Saturday, September 12, 2015

SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015

Salam PERPETA,

Seminar Pengeksportan Herba 2015 telah diadakan dari 17 - 19 Ogos 2015 bertempat di Hotel Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. Seminar ini dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Putrajaya dan PPN Negeri Sembilan dengan pembiayaan oleh Pejabat HDO. Sebanyak 20 kertaskerja dibentangkan dalam seminar ini melibatkan banyak Jabatan dan Agensi serta pihak swasta. Terdahulu Presiden PERPETA membentangkan Kertas 1 (Menggantikan KPP) diikuti dengan kertas-kertas lain berkaitan peraturan, kawalan dan kaedah serta potensi pasaran pengeksportan herba. Antara pembentang adalah seperti MAQIS, Jabatan Hutan, BIOTROPIC, MARDI, Biosekuriti, Agrobank, MATRADE, FRIM, BPFK, MOH, Pihak Swasta dan banyak lagi. Setiap sessi diadakan perbincangan dua hala antara peserta dengan pembentang kertas dengan jayanya. Peserta daripada pelbagai Jabatan Kerajaan dan Agensi, Pihak Penanam, Pemproses, Pengeksport serta bakal-bakal usahawan daripada seluruh negara. Ramai ahli PERPETA yang turut hadir dalam majlis ilmu ini sama ada untuk membentang kertas kerja, AJK Seminar, Peserta dan sebagainya. 


Lawatan Menteri diladang herba Belalai Gajah di Sendayan.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Menteri pertanian yang baru iaitu Dato Ismail Shabery Cheek pada 18 Ogos 2015. Dalam ucapan perasmian beliau berharap industri herba akan terus berkembang dan minta agar penggunaan jualan melaui 'on-line' untuk produk herba akan terus lebih aktif. Ini bagi meningkatkan kesedaran pengguna bagaimana penjualan on-line ini lebih mudah dan terus kepada pengguna. Satu lawatan kerja menteri keladang Herba Sabah Snake Grass (atau dipanggil sebagai Belalai Gajah) di Sendayan diadakan selepas itu. Menteri amat berpuashati dengan kemajuan industri herba masakini yang diterajui oleh Jabatan Pertanian dari skop pengeluaran bahan mentah. Seminar dan lawatan ladang ini memberi impak baru kepada industri herba negara. Wasallam!.


Ujirasa produk herba belalai gajah yang baik untuk kesihatan.
Oleh,
Presiden
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Klana Resort, Seremban,
Negeri Sembilan DK.
(18 Ogos 2015)

No comments:

Post a Comment