Sunday, September 20, 2015

PERHIMPUNAN BULANAN SEPT 2015

SALAM PERPETA,

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pertanian September 2015 diadakan pada 21 September 2015 di Bilik Banquet, Aras 16, Jabatan Pertanian Putrajaya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan Nyanyian Negaraku dan Lagu Wawasan Jabatan Pertanian. Ketua Pengarah dalam ucapannya memberikan ucapan TAHNIAH kepada 12 orang pegawai pertanian G52 yang telah Naik Pangkat kepada Gred G54 iaitu 3 Jawatan Hakiki dan 9 Jawatan KUP. PERPETA juga mengucapkan tahniah kepada mereka. Selain daripada itu seramai 48 orang pegawai pertanian Gred G44 telah pun disahkan dalam jawatan. Dimaklumkan juga prestasi perbelanjaan mengurus mencapai sasaran iaitu sekitar 68.5% tetapi perbelanjaan pembangunan sederhana iaitu 54% (tertinggi dikalangan MOA). KPP minta semua pengarah bahagian dan PPN membelanjakan baki peruntukkan dengan segera. Perkara lain yang disentuh adalah mengenai kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan US Dollar yang juga berlaku dibeberapa negara lain. Kos pengeluaran akan meningkat dan diharapkan nilai eksport bahan makanan akan juga  meningkat.


Seterusnya KPP meenyatakan penurunan harga komoditi utama seperti getah, kelapa sawit dan minyak. Dalam pada itu dimaklumkan harga cili dipasaran turun serendah RM2.00 sekilogram akibat kemungkinan pengimportan cili daripada Vietnam yang lebih berkualiti dan bersaing dengan cili tempatan. Dengan 540,00 polibeg tanaman cili diseluruh negari yang sedang berhasil dianggarkan sebanyak 1,000 mt cili dihasilkan. Semua diminta bekerjasama bagaimana harga cili boleh stabil dan petani mendapat pendapatan berbaloi. Seterusnya adalah mengenai perkara perlua adalnya 'STORY LINE' didalam sektor pertanian selaras dengan aspirasi YBM (Yang Berhormat Menteri). Ia agak berbeza dengan cara perlaporan 'Success Story' yang dibuat sebelum ini. Perkara yang perlu dilihat semula adalah 'CROP INSURANCE' dimana ia telah dilaporkan amat berjaya untuk gulongan nelayan. Jabatan Pertanian perlu fikirkan bagaimana kaedah pendekatan crop insurance ini dapat dilaksanakan. Kemasukan POKOK KURMA dibeberapa negeri perlu dipantau oleh PPN. Ini kerana pokok kurma memang TIDAK BOLEH dibawa masuk kerana ia mungkin membawa sama KUMBANG MERAH (Red Palm Weevil) yang merbahaya kepada tanaman kelapa dan Kelapa Sawit. Semua PPN perlu musnahkan pokok tersebut yang dibawa masuk secara illegal sama ada untuk penanaman komersil atau pokok landskap. 


Akhir sekali KPP melancarkan Kempen SEMAKAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN semua pegawai di Jabatan Pertanian (Foto paling atas). Perkara ini amat penting untuk mempastikan rekos didalam buku RS adalah kemaskini  dan betul sebelum mereka bersara. Ia juga termasuk rekod cuti yang mana ada kemungkinan belum dikemaskini lagi. Perhimpunan bulana ditamatkan jam 10.00 pagi. Wasallam.

Oleh,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.

No comments:

Post a Comment