Presiden dan AJK PERPETA mengucapan "SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 110 KEPADA JABATAN PERTANIAN". Kemuncak sambutan ini diadakan di DEWAN A, MAEPS, Serdang, Selangor pada 16 Oktober 2015 (Jumaat) yang dirasikan oleh Y Bhg Dato Ariff iaitu Ketua Setiausaha Kementerian mewakili Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Pertanian, TKPP(P) dan VVIP yang lain. Majlis kemuncak ini diadakan setelah kebanyakan negeri-negeri telah mengadakan sambutan ke 110 jabatan ini oleh Ketua Menteri dan Menteri Besar masing-masing sebelum ini. Majlis ini turut dihadiri oleh ramai VVIP dan Pegawai-pegawai pertanian dari seluruh negara serta oleh golongan sasar. Jabatan Pertanian adalah antara jabatan kerajaan yang paling lama ditubuhkan semenjak zaman penjajahan dahulu. Majlis Penyampaian Sijil Organik kepada penerima yang berjaya mendapatkan sijil-sijil MyOrganik ini juga dilaksanakan kepada para penerima. Aktiviti pelbagai jenis pemeran mengenai fungsi dan teknologi pertanian dipamerkan oleh 12 Bahagian serta pihak swata dan oleh Jabatan Pertanian Negeri terpilih. Sambutan ini dianggap satu kejayaan kepada Jabatan Pertanian yang telah ditubuhkan semenja 110 tahun dahulu dan masih relevan sehingga sekarang. Sama-sama kita berdoa agar pegawai pertanian yang bertugas dibawah payong DOA akan terus berjaya dimasa akan datang. Wasallam!!!
Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.
(16 Oktober 2015)
No comments:
Post a Comment