Thursday, October 22, 2015

KENAIKAN PANGKAT G54

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan tahniah kepada 12 orang pegawai yang telah dinaikan pangkat kepada Gred G54. Mereka telah menerima surat perlantikan kenaikan pangkat pada awal Oktober 2015. Kenaikan pangkat ini merupakan satu lagi kejayaan kepada rakan-rakan kita yang menerima sama ada secara HAKIKI atau KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP), Nama mereka yang naik pangkat adalah seperti berikut:

Lantikan Hakiki:
1. Mokhtar Sulai (Pengembangan Putrajaya)
2. Mohd Kamil Yunis (PPN Johor)
3. Mohd Bokhari Abd Rahman (PPN Kedah)

Lantikan Khas Untuk Penyandang (KUP)
1. Ismail Mohamad (BPICT, Putrajaya)
2. Mokhtaruddin (Biosekuriti, KL)
3. Hj Mustapa Muda (IP, Serdang)
4. Hj Abd Nasir Hassan (IP, Bumbung Lima)
5. Aziz @ Awang (Kejenteraan, Serdang)
6. Noridah Ahmad (Pengembangan, Putrajaya)
7. Mohd Redza Baba (PTIF, Putrajaya)
8. Ho Haw Leng 
9. Sulaiman Hashim (Kawalan Kualiti, Putrajaya) 

Semuga dengan lantikan naik pangkat ini akan membolehkan mereka dapat menyumbangkan sesuatu yang signifikan kepada Jabatan Pertanian dan motivasi kepada mereka dan rakan-rakan lain. Tahniah sekali lagi.

Oleh,
Presiden,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya
(Oktober 2015)

Wednesday, October 21, 2015

SAMBUTAN MAULIDUL-RASUL 2015



SALAM PERPETA,

Jabatan Pertanian telah bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain dalam Majlis Sambutan dan Perarakan Sempena Maulidulrasul 2015 (1437 Hijrah) di Kuala Lumpur. Ramai dikalangan AJK dan ahli-ahli PERPETA yang hadir dalam perbarisan dengan pakaian berwarna biru dengan samping dan songkok yang segak. Pegawai Perempuan juga cantik dengan pakaian warna biru dan tudung pink. Pengkibatan Jabatan Pertanian dalam acara ini setiap tahun amat membanggakan PERPETA dan Jabatan Pertanian sendiri sebagai satu sumbangan kita kepada negara.  




Disediakan oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya, Malaysia.
(14 Oktober 2015)

Monday, October 19, 2015

SAMBUTAN JABATAN PERTANIAN 110 TAHUN


SALAM PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapan "SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 110 KEPADA JABATAN PERTANIAN". Kemuncak sambutan ini diadakan di DEWAN A, MAEPS, Serdang, Selangor pada 16 Oktober 2015 (Jumaat) yang dirasikan oleh Y Bhg Dato Ariff iaitu Ketua Setiausaha Kementerian mewakili Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Pertanian, TKPP(P) dan VVIP yang lain. Majlis kemuncak ini diadakan setelah kebanyakan negeri-negeri telah mengadakan sambutan ke 110 jabatan  ini oleh Ketua Menteri dan Menteri Besar masing-masing sebelum ini. Majlis ini turut dihadiri oleh ramai VVIP dan Pegawai-pegawai pertanian dari seluruh negara serta oleh golongan sasar. Jabatan Pertanian adalah antara jabatan kerajaan yang paling lama ditubuhkan semenjak zaman penjajahan dahulu. Majlis Penyampaian Sijil Organik kepada penerima yang berjaya mendapatkan sijil-sijil MyOrganik ini juga dilaksanakan kepada para penerima. Aktiviti pelbagai jenis pemeran mengenai fungsi dan teknologi pertanian dipamerkan oleh 12 Bahagian serta pihak swata dan oleh Jabatan Pertanian Negeri terpilih. Sambutan ini dianggap satu kejayaan kepada Jabatan Pertanian yang telah ditubuhkan semenja 110 tahun dahulu dan masih relevan sehingga sekarang. Sama-sama kita berdoa agar pegawai pertanian yang bertugas dibawah payong DOA akan terus berjaya dimasa akan datang. Wasallam!!!

Disediakan oleh,
Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.
(16 Oktober 2015)

Friday, October 9, 2015

DARJAH KEPADA TKPP(P) DATUK JABAR

SALAM PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Datuk Hj Jabar Shaik Mohideen iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia yang menerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka pada 10 Oktober 2015. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahului 760 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2015, sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Beliau yang berasal dari Merlimau, Melaka pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pertanian Negeri Melaka dan telah lebih 35 tahun bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia. Aktif dalam Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian Malaysia (PERPETA) dalam pelbagai jawatan serta sebagai Naib Presiden PERPETA dan berjiwa kental serta sukses dalam kerjaya adalah antara pencapaian dimilikkinya. Beliau pernah belajar di UPM Serdang dan pernah melanjutkan pelajaran di Jepun terus membantu Ketua Pengarah Pertanian dalam membangunkan sektor pertanian di Malaysia. PERPETA berbangga dengan anugerah ini yang membawa gelaran 'Datuk' kepada beliau.
TAHNIAH, TAHNIAH...TAHNIAH!

Oleh,
Presiden dan AJK
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(10 Oktober 2015)




Tuesday, September 29, 2015

SEKTOR PERTANIAN PERLU TRANSFORMASI


Sektor Pertanian perlukan transformasi yang menjadikan negara akan mendapat bekalan makanan yang mencukupi, selamat dimakan dan berkualiti. Itu laporan sebuah akhbat tempatan mengenai sektor pertanin baru-baru ini. Terdapat banyak program Jabatan Pertanian berjaya melahirkan ramai usahawan muda. Jabatan Pertanian merupakan antara agensi utama dalam membangun dan mengembangkan industri pertanian di negara ini. Berkhidmat hampir 70 tahun lamanya menjadikan jabatan tersebut lebih matang dalam mengendalikan pelbagai perkhidmatan dan pengembangan teknologi kepada golongan sasar. Penubuhan jabatan yang dikhaskan untuk memaju dan mengembangkan sektor pertanian bukanlah sesuatu yang mudah. Di tambah pula perkembangan negara menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020 memperlihatkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh jabatan tersebut. Jelas ketua pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek dua peranan utama jabatan pertanian yang sentiasa menjadi fokus beliau adalah pengembangan dan latihan pertanian serta penguatkuasaan undang-undang. “Bagi proses pengembangan yang biasanya kita kenali sebagai pemindahan teknologi kepada pihak petani dan pengusaha. "Bagaimanapun cabaran utama dalam proses ini adalah untuk menyedarkan kepentingan teknologi baharu dalam kalangan petani tradisional. “Selain mereka lebih selesa dengan cara lama, kebanyakan petani tradisional tidak begitu fokus kepada teknoloogi kerana mereka bukanlah usahawan sepenuh masa,” katanya ketika ditemui di Putrajaya baru-baru ini. Tambah Ahmad Zakaria, sikap pasif petani tradisional terutamanya dalam sektor buah-buahan tempatan dalam penerimaan teknologi moden juga adalah kerana pertanian yang diusahakan bukan merupakan sumber utama pendapat mereka. “Mereka hanya melakukannya secara sambil-sambil sahaja dan ini amat berlainan bagi usahawan tani yang menumpukan sepenuh masa di bidang tersebut,” katanya.

Bagi usahawan tani, jabatan pertanian sentiasa menjadi tempat rujukan dalam mencari penyelesaian masalah serta mengembangkan usaha mereka menerusi maklumat dan teknologi terkini. “Ramai dalam kalangan mereka (usahawan tani) datang berjumpa dengan kita (jabatan) untuk menyelesaikan sebarang masalah. “Proses ini kita panggil sebagai proses perundingan, malah jabatan turut menyediakan pelbagai latihan dan kursus untuk mereka,” katanya. Bagi membantu ushawan dan petani yang memerlukan, jabatan turut menyediakan pelbagai pusat latihan disetiap stesen di negeri-negeri. “Pelbagai latihan disediakan bemula dari kursus seharian sehinggalah mencecah berbulan lamanya turut disediakan khas untuk memajukan sektor pertanian,” katanya. Antara contoh kursus yang disediakan adalah seperti pengendalian jentera berat yang disedaikan oleh pusat latihan kejuruteraan negeri selama tiga bulan. “Jabatan sediakan kemudahan latihan mengendalikan jentera sampai kita bagi lesen dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain itu, jabatan turut aktif dalam proses pengembangan kajian dan teknologi kepada petani dan usahawan tani di seluruh negara. Peranan kedua jabatan pula adalah menguatkuasakan akta-akta yang terlibat dengan sekotr pertanian. Antaranya, akta racun perosak, akta perlindungan dan kuarantin tumbuhan yang kini telah dijenamakan semula sebagai biosekuriti tumbuhan. Untuk tujuan tersebut, biosekuriti tumbuhan telah dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). “MAQIS merupakan badan yang lebih berupa sistem pertahanan negara terhadap perosak dan penyakit supaya agar tidak disebarkan serta memberi impak negatif kepada sektor pertanian negara. “Sebagai contoh, apabila terdapatkan produk-produk segar yang diimport seperti kacang soya, buah-buahan, sayur- sayuran, kelapa dibawa masuk produk tersebut kan membawa masuk bersama penyakit serta serangga perosak. “Untuk tujuan melindungi tanamam di negara ini, langkah awal dengan menguarantinkan produk tersebut amat perlu sehingga disahkan selamat,” katanya.

Ujar Ahmad Zakaria lagi, proses kuarantin tersebut adalah sebagai pengawal kepada perosak dan musuh yang mampu memberi impak negatif kepada sektor pertanian negara. Akta biosekuriti baharu itu akan diserahkan kepada MAQIS dan lebih tertumpu kepada keselamatan domestik. Dalam pada itu, jabatan turut menguatkuasakan Akta Kawalan Kualiti Tanaman yang lebih memfokus menjaga dan mengawal hak kepada pembaik baka. “Seperti mana yang kita ketahui kebanyakan produk makanan akan dipatenkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). “Paten bagi varieti tumbuh-tumbuhan pula akan dikawal selia oleh jabatan pertanian menerusi penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Tanaman, termasuk klon, hibrid dan pelbagai varieti yang baharu ditemui,” katanya. Selain berperanan menguatkuasakan undang-undang, jabatan turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti penyiasatan tanah, kesuburan tanah serta segala aktiviti yang berkaitan penyediaan kawasan ladang. Jabatan dalam masa yang sama turut berperanan mengawal industri pertanian negara menerusi dua komponen utama tersebut. Biarpun begitu, jabatan sentiasa berdepan dengan cabaran demi cabaran kerana petani yang ada kini ramai dalam kalangan mereka yang mengamalkan kaedah tradisional tergantung kepada jenis tanamanan seperti padi dan buah-buahan. 


Bagaimanapun ujar Ahmad Zakaria, bagi industri padi telah wujud gaya baharu iaitu pengusaha sepenuh masa sudah mula menunjukkan minat dan mengambil industri tersebut secara penuh. “Mereka ini mula berani melabur dengan menyewa tanah-tanah sawah secara luas bagi memulakan projek berskala besar. “Bahkan ada sesetengahnya mula menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti kemudahan membajak petak sawa, menuai hasil, meracun dan juga menanam anak benih padi,” katanya.

Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(Oktober 2015)

Saturday, September 26, 2015

PRESIDEN DAN MANTAN PRESIDEN

Salam PERPETA,

Presiden dan Mantan Presiden PERPETA telah bertemu di Maljlis Perkahwinan Anak beliau yang diadakan pada 26 September di Jalan Pisang Tanduk, Taman Harmoni, Kluang, Johor. Tuurut hadir ramai AJK PERPETA Pusat dan Negeri diantaranya Bendahari, Penolong Setiausaha, AJK Beberapa Biro dan perwakilan negeri. Mantan Timbalan Presiden iaitu Dato' Wan Darman juga hadir dalam maljis yang gemilang ini. Selain itu ramai dikalangan bekas ahli PERPETA yang telah bersara dan masih bertugas turut hadir dalam mejlis perkahwingan anak sulong Dato' Sabtu Slamat pada Hari Raya Aidil Adha ke 3 ini. Majlis ini amat baik dalam mengeratkan silaturahim diantara kita semua. Tahniah Dato Sabtu kerana mendapat menantu dan didoakan akan cepat menimang cucu.... Baru nanti dapat title 'Atuk' Sebenar.....

Oleh,
Presiden PERPETA
Jalan Pisang Tanduk
Kluang, Johor.
(26 Sept 2015)

Wednesday, September 23, 2015

MAJLIS MAKAN MALAM DENGAN KPP

SALAM PERPETA,

Majlis makan malam bersama Ketua Pengarah Pertanian selaku penaung PERPETA telah diadakan pada malam 13 September 2015 di Hotel Adya, Langkawi. Seramai 45 orang Pengarah dan Timbalan Pengarah yang juga ahli PERPETA hadir dalam majlis yang dimulakan jam 8.30 malam. Majlis didahului dengan bacaan doa, makan malam dan diikuti dengan ucapan oleh KPP secara santai. Majlis ini diadakan sempena Kursus pengurusan dan transformasi Jabatan Pertanian yang diberikan oleh penceramah terkenal iaitu Dato Dr Sayed Ahmad. Kursus selama 4 hari ini memberikan peluang kepada peneraju Jabatan Pertanian diperingkat Persekutuan dan Negeri untuk meningkatan capasity building sebagai pemimpin. Majlis yang ringkas dan santai ini juga merupakan majlis pertemuan diantara penaung dan beberapa AJK serta ahli PERPETA terutama untuk jawatan tinggi daripada Gred G48 sehingga Jusa..  



KPP  dengan cara santai memberikan penjelasan akan beberapa perkara terutama berkaitan dengan keadaan semasa Jabatan Pertanian. Beliau maklumkan proses pengisian jawatan di Jabatan Pertanian mengambil masa agak lama kerana terpaksa menyusun bakal-bakal pemimpin dimasa akan datang. Bagaimana pun beliau maklumkan beberapa pengisian sudah diluluskan JPA sepert Gred hakiki G54 dan KUP G54. Dimaklumkan juga pengesahan jawatan untuk 48 ahli PERPETA Gred G44 telah diluluskan. Beliau juga pohon agar semua pegawai tinggi jabatan sentiasa menyokong Jabatan Pertanian dalam apa juga keadaan. Sikap keterbukaan dan keberanian ahli PERPETA dalam menyuarakan sesuatu isu kini lebih 'berani' berbanding zaman dahulu. Cara dan gaya kempimpinan daripada peringkat Menteri sehingga ke negeri semakin berubah sekarang dan semua lapisan pegawai perlu sensitif.


Beberapa Pengarah atau ahli PERPETA memberikan pandangan dan memberitahu isu0isu semasa dalam majlis ini. Antara beberapa perkara dibangkitkan adalah bagaimana proses pengisian jawatan kosong dilakukan dan berapa lama ia boleh diselesaikan. Dimaklumkan juga dimasa akan datang proses pengisian dan kenaikan pangkat akan dilakukan 'tidak secara jamak'. Semua pegawai yang hendak dinaikan pangkat perlu melengkapkan semua dokumentasi yang dikatakan sering melewatkan proses. Wakil PPN Negeri menyatakan agar Gred Jawatan PPN dinegeri di'up-grade' kerana beberapa pengarah negeri mempunyai gred lebih tinggi daripada Pengarah Pertanian Negeri. Malahan dalam sesetengah negeri pengarahnya sampai JUSA C (MARDI Johor), Gred 54 (Pulau Pinang), Gred 52 dan sebagainya. Selaku pengerusi MOA Inc ini adalah perkara kurang sihat. Majlis ini diakhir dengan persembahan nyanyian oleh beberapa peserta kursus dan ahli PERPETA. Wasallam!.

Oleh,
Presiden
PERPETA Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia.
(15 September 2015)