Tuesday, September 29, 2015

SEKTOR PERTANIAN PERLU TRANSFORMASI


Sektor Pertanian perlukan transformasi yang menjadikan negara akan mendapat bekalan makanan yang mencukupi, selamat dimakan dan berkualiti. Itu laporan sebuah akhbat tempatan mengenai sektor pertanin baru-baru ini. Terdapat banyak program Jabatan Pertanian berjaya melahirkan ramai usahawan muda. Jabatan Pertanian merupakan antara agensi utama dalam membangun dan mengembangkan industri pertanian di negara ini. Berkhidmat hampir 70 tahun lamanya menjadikan jabatan tersebut lebih matang dalam mengendalikan pelbagai perkhidmatan dan pengembangan teknologi kepada golongan sasar. Penubuhan jabatan yang dikhaskan untuk memaju dan mengembangkan sektor pertanian bukanlah sesuatu yang mudah. Di tambah pula perkembangan negara menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020 memperlihatkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh jabatan tersebut. Jelas ketua pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek dua peranan utama jabatan pertanian yang sentiasa menjadi fokus beliau adalah pengembangan dan latihan pertanian serta penguatkuasaan undang-undang. “Bagi proses pengembangan yang biasanya kita kenali sebagai pemindahan teknologi kepada pihak petani dan pengusaha. "Bagaimanapun cabaran utama dalam proses ini adalah untuk menyedarkan kepentingan teknologi baharu dalam kalangan petani tradisional. “Selain mereka lebih selesa dengan cara lama, kebanyakan petani tradisional tidak begitu fokus kepada teknoloogi kerana mereka bukanlah usahawan sepenuh masa,” katanya ketika ditemui di Putrajaya baru-baru ini. Tambah Ahmad Zakaria, sikap pasif petani tradisional terutamanya dalam sektor buah-buahan tempatan dalam penerimaan teknologi moden juga adalah kerana pertanian yang diusahakan bukan merupakan sumber utama pendapat mereka. “Mereka hanya melakukannya secara sambil-sambil sahaja dan ini amat berlainan bagi usahawan tani yang menumpukan sepenuh masa di bidang tersebut,” katanya.

Bagi usahawan tani, jabatan pertanian sentiasa menjadi tempat rujukan dalam mencari penyelesaian masalah serta mengembangkan usaha mereka menerusi maklumat dan teknologi terkini. “Ramai dalam kalangan mereka (usahawan tani) datang berjumpa dengan kita (jabatan) untuk menyelesaikan sebarang masalah. “Proses ini kita panggil sebagai proses perundingan, malah jabatan turut menyediakan pelbagai latihan dan kursus untuk mereka,” katanya. Bagi membantu ushawan dan petani yang memerlukan, jabatan turut menyediakan pelbagai pusat latihan disetiap stesen di negeri-negeri. “Pelbagai latihan disediakan bemula dari kursus seharian sehinggalah mencecah berbulan lamanya turut disediakan khas untuk memajukan sektor pertanian,” katanya. Antara contoh kursus yang disediakan adalah seperti pengendalian jentera berat yang disedaikan oleh pusat latihan kejuruteraan negeri selama tiga bulan. “Jabatan sediakan kemudahan latihan mengendalikan jentera sampai kita bagi lesen dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain itu, jabatan turut aktif dalam proses pengembangan kajian dan teknologi kepada petani dan usahawan tani di seluruh negara. Peranan kedua jabatan pula adalah menguatkuasakan akta-akta yang terlibat dengan sekotr pertanian. Antaranya, akta racun perosak, akta perlindungan dan kuarantin tumbuhan yang kini telah dijenamakan semula sebagai biosekuriti tumbuhan. Untuk tujuan tersebut, biosekuriti tumbuhan telah dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). “MAQIS merupakan badan yang lebih berupa sistem pertahanan negara terhadap perosak dan penyakit supaya agar tidak disebarkan serta memberi impak negatif kepada sektor pertanian negara. “Sebagai contoh, apabila terdapatkan produk-produk segar yang diimport seperti kacang soya, buah-buahan, sayur- sayuran, kelapa dibawa masuk produk tersebut kan membawa masuk bersama penyakit serta serangga perosak. “Untuk tujuan melindungi tanamam di negara ini, langkah awal dengan menguarantinkan produk tersebut amat perlu sehingga disahkan selamat,” katanya.

Ujar Ahmad Zakaria lagi, proses kuarantin tersebut adalah sebagai pengawal kepada perosak dan musuh yang mampu memberi impak negatif kepada sektor pertanian negara. Akta biosekuriti baharu itu akan diserahkan kepada MAQIS dan lebih tertumpu kepada keselamatan domestik. Dalam pada itu, jabatan turut menguatkuasakan Akta Kawalan Kualiti Tanaman yang lebih memfokus menjaga dan mengawal hak kepada pembaik baka. “Seperti mana yang kita ketahui kebanyakan produk makanan akan dipatenkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). “Paten bagi varieti tumbuh-tumbuhan pula akan dikawal selia oleh jabatan pertanian menerusi penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Tanaman, termasuk klon, hibrid dan pelbagai varieti yang baharu ditemui,” katanya. Selain berperanan menguatkuasakan undang-undang, jabatan turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti penyiasatan tanah, kesuburan tanah serta segala aktiviti yang berkaitan penyediaan kawasan ladang. Jabatan dalam masa yang sama turut berperanan mengawal industri pertanian negara menerusi dua komponen utama tersebut. Biarpun begitu, jabatan sentiasa berdepan dengan cabaran demi cabaran kerana petani yang ada kini ramai dalam kalangan mereka yang mengamalkan kaedah tradisional tergantung kepada jenis tanamanan seperti padi dan buah-buahan. 


Bagaimanapun ujar Ahmad Zakaria, bagi industri padi telah wujud gaya baharu iaitu pengusaha sepenuh masa sudah mula menunjukkan minat dan mengambil industri tersebut secara penuh. “Mereka ini mula berani melabur dengan menyewa tanah-tanah sawah secara luas bagi memulakan projek berskala besar. “Bahkan ada sesetengahnya mula menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti kemudahan membajak petak sawa, menuai hasil, meracun dan juga menanam anak benih padi,” katanya.

Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(Oktober 2015)

Saturday, September 26, 2015

PRESIDEN DAN MANTAN PRESIDEN

Salam PERPETA,

Presiden dan Mantan Presiden PERPETA telah bertemu di Maljlis Perkahwinan Anak beliau yang diadakan pada 26 September di Jalan Pisang Tanduk, Taman Harmoni, Kluang, Johor. Tuurut hadir ramai AJK PERPETA Pusat dan Negeri diantaranya Bendahari, Penolong Setiausaha, AJK Beberapa Biro dan perwakilan negeri. Mantan Timbalan Presiden iaitu Dato' Wan Darman juga hadir dalam maljis yang gemilang ini. Selain itu ramai dikalangan bekas ahli PERPETA yang telah bersara dan masih bertugas turut hadir dalam mejlis perkahwingan anak sulong Dato' Sabtu Slamat pada Hari Raya Aidil Adha ke 3 ini. Majlis ini amat baik dalam mengeratkan silaturahim diantara kita semua. Tahniah Dato Sabtu kerana mendapat menantu dan didoakan akan cepat menimang cucu.... Baru nanti dapat title 'Atuk' Sebenar.....

Oleh,
Presiden PERPETA
Jalan Pisang Tanduk
Kluang, Johor.
(26 Sept 2015)

Wednesday, September 23, 2015

MAJLIS MAKAN MALAM DENGAN KPP

SALAM PERPETA,

Majlis makan malam bersama Ketua Pengarah Pertanian selaku penaung PERPETA telah diadakan pada malam 13 September 2015 di Hotel Adya, Langkawi. Seramai 45 orang Pengarah dan Timbalan Pengarah yang juga ahli PERPETA hadir dalam majlis yang dimulakan jam 8.30 malam. Majlis didahului dengan bacaan doa, makan malam dan diikuti dengan ucapan oleh KPP secara santai. Majlis ini diadakan sempena Kursus pengurusan dan transformasi Jabatan Pertanian yang diberikan oleh penceramah terkenal iaitu Dato Dr Sayed Ahmad. Kursus selama 4 hari ini memberikan peluang kepada peneraju Jabatan Pertanian diperingkat Persekutuan dan Negeri untuk meningkatan capasity building sebagai pemimpin. Majlis yang ringkas dan santai ini juga merupakan majlis pertemuan diantara penaung dan beberapa AJK serta ahli PERPETA terutama untuk jawatan tinggi daripada Gred G48 sehingga Jusa..  



KPP  dengan cara santai memberikan penjelasan akan beberapa perkara terutama berkaitan dengan keadaan semasa Jabatan Pertanian. Beliau maklumkan proses pengisian jawatan di Jabatan Pertanian mengambil masa agak lama kerana terpaksa menyusun bakal-bakal pemimpin dimasa akan datang. Bagaimana pun beliau maklumkan beberapa pengisian sudah diluluskan JPA sepert Gred hakiki G54 dan KUP G54. Dimaklumkan juga pengesahan jawatan untuk 48 ahli PERPETA Gred G44 telah diluluskan. Beliau juga pohon agar semua pegawai tinggi jabatan sentiasa menyokong Jabatan Pertanian dalam apa juga keadaan. Sikap keterbukaan dan keberanian ahli PERPETA dalam menyuarakan sesuatu isu kini lebih 'berani' berbanding zaman dahulu. Cara dan gaya kempimpinan daripada peringkat Menteri sehingga ke negeri semakin berubah sekarang dan semua lapisan pegawai perlu sensitif.


Beberapa Pengarah atau ahli PERPETA memberikan pandangan dan memberitahu isu0isu semasa dalam majlis ini. Antara beberapa perkara dibangkitkan adalah bagaimana proses pengisian jawatan kosong dilakukan dan berapa lama ia boleh diselesaikan. Dimaklumkan juga dimasa akan datang proses pengisian dan kenaikan pangkat akan dilakukan 'tidak secara jamak'. Semua pegawai yang hendak dinaikan pangkat perlu melengkapkan semua dokumentasi yang dikatakan sering melewatkan proses. Wakil PPN Negeri menyatakan agar Gred Jawatan PPN dinegeri di'up-grade' kerana beberapa pengarah negeri mempunyai gred lebih tinggi daripada Pengarah Pertanian Negeri. Malahan dalam sesetengah negeri pengarahnya sampai JUSA C (MARDI Johor), Gred 54 (Pulau Pinang), Gred 52 dan sebagainya. Selaku pengerusi MOA Inc ini adalah perkara kurang sihat. Majlis ini diakhir dengan persembahan nyanyian oleh beberapa peserta kursus dan ahli PERPETA. Wasallam!.

Oleh,
Presiden
PERPETA Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia.
(15 September 2015)

Tuesday, September 22, 2015

MESYUARAT MBJ BIL 3/2015

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil 3/2015 telah diadakan pada 15 September 2015 di Hotel Aseania, Pulau Langkawi, Kedah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pertanian dan dihadiri oleh Pengarah-pengarah bahagian serta semua badan NGO iaitu PERPETA, Persatuan Penolong Pegawai Pertanian dan NGO yang lainnya. Pengerusi dalam ucapannya memberitahu mesyuarat MBJ Jabatan Pertanian bertujuan menambahbaik hubungan diantara pihak pekerja dan majikan. Naib Pengerusi (Presiden PERPETA) dalam ucapan balas mohon agar cadangan penyusunan semula dapat dihantar segera. Mesyuarat juga mengalu-alukan Pengarah Pengurusan Pentadbiran bari iaitu Wan Ahmad Uzir dalam mesyuarat MBJ kali ini. Lawatan keTaman Geopark Kilim Langkawi diadalah pada hari pertama sebagai mengisi aktiviti sempena mesyuarat yang diadakan di Luar Putrajaya pada tahun ini. Sebanyak 5 usul dibawa oleh PERPETA dan beberapa usul dari NGO lain iaitu perkara berkaitan dengan garispanduan MBJ yang dibincangkan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat MBJ Jabatan Pertanian telah dijalankan mengikut jadual yang dirancang iaitu 4 kali setahhun dan mendapat pujian daripada pihak MOA. Msesyuarat seperti ini mampu menyampaikan beberapa perkara untuk meningkatkan perkhidmatan pegawai di Jabatan Pertanian dengan pihak pengurusan.


Ahli mesyuarat juga telah diberi peluang untuk membuat lawatan ke KILIM Geopark selama 4 jam sebagai satu acara pengisian. Ini kerana kesemua ahli mesyuarat tidak pernah membuat lawatan ke lokasi uang unik didunia ini. Lawatan meliputi kawasan hutan bakau, aquarium ikan laut, Gua Kelawar, Gua Buaya, Kawasan Burung Helang dan banyak perkara yang dipelajari oleh semua. Lawatan ini memang memberikan kepuasan kepada semua walau pun terpaksa mengharungi ombak laut. 



 Oleh,
Presiden PERPETA,
Hotel Aseania, Pantai Cenang,
Langkawi, Kedah,
Malaysia.
(14 September 2015)   

Sunday, September 20, 2015

PERHIMPUNAN BULANAN SEPT 2015

SALAM PERPETA,

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pertanian September 2015 diadakan pada 21 September 2015 di Bilik Banquet, Aras 16, Jabatan Pertanian Putrajaya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan Nyanyian Negaraku dan Lagu Wawasan Jabatan Pertanian. Ketua Pengarah dalam ucapannya memberikan ucapan TAHNIAH kepada 12 orang pegawai pertanian G52 yang telah Naik Pangkat kepada Gred G54 iaitu 3 Jawatan Hakiki dan 9 Jawatan KUP. PERPETA juga mengucapkan tahniah kepada mereka. Selain daripada itu seramai 48 orang pegawai pertanian Gred G44 telah pun disahkan dalam jawatan. Dimaklumkan juga prestasi perbelanjaan mengurus mencapai sasaran iaitu sekitar 68.5% tetapi perbelanjaan pembangunan sederhana iaitu 54% (tertinggi dikalangan MOA). KPP minta semua pengarah bahagian dan PPN membelanjakan baki peruntukkan dengan segera. Perkara lain yang disentuh adalah mengenai kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan US Dollar yang juga berlaku dibeberapa negara lain. Kos pengeluaran akan meningkat dan diharapkan nilai eksport bahan makanan akan juga  meningkat.


Seterusnya KPP meenyatakan penurunan harga komoditi utama seperti getah, kelapa sawit dan minyak. Dalam pada itu dimaklumkan harga cili dipasaran turun serendah RM2.00 sekilogram akibat kemungkinan pengimportan cili daripada Vietnam yang lebih berkualiti dan bersaing dengan cili tempatan. Dengan 540,00 polibeg tanaman cili diseluruh negari yang sedang berhasil dianggarkan sebanyak 1,000 mt cili dihasilkan. Semua diminta bekerjasama bagaimana harga cili boleh stabil dan petani mendapat pendapatan berbaloi. Seterusnya adalah mengenai perkara perlua adalnya 'STORY LINE' didalam sektor pertanian selaras dengan aspirasi YBM (Yang Berhormat Menteri). Ia agak berbeza dengan cara perlaporan 'Success Story' yang dibuat sebelum ini. Perkara yang perlu dilihat semula adalah 'CROP INSURANCE' dimana ia telah dilaporkan amat berjaya untuk gulongan nelayan. Jabatan Pertanian perlu fikirkan bagaimana kaedah pendekatan crop insurance ini dapat dilaksanakan. Kemasukan POKOK KURMA dibeberapa negeri perlu dipantau oleh PPN. Ini kerana pokok kurma memang TIDAK BOLEH dibawa masuk kerana ia mungkin membawa sama KUMBANG MERAH (Red Palm Weevil) yang merbahaya kepada tanaman kelapa dan Kelapa Sawit. Semua PPN perlu musnahkan pokok tersebut yang dibawa masuk secara illegal sama ada untuk penanaman komersil atau pokok landskap. 


Akhir sekali KPP melancarkan Kempen SEMAKAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN semua pegawai di Jabatan Pertanian (Foto paling atas). Perkara ini amat penting untuk mempastikan rekos didalam buku RS adalah kemaskini  dan betul sebelum mereka bersara. Ia juga termasuk rekod cuti yang mana ada kemungkinan belum dikemaskini lagi. Perhimpunan bulana ditamatkan jam 10.00 pagi. Wasallam.

Oleh,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.

Sunday, September 13, 2015

TIMBALAN MENTERI PERTANIAN 2



Salam PERPETA,

Kementerian Pertanian telah mendapat Timbalan Menteri Pertanian 2 yang baru iaitu YB Moggeh anak Gambek yang berasal daripada Sarawak. Ia merupakan perlantikan baru dalam bulan Ogos menjadikan 2 Timbalan Menteri berada di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Perlantikkan ini diharap akan menceriakan kementerian kita dan memajukan lagi sektor pertanian di masa akan datang. PERPETA mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Timbalan Menteri Pertanian 2 yang baru. 

Berikut adalah biodata beliau:

Pendidikan

1981 - Bar-at-LAw (Gray's Inn)
1979 - Bachelor of Laws (Hons), University of London

Pengalaman
2013-Kini, Ahli Parlimen Kawasan Mas Gading
2010-2013, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak
2002-2009, Pengurus Perkhidmatan Korporat Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak
1997-2002, Pengurus Undang-Undang/Perkhidmatan Korporat Borneo Pulp & Paper Sdn Bhd
1989-1997, Setiausaha Korporat Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak
1980-1988, Pegawai Undang-Undang Lembaga Kemajuan Bintulu

Kegiatan Politik

2014-Kini, Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional Malaysia
2014-Kini, Ketua Barisan Nasional Kawasan Mas Gading
2014-Kini, Setiausaha Agong SPDP
2013-2014, Ahli Majlis Tertinggi SPDP

Jawatan Sebagai Wakil Rakyat


2013-Kini, Ahli Parlimen Kawasan Mas Gading
2013-Kini, Pengerusi Lembaga Penasihat Kolej Komuniti Mas Gading
2013-Kini, Ahli Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak
2013-Kini, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Mas Gading
2013-Kini, Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar, Parlimen Mas Gading

Oleh,
Presiden dan AJK PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.


Saturday, September 12, 2015

KURSUS PENERAJU TRANSFORMASI


Salam PERPETA,

Satu Kursus untuk pegawai tertinggi Jabatan Pertanian iaitu 'Kursus pengurusan dan kepimpinan peneraju transformasi 2015' telah diadakan daripada 11-14 September 2015 (Hari Jumaat - Isnin). Kursus ini diadalan di Hotel Adya, Kuah, Langkawi dengan padat. Kursus ini diselaraskan oleh Bahagian PSM Putrajaya dihadiri oleh 45 pegawai tertinggi Jabatan Pertanian daripada Gred G52 keatas dan semua Pengarah-pengarah Pertanian Negeri. Turut hadir adalah Presiden PERPETA, Ketua Biro JK Modal Insan dan beberapa AJK PERPETA dibahagian dan negeri. Penceramah adalah pakar motivasi yang terkenal ditanah air iaitu Dato' Dr. Syed Ahmad bin Syed Samsuddin Al Saggof selama 4 hari. Beliau merupakan presiden Akademi Motivator Professional Malaysia. Semua peserta yang juga adalah ahli PERPETA yang mana dipilih daripada mereka yang menerajui perjalanan Jabatan Pertanian dan juga menentukan kejayaan dimana akan datang. Ini merupakan satu siri kursus pegawai di Jabatan Pertanian yang akan terus dijalankan bagi menentukan pegawai di Jabatan Pertanian mempunyai transformasi minda yang kukuh dimasa akan datang. Ia bertujuan untuk mendedahkan ruang lingkup pemikiran seimbang dalam kepimpinan bagi memastikan kerenah birokrasi dapat diatasi. Seterusnya objektif kursus adalah bagi menyuntik motivasi dikalangan pegawai jabatan agar mampu memindahkan maklumat dan menyegerakan pertanggungjawapan kepada satu tindakan dengan lancar dan berkesan. Majlis penyampaian sijil kursus dilaksanakan oleh YBhg Ketua Pengarah Pertanian. Satu majlis makan malam bersama KPP dan pegawai kanan juga diadakan pada malam terakhir kursus. PERPETA mengucapkan terimakasih kepada pengurusan tertinggi jabatan yang memberikan kurusus seperti ini demi kemajuan jabatan pada masa akan datang.  
Dato' Dr Syed Ahmad memberi ceramah.
Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Hotel Adya, Kuah,
Langkawi, Kedah,
Malaysia.
(13 September 2015)

SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015

Salam PERPETA,

Seminar Pengeksportan Herba 2015 telah diadakan dari 17 - 19 Ogos 2015 bertempat di Hotel Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. Seminar ini dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Putrajaya dan PPN Negeri Sembilan dengan pembiayaan oleh Pejabat HDO. Sebanyak 20 kertaskerja dibentangkan dalam seminar ini melibatkan banyak Jabatan dan Agensi serta pihak swasta. Terdahulu Presiden PERPETA membentangkan Kertas 1 (Menggantikan KPP) diikuti dengan kertas-kertas lain berkaitan peraturan, kawalan dan kaedah serta potensi pasaran pengeksportan herba. Antara pembentang adalah seperti MAQIS, Jabatan Hutan, BIOTROPIC, MARDI, Biosekuriti, Agrobank, MATRADE, FRIM, BPFK, MOH, Pihak Swasta dan banyak lagi. Setiap sessi diadakan perbincangan dua hala antara peserta dengan pembentang kertas dengan jayanya. Peserta daripada pelbagai Jabatan Kerajaan dan Agensi, Pihak Penanam, Pemproses, Pengeksport serta bakal-bakal usahawan daripada seluruh negara. Ramai ahli PERPETA yang turut hadir dalam majlis ilmu ini sama ada untuk membentang kertas kerja, AJK Seminar, Peserta dan sebagainya. 


Lawatan Menteri diladang herba Belalai Gajah di Sendayan.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Menteri pertanian yang baru iaitu Dato Ismail Shabery Cheek pada 18 Ogos 2015. Dalam ucapan perasmian beliau berharap industri herba akan terus berkembang dan minta agar penggunaan jualan melaui 'on-line' untuk produk herba akan terus lebih aktif. Ini bagi meningkatkan kesedaran pengguna bagaimana penjualan on-line ini lebih mudah dan terus kepada pengguna. Satu lawatan kerja menteri keladang Herba Sabah Snake Grass (atau dipanggil sebagai Belalai Gajah) di Sendayan diadakan selepas itu. Menteri amat berpuashati dengan kemajuan industri herba masakini yang diterajui oleh Jabatan Pertanian dari skop pengeluaran bahan mentah. Seminar dan lawatan ladang ini memberi impak baru kepada industri herba negara. Wasallam!.


Ujirasa produk herba belalai gajah yang baik untuk kesihatan.
Oleh,
Presiden
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Klana Resort, Seremban,
Negeri Sembilan DK.
(18 Ogos 2015)

Friday, September 11, 2015

KUNJUNG HORMAT KPD PENGARAH PENGURUSAN

SALAM PERPETA,

Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Kerhormat PERPETA telah membuat lawatan kunjung hormat kepada Pengarah Bahagian Pengurusan yang baru iaitu En Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman pada 1 September 2015. Beliau adalah pegawai PTD Gred M54 anak kelahiran Kedah yang lahir pada tahun 1963 dan pernah bertugas di Jabatan Pertanian Kedah mula-mula bertugas sebelum melanjutkan pelajaran. Berpengalaman bertugas di MITI, Pengarah KPDNKK Sarawak dan MOA amat luas berpengalaman. Kunjung hormat yang bermula jam 3.00 - 4.20 petang ini diadakan dibilik Pengarah Pengurusan pada Aras 11, Jabatan Pertanian Putrajaya. Presiden dalam membuat salam perkenalan memberikan penerangan mengenai Pertubuhan PERPETA dan aktivitinya serta perlunya hubungan baik dengan pihak pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pertanian. Satu kertas taklimat mengenai PERPETA diberikan kepada En Wan Uzir sebagai bahan rujukan untuk beliau fahami akan persatuan perkhidmatan pegawai pertanian Jabatan Pertanian. Presiden pohon agar pihak pengurusan memberikan maklumat data asas Pegawai Pertanian kepada PERPETA dimana ia sentiasa dikemaskini setiap minima 6 bulan sekali.  Ini kerana data asas terkini yang dipunyai oleh pihak pengurusan dan PERPETA adalah sentiasa berubah apabila berlaku proses kenaikan pangkat, pertukaran pegawai dan pengambilan jawatan baru pegawai. PERPETA sentiasa bersedia membantu pihak Pengurusan Jabatan Pertanian untuk memberi kerjasama daripada ahli-ahli jika diperlukan berkaitan isu perkhidmatan dan juga perjawatan. Antaranya mengenai pemberitahuan dalam proses kemaskini Buku Rekod Perkhimatan, Maklumat asas dalam HRMIS, proses pengesahan dalam jawatan dan sebagainya yang lazimnya melewatkan proses kenaikan pangkat. Selanjutnya akibat ahli-ahli PERPETA tidak dapat dihubungi atau lewat menerima info menganggu pihak pengurusan dalam urusan pentadbiran.  PERPETA juga pohon agar proses kelewatan dalam pengisian jawatan kosong sedia ada dapat diisikan dengan lebih cekap. 


Setiausaha Kehormat dan Timbalan Presiden juga telah menyatakan PERPETA memang akan berusaha memberi penerangan kepada ahli-ahlinya dalam perkara melibatkan perkhidmatan. PERPETA bersedia menerima pelawaan Pengurusan Jabatan Pertanian pada bila-bila masa untuk mengadakan perbincangan dua-hala selain daripada ahli tetap Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang hanya dibuat 3 bulan sekali. Presiden PERPETA juga merupakan timbalan pengerusi dalam MBJ Jabtan Pertanian selama banyak tahun. Kunjung hormat ini mampu memperkenalkan PERPETA kepada pengurusan yang baru. Wasallam!.


Oleh,

Presiden, Timbalan Presiden dan SU
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Aras 11, Putrajaya,
Malaysia.
(1 September 2015)

Tuesday, September 1, 2015

BERBUKA PUASA DENGAN YB MENTERI


Salam PERPETA,

Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah diadakan pada 7 Julai 2015 di Dewan MAEPS, Serdang, Selangor. Majlis ini dihadiri oleh sekitar 1,000 warga Kementerian Pertanian daripada semua gulongan pegawai dan kakitangan. Hadir sama adalah Timbalan Menteri Pertanian, Ketua-ketua Jabatan dan penceramah jemputan. Presiden dan beberapa AJK serta ahli-ahli PERPETA turut hadir dalam majlis ini yang bermula jam 5.30 petang. Majlisdimulakan dengan ceramah agama dibulan ramadan dan diikuti dengan pemberian duit raya kepada warga MOA yang kurang bernasib baik dan berbuka puasa dan sembahyang maghrib. YB Menteri Pertanian telah menyampaikan sumbangan wang tunai hasil kutipan warga kementerian kepada kakitangan kumpulan sokongan terpilih sempena bulan ramadan ini. Majlis ini amat meriah dengan kerjasama semua Jabatan dan Agensi dibawah MOA. SELAMAT BERPUASA!.


Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
MAEPS, Serdang,
Selangor.
(7 Julai 2015)

PENGARAH BAH. PENGURUSAN DOA BARU

SALAM PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan sekalung "TAHNIAH" diatas perlantikkan En Wan Huzir (Gred M54) sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Jabatan Pertanian mulai 1 Ogos 2015. Perlantikan ini merupakan proses biasa mengisi kekosongan oleh penjawat sebelum ini iaitu Ahmad Pakarudin yang bersara mulai Febuari 2015. Ini merupakan satu penempatan yang sesuai dengan pengalaman dan pengetahuan beliau dalam bidang pengurusan dan diplomatik (PTD). Beliau sebelum ini pernah bertugas di Pejabat HDO (Herbal Development Office di MOA) dan KPDNKK Sarawak sebelum bertugas di Jabatan Pertanian. Semuga beliau akan dapat memberikan perkhidmatan terbaik di Jabatan Pertanian. PERPETA mengucapkan Selamat Datang kepada En Wan Huzir.


By,
Presiden,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(Jun 2015)