Agen pengembangan yang cemerlang sering dikaitkan
sebagai ikon yang mampu membawa perubahan kepada kommuniti dalam menyelesaikan
masalah sosial mahu pun ekonomi secara bersama. Seorang agen pengembangan cemerlang sentiasa mempunyai pemikiran positif dan berkaliber didalam menjalankan tugas. Ini bertujuan untuk sama meningkatkan
tahap kehidupan masyarakat dengan meningkatkan pengeluaran dan produktiviti
tanaman.
Mulakan langkah pertama kits untuk mengenali pelanggan
anda dilokasi dimana anda bertugas. Seterusnya perlu diujudkan suasana mesra dan jalinkan hubungan akrab. Hapuskan sebarang persepsi yang negatif atau hijab yang menghalang perhubungan. Sebaiknya kita perlu memudahkan jalinan komunikasi bersama . Agen
pengembangan mampu perlu terus berkomunikasi dalam melaksanakan peranan anda. Kaedah komunikasi yang sesuai perlu digunakan sama ada melalui temubual bersemuka, talifon, SMS, perbincangan dan sebagainya.
Hayatilah
bahawa peranan agen pengembangan adalah:
v sebagai pendidik yang
menyampaikan ilmu dan teknologi;
v sebagai pembimbing yang
memberi khidmat pengurusan ladang, kaunseling dan kemasyarakatan;
v sebagai pencipta yang
menyediakan teknologi yang bersesuaian di lokasi setempat; dan
v sebagai pemilik maklumat yang
mengumpul dan mengemaskini data bagi tujuan pengukuran, penilaian dan
perancangan
Untuk
terus berjaya, agen pengembagan perlu mempunyai tahap kompetensi yang tinggi
kerana anda adalah:
v pengerak untuk memperkenalkan
teknologi terkini yang bersesuaian untuk diterimaguna oleh pelanggan;
v pengerak untuk mentransformasi
pertanian sebagai aktiviti perniagaan;
v pengerak untuk mencetuskan ide
inovasi diperingkat lapangan; dan
v pengerak untuk memperkenalkan
kepada pelanggan dalam bidang industri asas tani
Sepanjang
menjalankan tugas di lapangan pula, agen pengembangan merupakan nadi bagi:
v memahami aktiviti pertanian
dan menjalankan analisis diagnostik;
v menetapkan matlamat untuk
dicapai;
v menetapkan faktor kritikal dan
faktor kejayaan dalam mencapai matlamat;
v mencorakkan proses perubahan
sikap dan minda pelanggan; dan
v menyelaras aktiviti yang perlu
dilaksanakan oleh stakeholders yang berkaitan.
Kenali pelanggan anda, dampingi mereka, bertanya
khabar dan cetuskan angin perubahan. Renung-renungkan dan hayati dengan sepenuh
hati!!!!
By,
Ketua Biro
Perkhidmatan dan Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(15 Mei 2013)
By,
Ketua Biro
Perkhidmatan dan Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(15 Mei 2013)
No comments:
Post a Comment