijangka bermula Disember 2012 dan akan siap pada tahun 2013 atau awal 2014. Semuga ramai yang akan tampil memberikan sedikit harta mereka untuk pembinaan masjid yang mulia dan bersejarah ini. Wasallam...

By,
Ketua Biro
Modal Insan
PERPETA
(26 Ramadan 1433) 

No comments:

Post a Comment