Tuesday, October 30, 2012

PERTANDINGAN BOWLING PERPETA 2012


Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian (PERPETA) Semenanjung Malaysia telah mengadakan Pertandingan Bowling Terbuka PERPETA 2012. Pertandingan ini telah diadakan di ARL Power Bowl Alamanda, Putrajaya pada 20 Oktober 2012 (Sabtu). Kejohanan terbuka kepada semua warga Jabatan Pertanian. Beberapa kategori yang dipertandingan iaitu kategori Lelaki dan Wanita, jatuhan pin tertinggi (Game  ke-3) dan jatuhan pin terendah. Hadiah pemenang telah disampaikan oleh wakil Presiden PERPETA iaitu Tn. Hj. Hanawi b. Ahmad yang juga Pengarah  ILPP Serdang, Selangor.


Pemenang Kategori Lelaki :

1.    En. Mohd. Khairul Nizam
       Bhg. Kejuruteraan Pertanian Serdang, Selangor
       567 Jatuhan Pin

2.    En. Baharan b. Abbas
       Bhg. Perlindungan tanaman &Kuarantin Tanaman, KLIA
       534 Jatuhan Pin

3.    En. Khairul Nizam Yeop Ismail
       Bhg. Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah,   
       Putrajaya
       481 Jatuhan Pin


Pemenang Kategori Wanita :

1.    Pn. Kamariah bt. Abu Bakar
  Bhg. Kualiti Tanaman, Putrajaya
       431 Jatuhan Pin

2.    Pn. Nur Syazwani bt. Moh. Salleh
        Bahagian Pengembangan dan IAT, Putrajaya
        343 Jatuhan Pin

3.    Lailatullaila Bt. Shaari
   Bhg. Perancangan, Putrajaya
        301 Jatuhan Pin


Pemenag Jatuhan Pin Tertinggi ( Game ke-3) :

         En. Baharan b. Abbas
         Bhg. Kuarantin Tanaman, KLIA
         197 Jatuhan Pin

Pemenag Jatuhan Pin Terendah:

        Lailatullaila Bt. Shaari
     Negeri Sembilan
     79 Jatuhan Pin

Laporan ini saya terima daripada Ketua Biro Sukan PERPETA En Khairul Nizam Yeop Ismail.

By,Ketua Biro Modal Insan
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia.

Friday, October 26, 2012

HARI RAYA AIDIL-ADHA

SALAM SEMUA,

PERPETA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA ATAU 'HARI RAYA QURBAN' TAHUN 1433 HIJRAH. SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR RAKAN-RAKAN KITA YANG BERADA DI MEKAH AGAR SENTIASA SIHAT DAN MENDAPAT HAJI YANG MABRUR...INSYAALAH!. 

SEMPENA HARI RAYA QURBAN INI SAYA RASA RAMAI YANG MEMBUAT KORBAN SEMEBLIHAN HAIWAN DEMI ALLAH TAALA. PERPETA JUGA MENASIHATKAN SEMUA AHLI-AHLI AGAR SENTIASA BERHATI-HATI DIDALAM PERJALANAN KE DESTINASI MASING-MASING DAN SELAMAT KEMBALI UNTUK BERTUGAS KELAK.

PENGORBANAN AJK PERPETA PERLU SENTIASA DIBERIKAN SOKONGAN UNTUK MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI. SEBARANG IDEA ATAU CADANGAN-CADANGAN YANG BERNAS BOLEH DISALURKAN KEPADA MEREKA UNTUK MENINGKATKAN KEWIBAWAAN PEGAWAI PERTANIAN DALAM PROFESIONALISMA.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA!

By,
Ketua Biro Pembangunan Modal Insan
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya. 

.


Sunday, October 21, 2012

MESY AJK PERPETA 4/2012

SALAM SEMUA!

Pada 19 Oktober 2012 (JUMAAT) jam 3.00 petang telah diadakan Mesyuarat AJK PERPETA Kali ke 4/2012 yang dipengerusikan oleh Presiden PERPETA. Seramai 8 orang AJK dan ramai perwakilan daripada negeri-negeri telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Semua pengerusi biro-biro telah membentangkan aktiviti sepanjang tempoh Jun - September 2012 di dahului dengan Biro Kebajikan dan dikuti dengan  Biro Pembangunan Modal Insan, Biro Sukan dan Biro Ekonomi. Ketua Biro Pembangunan Modal Insan telah pun membentangkan Kertas Cadangan Penambahbaikan SSM Baru yang kini telah diproses diperingkat atasan. Diantara cadangan dimajukan adalah agar menjadikan Skim Pegawai Pertanian diujudkan Sistem Pegawai Pakar. Elaun pegawai pakar dan proses kenaikan pangkat juga disentuh didalam kertas cadangan tersebut. Bersama-samalah kita berdoa agar pihak JPA akan menimbangkan permohonan oleh PERPETA melalui Jabatan Pertanian akan dipertimbangkan.

Mesyuarat juga menggalakkan PERPETA di Negeri-negeri untuk menjalankan aktiviti pada tahun ini. Diharap PERPETA Negeri-negeri dapat menjalankan aktiviti dan melaporkan kepada ketua-ketua biro terlibat.  Ramai ahli-ahli PERPETA digalakkan untuk melayari perkembangan aktiviti PERPETA melalui website www.beritaperpeta.blogspot.com/ dan juga dipohon untuk menyumbangkan berita kepada sidang pengarang. Mesyuarat ditamatkan jam 6.40 petang.

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Aras 16, Putrajaya,
Malaysia.
(19 Oktober 2012) 

Monday, October 1, 2012

SELAMAT HARI LAHIR OKTOBER

SALAM SEMUA!

PERPETA mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Lahir' pada bulan Oktober 2012 kepaa seramai 61 ahli. Mereka telah dilahirkan pada bulan Oktober ini akan jatuh sebahagiannya didalam kumpulan bintang Libra dan lain-lain. PERPETA berharap anda semua akan lebih sihat, mempunyai minda tahap 'super positive'  dan akan terus memberikan sumbangan bermakna kepada Jabatan Pertanian dan negara kita. Mereka yang akan menyambut hari lahir pada bulan Oktober adalah seperti senarai berikut:-   


1
Mohd. Rasani b. Awang Mat
Lundang
2
Atikah bt Abdul Kadir Jailani
Kuala Lumpur
3
Samsiah bt. Taib
IP. Ayer Hitam
4
Anuar b. Bujang
Sabak Bernam
5
Zazali b. Chik
Kuala Terengganu
6
Mohd. Anim b. Hosnan  
 Putrajaya
7
Mohd Yusoff b. Sadi Sutan
Kuantan
8
Zulkifly b. Ahmad
Kuantan
9
Tuan Rohana bt. Tuan Muda 
Bumbung Lima
10
Rozaidi b. Abdul Rahman
Sik
11
Johari b. Abdullah
Putrajaya
12
Mohamad Zaidi b. Hasan
Telok Chengai
13
Saifful Rizal bin Ibrahim
Kalaka Saribas
14
Rusdan b. Abdul Talib  
Serdang
15
Norzita bt. Hashim  
Johor Bahru
16
Rozziah bt. Bujang Masli
Kuala Lumpur
17
Anuar Juhaidee b. Mohd Nordin  
Kuantan
18
Beverlien Christine Daiman
Putrajaya
19
Muhammad Syaifudin b. Omar
Serdang
20
Rozita bt. Hamid
IP Bumbong Lima
21
Nur Arbaeyah bt. Abd. Rashid
Putrajaya
22
Maznahwati bt. Alias
PLKP Serdang
23
Abdul Razak bin Abdul Rahman
Kuala Langat
24
Siti Nor Azah binti Ayob
Kuala Lumpur
25
Safendi bin Don
Yan
26
Dalila binti Bahrun
Putrajaya
27
Nurhazarull Nadia binti Baset
Chembong, NS
28
Nur Faizah binti Tajudin
Bumbong Lima
29
Radzman Fariq bin Rohan
Telok Chengai
30
Noorzilawati bt. Abd Kamis   
Putrajaya
31
Nor Faezah binti Mahat
Kuala Lumpur
32
Mohamad Yuzaidi bin Azmi
Telok Chengai
33
Rozilawati bt. Mohd. Azman  
Kuala Lumpur
34
Nur Azrena bt. Mohd Khadri
Sungai Manik
35
Wan Nur Aimi bt. Shabuddin
Ajil
36
Aizam Salmi binti Abu Bakar
Kuala Lumpur
37
Mohd Azlan b. Abu Bakar
Pulau Gadong
38
Ahmad Syamhan Samsul Ambia
Putrajaya
39
Musliha binti Musa
Pulau Gadong
40
Nur Zaitasha bt. Mahmudin
Kuala Lumpur
41
Kevin Muyang Tawie Anak Sulok
C. Highlands
42
Ashraf binti Salehuddin
Putrajaya
43
Mohd Rokli Hizra bin Ramli
K. Terengganu
44
Azizul Hafiz bin Azizan
Kota Tinggi
45
Mustafa bin Jabar
Kuala Kangsar
46
Nurhayati binti Maarof
Sungai Udang
47
Nazli bin Mat Aris
Kuala Lumpur
48
Rayner Tiam
Telok Chengai
49
Qudzwatun Hasanah bt Azlan
Titi Gantong
50
Lailatullaila binti Shaari
Putrajaya
51
Asparina binti Mohd Johan
Kuala Selangor
52
Jariyah binti Abd. Rahim
K. Terengganu
53
Ahmad Saif bin Mohd Salmizi
Kemaman
54
Nurul Huda binti  Aris
Putrajaya
55
Muhammad Faizal bin Saidi
Pontian/J.Bahru
56
Noradilla binti Abu Bakar
Putrajaya
57
Shahida binti Salim
Shah Alam
58
Mohamad Syukri bin Tan Shilan
Ipoh
59
Norazreen binti Shamsudin
Kuala Lipis
60
Pirakas A/L Ahtmanathan
Kinta
61
Nur Adilah binti Abd Wahab
Ayer Hitam

Kalau hendak tahu berapa batang lilin yang hendak ditiup, kena tanya kepada mereka. Ada yang lebih 55 batang lilin dan ada yang bawah 25 lilin agaknya. Kepada anda semua, ucapkanlah 'Selamat Hari Lahir' kepada kawan-kawan yang menyambutnya. Wasallam!

By,
 Ketua Biro
Modal Pembangunan Insan
PERPETA
Putrajaya
(1 Oktober 2012)

Sunday, September 30, 2012

MUSIM HAJI 1433H

Asalamualaikum wbt.

PERPETA mengucapkan selamat menunaikan Fardu Haji kepada semua ahli PERPETA yang terpilih untuk pergi menunaikan ibadat haji tahun ini. Ibadat Haji merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam kepada mereka yang mempunyai kemampuan dan telah berdaftar dengan Tabung Haji. Diantara mereka yang Biro Modal Insan dapat tahu adalah Pengarah Hortikultur (Hajah Normah Othman) dan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Kedah (Encik Nasir Hassan) dan beberapa ahli lain yang saya tidak dapat maklumat. Semuga mereka akan mendapat kemudahan semasa menunaikan ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah!

Kepada ahli-ahli PERPETA yang telah mempunyai kemampuan dan simpanan wang mencukupi adalah di galakkan untuk mendaftar dengan Tabung Haji bagi menunaikan haji. Hanya perlu ada simpanan RM 1,500 sahaja didalam simpanan tabung haji atau bayar tunai semasa mengisi Borang Permohonan Daftar pergi haji. Bulan lepas saya dapati yang mendaftar hanya akan mendapat kelayakan pada tahun 2047... lama tu. Oleh itu mendaftarlah segera agar kita dapat menunaikan haji pada umur yang masih muda.

By,
Ketua Biro
Modal Pembangunan Insan
PERPETA
Putrajaya.
(10 Zulkaedah 433H)

Wednesday, September 12, 2012

GERAI RAYA PERPETA

PERPETA telah menyertai Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pertanian Malaysia yang di adakan di Dewan Siantan, Putrajaya pada 3 September 2012 bersamaan dengan 16 Syawal 1433 Hijrah. Majlis yang dihadiri oleh ramai ahli-ahli PERPETA dan warga Jabatan Pertanian ini (termasuk bekas-bekas Ahli PERPETA yang telah bersara) amat meriah sekali dalam suasana Hari Raya berkonsepkan 'Alaf Baru'. PERPETA telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan hiasan dan persembahan gerai walau pun menggunakan kos persiapan yang agak rendah. Tahniah diucapkan.  Presiden PERPETA dan AJK telah membuat perbincangan khas untu gerai PERPETA pada 27 Ogos 2012 bagi melaksanakan aktiviti ini dengan penglibatan AJK PERPETA sendiri yang bertugas dan melayan tetamu. 



Apa yang paling menarik mengenai Gerai PERPETA adalah komitment AJK yang bertungkus lumus melayan para tetamu yang hadir terdiri dari kalangan Ahli PERPETA, Pesara Jabatan, VVIP, VIP dan semua kategori pegawai. Hidangan Tapai Pulut dan Ice-Cream merupakan juadah yang disajikan oleh PERPETA tahun 2012. Paling menarik apabila gerai PERPETA sentiasa menerima barisan tetamu yang saya perhatikan 'Sentiasa Paling Panjang' dihadapan kaunter 'icecream cone' yang sangat enak dan lazat. Mereka semua sanggup berbaris panjang sehingga 15 minit semata-mata untuk mendapatkan pencuci mulut tapai dan juga 'ice-cream cone'. Sesunggunhya keujudan Gerai PERPETA amat dirasai dikalangan pengunjung Sambutan Hari Raya Jabatan Peranian tahun ini apabila ramai pengunjung menyatakan Aiskrim PERPETA memang dinanti-nantikan untuk tahun hadapan.
SELAMAT HARI RAYA!


By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya 

Sunday, September 9, 2012

PERJUMPAAN DENGAN KPP

PERPETA telah membuat perjumpaan Khas dengan Ketua Pengarah Pertanian Malaysia pada 30 Ogos 2012 bersamaan dengan 12 Syawal 1433 Hijrah bertempat di Restoran Nasi Beriyani Gam, Taman Equine, Serdang, Selangor sempena Hari Raya Aidil Fitri. Seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa PERPETA telah bersama-sama hadir untuk perjumpaan kali pertama ini yang dibuat secara 'santai' mulai jam 5.00 petang sehingga lewat 7.15 malam. Presiden PERPETA mengetuai perjumpaan ini dan kami membincangkan beberapa perkara penting mengenai aktiviti PERPETA kepada Ketua Pengarah Pertanian dalam suasana yang harmoni dan penoh keceriaan. KPP menyokong penoh agar PERPETA meneruskan aktiviti  yang dirancang dan bersedia untuk membantu dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut. Komitment KPP amat ketara dalam memberikan sokongan padu kepada AJK PERPETA yang dilantik untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah.

Setiausaha PERPETA dan Ketua Biro Pembangunan Modal Insan PERPETA telah membentangkan beberapa perkara yang diutarakan oleh ahli-ahli PERPETA seperti perkara berkaitan perjawatan, proses kenaikan pengkat, pegawai pertanian kearah profesionalisma, aktiviti kelab sukan dan kebajikan ahli, Cadangan untuk KUP dan sebagainya secara harmoni dan saling bertukar-tukar pendapat. PERPETA juga menyokong penoh dan mengucapkan tahniah diatas perlantikan Ketua Pengarah Pertanian selaku peneraju Jabatan Pertanian dan juga menaung persatuan ini. Semuaga perjumpaan seperti ini akan sentiasa dapat dijalankan pada waktu-waktu yang lain secara santai dan dengan keadaan yang sungguh harmoni. Wasallam!

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPTA
Jabatan Pertanian

Putrajaya