Wednesday, September 23, 2015

MAJLIS MAKAN MALAM DENGAN KPP

SALAM PERPETA,

Majlis makan malam bersama Ketua Pengarah Pertanian selaku penaung PERPETA telah diadakan pada malam 13 September 2015 di Hotel Adya, Langkawi. Seramai 45 orang Pengarah dan Timbalan Pengarah yang juga ahli PERPETA hadir dalam majlis yang dimulakan jam 8.30 malam. Majlis didahului dengan bacaan doa, makan malam dan diikuti dengan ucapan oleh KPP secara santai. Majlis ini diadakan sempena Kursus pengurusan dan transformasi Jabatan Pertanian yang diberikan oleh penceramah terkenal iaitu Dato Dr Sayed Ahmad. Kursus selama 4 hari ini memberikan peluang kepada peneraju Jabatan Pertanian diperingkat Persekutuan dan Negeri untuk meningkatan capasity building sebagai pemimpin. Majlis yang ringkas dan santai ini juga merupakan majlis pertemuan diantara penaung dan beberapa AJK serta ahli PERPETA terutama untuk jawatan tinggi daripada Gred G48 sehingga Jusa..  



KPP  dengan cara santai memberikan penjelasan akan beberapa perkara terutama berkaitan dengan keadaan semasa Jabatan Pertanian. Beliau maklumkan proses pengisian jawatan di Jabatan Pertanian mengambil masa agak lama kerana terpaksa menyusun bakal-bakal pemimpin dimasa akan datang. Bagaimana pun beliau maklumkan beberapa pengisian sudah diluluskan JPA sepert Gred hakiki G54 dan KUP G54. Dimaklumkan juga pengesahan jawatan untuk 48 ahli PERPETA Gred G44 telah diluluskan. Beliau juga pohon agar semua pegawai tinggi jabatan sentiasa menyokong Jabatan Pertanian dalam apa juga keadaan. Sikap keterbukaan dan keberanian ahli PERPETA dalam menyuarakan sesuatu isu kini lebih 'berani' berbanding zaman dahulu. Cara dan gaya kempimpinan daripada peringkat Menteri sehingga ke negeri semakin berubah sekarang dan semua lapisan pegawai perlu sensitif.


Beberapa Pengarah atau ahli PERPETA memberikan pandangan dan memberitahu isu0isu semasa dalam majlis ini. Antara beberapa perkara dibangkitkan adalah bagaimana proses pengisian jawatan kosong dilakukan dan berapa lama ia boleh diselesaikan. Dimaklumkan juga dimasa akan datang proses pengisian dan kenaikan pangkat akan dilakukan 'tidak secara jamak'. Semua pegawai yang hendak dinaikan pangkat perlu melengkapkan semua dokumentasi yang dikatakan sering melewatkan proses. Wakil PPN Negeri menyatakan agar Gred Jawatan PPN dinegeri di'up-grade' kerana beberapa pengarah negeri mempunyai gred lebih tinggi daripada Pengarah Pertanian Negeri. Malahan dalam sesetengah negeri pengarahnya sampai JUSA C (MARDI Johor), Gred 54 (Pulau Pinang), Gred 52 dan sebagainya. Selaku pengerusi MOA Inc ini adalah perkara kurang sihat. Majlis ini diakhir dengan persembahan nyanyian oleh beberapa peserta kursus dan ahli PERPETA. Wasallam!.

Oleh,
Presiden
PERPETA Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia.
(15 September 2015)

No comments:

Post a Comment