APAKAH ANDA SEORANG AGEN PENGEMBANGAN YANG BERKESAN?
Secara menyeluruh, aktiviti pengembangan adalah bertujuan untuk mencetuskan
perubahan di kalangan golongan sasar dari segi cara berfikir, sikap,
pengetahuan, dan penerimagunaan sesuatu teknologi. Secara spesifik, pengembangan
sewajarnya dapat memastikan berlakunya perubahan dalam pengamalan teknologi
daripada yang lama kepada yang baru dalam usaha meningkat produktiviti dan
keuntungan bidang teroka.
Oleh yang demikian, agen pengembangan perlu melakukan pelbagai usaha dan
bukan sahaja sekadar memberi maklum tetapi ia mengharapkan komitmen yang tinggi
untuk membimbing dalam memperbaiki keupayaan golongan sasar untuk menyelesaikan
setiap masalah atau kepincangan dalam pengurusan bidang teroka yang diusahakan.
Justeru itu, methodologi pengembangan yang berkesan secara prinsip perlu
mempunyai elemen pembelajaran. Pembelajaran dalam konteks pengembangan
merupakan satu proses memperolehi dan memindahkan pengetahuan bagi meningkatkan
keupayaan atau kuasa menakkur (reasoning) dan membuat pertimbangan (judgement)
bagi memperlengkapkan kematangan intelektual dalam diri sendiri dan orang lain
untuk menghadapi kehidupan yang kian mencabar.
Sistem Latihan 2L dulu sangat berkesan. |
Anda seorang agen pengembangan yang berjaya jika anda mampu menerapkan
elemen pembelajaran dalam aktiviti pengembangan. Pastikan anda tidak
mengamalkan elemen negatif dalam menjalankan aktiviti pengembangan. Perhatikan
semakan berikut:
Ø
Elakan saluran komunikasi secara satu hala.
Saluran komunikasi satu hala lazimnya menghadkan
kesediaan golongan sasar untuk lebih berinteraksi secara aktif. Golongan sasar merasakan
mereka kurang dihargai dan penerokaan opsyen lain akan jadi terhad. Realisasi
keperluan akan dapat dicerna dengan berkesan jika komunikasi dua-hala diamalkan.
Ø
Elakan aktiviti pengembangan bersifat melatih tubi
Pendekatan latih tubi seperti dalam proses
pendidikan pedagogi hanya memberikan peluang terhad kepada golongan sasar untuk
berfikir. Sesi pembelajaran seharus menjurus kepada perkongsian pengalaman yang
dapat menimbulkan kesedaran situasi permasalahan tanpa provokasi yang
berlebihan. Sisih persepsi bahawa golongan sasar adalah jahil dalam semua
situasi.
Ø
Elakan aktiviti pengembangan yang memberi fokus kepada pemindahan teknologi
sahaja dan kurang bersifat membimbing.
Pendekatan agen pengembangan harus tidak terfokus
kepada jenis teknologi yang ingin disampaikan, tetapi harus digabungkan dengan
aspek mengapa, bagaimana serta faedahnya. Dalam semua keadaan, agen
pengembangan juga perlu mendekatkan dengan realiti permasalahan dalam konteks
sebab dan akibat. Dengan cara ini, ia mampu menimbulkan minat dikalangan
golongan sasar. Mungkin golongan sasar mengetahui masalah yang dihadapi, namum
mereka tidak pasti lamgkah mengatasinya. Justeru itu, agen pengembangan harus
menunjukkan arah yang betul.
Teruskan usaha terbaik tanpa tangguh. Sahabat besar Nabi SAW iaitu Saidina
Omar al-Khattab RA akan menyebut berulang-ulang Ayat Quran (Asy-Syarh: ayat
7:94) yang bermaksud ”Maka apabila engkau
telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah berkerja keras (untuk urusan yang
lain)” apabila selesai sahaja melunaskan sesuatu tugas. Ayat ini memberi
jajaran kepada kita untuk berkerja keras dalam mengapai kejayaan. Renung-renungkan
dan lakukan langkah pertama untuk memberikan perkhidmatan pengembangan yang
berkesan kepada golongan sasar.
Oleh:
Ketua Biro
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(23 Mei 2013)