Monday, May 13, 2013

HAYATI PERANAN AGEN PENGEMBANGAN

Agen pengembangan yang cemerlang sering dikaitkan sebagai ikon yang mampu membawa perubahan kepada kommuniti dalam menyelesaikan masalah sosial mahu pun ekonomi secara bersama. Ia bertujuan untuk kita bersama meningkatkan tahap kehidupan masyarakat dengan meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tanaman. 
Mulakan langkah pertama untuk mengenali pelanggan anda. Kita kena kenal sebaik mana semua pelanggan yang ada dilokasi kita sama mereka adalah petani sepenoh masa, part-time atau usahawan berskala besar. Wujudkan suasana yang mesra dan jalinkan hubungan akrab. Sebaiknya kita mampu menghapuskan sebarang hijab atau halangan yang sering  menghalang perhubungan dan mudahkan jalinan komunikasi. Agen pengembangan perlu terus berkomunikasi dalam melaksanakan peranan anda.

Hayatilah bahawa peranan agen pengembangan adalah:

v     sebagai pendidik yang menyampaikan ilmu dan teknologi;
v     sebagai pembimbing yang memberi khidmat pengurusan ladang, kaunseling dan kemasyarakatan;
v     sebagai pencipta yang menyediakan teknologi yang bersesuaian di lokasi setempat; dan
v     sebagai pemilik maklumat yang mengumpul dan mengemaskini data bagi tujuan pengukuran, penilaian dan perancangan

Untuk terus berjaya, agen pengembagan perlu mempunyai tahap kompetensi yang tinggi kerana anda adalah:

v     pengerak untuk memperkenalkan teknologi terkini yang bersesuaian untuk diterimaguna oleh pelanggan;
v     pengerak untuk mentransformasi pertanian sebagai aktiviti perniagaan;
v     pengerak untuk mencetuskan ide inovasi diperingkat lapangan; dan
v     pengerak untuk memperkenalkan kepada pelanggan dalam bidang industri asas tani

Sepanjang menjalankan tugas di lapangan pula, agen pengembangan merupakan nadi bagi:

v     memahami aktiviti pertanian dan menjalankan analisis diagnostik;
v     menetapkan matlamat untuk dicapai;
v     menetapkan faktor kritikal dan faktor kejayaan dalam mencapai matlamat;
v     mencorakkan proses perubahan sikap dan minda pelanggan; dan
v     menyelaras aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh stakeholders yang berkaitan.

Kenali pelanggan anda, dampingi mereka, bertanya khabar dan cetuskan angin perubahan. 

Oleh:
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(Room 3112,  Blok Camelia,
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Resort,
Bentong, Pahang)



No comments:

Post a Comment