Saturday, June 30, 2012

MESYUARAT MBJ

MESYUARAT MBJ (Majlis Bersama Jabatan) Bilangan 2/2012 telah diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 29 Jun 2012. PERPETA telah menghantar 2 orang perwakilan dalam mesyuarat ini iaitu Ketua Biro Modal Insan dan Ketua Biro ICT/Informasi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y Bhg Ketua Pengarah Pertanian ini juga dihadiri oleh AJK atau wakil daripada Persatuan Penolong Pegawai Pertanian, Kesatuan Pembantu Pertanian, Kumpulan Gunasama, Kumpulan Pemandu, Kumpulan Pekerja Selangor dan sebagainya. PERPETA telah membawa sebanyak 6 usul yang membincangkan beberapa isu untuk kebaikan kumpulan pegawai pertanian demi kebaikan perkhidmatan dan kebanyakan usul diterima dan telah dibincangkan dengan suasana harmoni. Persatuan PERPETA juga dilantik sebagai Naib Pengerusi bersama bagi kumpulan pekerja dalam mesyuarat akan datang. Dicadangkan dan dipersetujui agar wakil-wakil daripada kumpulan pekerja adalah oleh mereka yang tetap dilantik oleh kumpulan mereka dan elakan pertukaran wakil. Jabatan Pertanian telah diiktiraf oleh JPA sebagai Jabatan yang berjaya mengadakan mesyuarat MBJ dengan jayanya mengikut jadual dan menerima surat TAHNIAH.


Ahli mesyuarat juga berpeluang melawat beberapa projek pertanian di WP Labuan seperti Stesyen Pertanian Kilan, Projek IAT memproses VCO dari kelapa dan Projek Tanaman Sayur Organik. Pengarah Pertanian Labuan telah memberikan taklimat mengenai kemajuan pertanian di Labuan dan beberapa aktiviti yang dijalankan. Artikel mengenai VCO slika baca disini (Klik disini) dan Artikel mengenai Perladangan Organik 'Green Farm' boleh dibaca disini (Klik disini). Mesyuarat dan lawatan kali ini akan juga di adakan di negeri lain secara berbelang di ibupejabat pada masa akan datang.


Ketua Biro Modal Insan
PERPETA
(10 Syaaban 1433H)

No comments:

Post a Comment