Sektor Pertanian perlukan transformasi yang menjadikan negara akan mendapat bekalan makanan yang mencukupi, selamat dimakan dan berkualiti. Itu laporan sebuah akhbat tempatan mengenai sektor pertanin baru-baru ini. Terdapat banyak program Jabatan Pertanian berjaya melahirkan ramai usahawan muda. Jabatan Pertanian merupakan antara agensi utama dalam membangun dan mengembangkan industri pertanian di negara ini. Berkhidmat hampir 70 tahun lamanya menjadikan jabatan tersebut lebih matang dalam mengendalikan pelbagai perkhidmatan dan pengembangan teknologi kepada golongan sasar. Penubuhan jabatan yang dikhaskan untuk memaju dan mengembangkan sektor pertanian bukanlah sesuatu yang mudah. Di tambah pula perkembangan negara menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020 memperlihatkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh jabatan tersebut. Jelas ketua pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek dua peranan utama jabatan pertanian yang sentiasa menjadi fokus beliau adalah pengembangan dan latihan pertanian serta penguatkuasaan undang-undang. “Bagi proses pengembangan yang biasanya kita kenali sebagai pemindahan teknologi kepada pihak petani dan pengusaha. "Bagaimanapun cabaran utama dalam proses ini adalah untuk menyedarkan kepentingan teknologi baharu dalam kalangan petani tradisional. “Selain mereka lebih selesa dengan cara lama, kebanyakan petani tradisional tidak begitu fokus kepada teknoloogi kerana mereka bukanlah usahawan sepenuh masa,” katanya ketika ditemui di Putrajaya baru-baru ini. Tambah Ahmad Zakaria, sikap pasif petani tradisional terutamanya dalam sektor buah-buahan tempatan dalam penerimaan teknologi moden juga adalah kerana pertanian yang diusahakan bukan merupakan sumber utama pendapat mereka. “Mereka hanya melakukannya secara sambil-sambil sahaja dan ini amat berlainan bagi usahawan tani yang menumpukan sepenuh masa di bidang tersebut,” katanya.
Bagi usahawan tani, jabatan pertanian sentiasa menjadi tempat rujukan dalam mencari penyelesaian masalah serta mengembangkan usaha mereka menerusi maklumat dan teknologi terkini. “Ramai dalam kalangan mereka (usahawan tani) datang berjumpa dengan kita (jabatan) untuk menyelesaikan sebarang masalah. “Proses ini kita panggil sebagai proses perundingan, malah jabatan turut menyediakan pelbagai latihan dan kursus untuk mereka,” katanya. Bagi membantu ushawan dan petani yang memerlukan, jabatan turut menyediakan pelbagai pusat latihan disetiap stesen di negeri-negeri. “Pelbagai latihan disediakan bemula dari kursus seharian sehinggalah mencecah berbulan lamanya turut disediakan khas untuk memajukan sektor pertanian,” katanya. Antara contoh kursus yang disediakan adalah seperti pengendalian jentera berat yang disedaikan oleh pusat latihan kejuruteraan negeri selama tiga bulan. “Jabatan sediakan kemudahan latihan mengendalikan jentera sampai kita bagi lesen dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selain itu, jabatan turut aktif dalam proses pengembangan kajian dan teknologi kepada petani dan usahawan tani di seluruh negara. Peranan kedua jabatan pula adalah menguatkuasakan akta-akta yang terlibat dengan sekotr pertanian. Antaranya, akta racun perosak, akta perlindungan dan kuarantin tumbuhan yang kini telah dijenamakan semula sebagai biosekuriti tumbuhan. Untuk tujuan tersebut, biosekuriti tumbuhan telah dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). “MAQIS merupakan badan yang lebih berupa sistem pertahanan negara terhadap perosak dan penyakit supaya agar tidak disebarkan serta memberi impak negatif kepada sektor pertanian negara. “Sebagai contoh, apabila terdapatkan produk-produk segar yang diimport seperti kacang soya, buah-buahan, sayur- sayuran, kelapa dibawa masuk produk tersebut kan membawa masuk bersama penyakit serta serangga perosak. “Untuk tujuan melindungi tanamam di negara ini, langkah awal dengan menguarantinkan produk tersebut amat perlu sehingga disahkan selamat,” katanya.
Ujar Ahmad Zakaria lagi, proses kuarantin tersebut adalah sebagai pengawal kepada perosak dan musuh yang mampu memberi impak negatif kepada sektor pertanian negara. Akta biosekuriti baharu itu akan diserahkan kepada MAQIS dan lebih tertumpu kepada keselamatan domestik. Dalam pada itu, jabatan turut menguatkuasakan Akta Kawalan Kualiti Tanaman yang lebih memfokus menjaga dan mengawal hak kepada pembaik baka. “Seperti mana yang kita ketahui kebanyakan produk makanan akan dipatenkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). “Paten bagi varieti tumbuh-tumbuhan pula akan dikawal selia oleh jabatan pertanian menerusi penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Tanaman, termasuk klon, hibrid dan pelbagai varieti yang baharu ditemui,” katanya. Selain berperanan menguatkuasakan undang-undang, jabatan turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti penyiasatan tanah, kesuburan tanah serta segala aktiviti yang berkaitan penyediaan kawasan ladang. Jabatan dalam masa yang sama turut berperanan mengawal industri pertanian negara menerusi dua komponen utama tersebut. Biarpun begitu, jabatan sentiasa berdepan dengan cabaran demi cabaran kerana petani yang ada kini ramai dalam kalangan mereka yang mengamalkan kaedah tradisional tergantung kepada jenis tanamanan seperti padi dan buah-buahan.
Bagaimanapun ujar Ahmad Zakaria, bagi industri padi telah wujud gaya baharu iaitu pengusaha sepenuh masa sudah mula menunjukkan minat dan mengambil industri tersebut secara penuh. “Mereka ini mula berani melabur dengan menyewa tanah-tanah sawah secara luas bagi memulakan projek berskala besar. “Bahkan ada sesetengahnya mula menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti kemudahan membajak petak sawa, menuai hasil, meracun dan juga menanam anak benih padi,” katanya.
Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(Oktober 2015)

No comments:
Post a Comment