Sunday, September 9, 2012

PERJUMPAAN DENGAN KPP

PERPETA telah membuat perjumpaan Khas dengan Ketua Pengarah Pertanian Malaysia pada 30 Ogos 2012 bersamaan dengan 12 Syawal 1433 Hijrah bertempat di Restoran Nasi Beriyani Gam, Taman Equine, Serdang, Selangor sempena Hari Raya Aidil Fitri. Seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa PERPETA telah bersama-sama hadir untuk perjumpaan kali pertama ini yang dibuat secara 'santai' mulai jam 5.00 petang sehingga lewat 7.15 malam. Presiden PERPETA mengetuai perjumpaan ini dan kami membincangkan beberapa perkara penting mengenai aktiviti PERPETA kepada Ketua Pengarah Pertanian dalam suasana yang harmoni dan penoh keceriaan. KPP menyokong penoh agar PERPETA meneruskan aktiviti  yang dirancang dan bersedia untuk membantu dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut. Komitment KPP amat ketara dalam memberikan sokongan padu kepada AJK PERPETA yang dilantik untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah.

Setiausaha PERPETA dan Ketua Biro Pembangunan Modal Insan PERPETA telah membentangkan beberapa perkara yang diutarakan oleh ahli-ahli PERPETA seperti perkara berkaitan perjawatan, proses kenaikan pengkat, pegawai pertanian kearah profesionalisma, aktiviti kelab sukan dan kebajikan ahli, Cadangan untuk KUP dan sebagainya secara harmoni dan saling bertukar-tukar pendapat. PERPETA juga menyokong penoh dan mengucapkan tahniah diatas perlantikan Ketua Pengarah Pertanian selaku peneraju Jabatan Pertanian dan juga menaung persatuan ini. Semuaga perjumpaan seperti ini akan sentiasa dapat dijalankan pada waktu-waktu yang lain secara santai dan dengan keadaan yang sungguh harmoni. Wasallam!

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPTA
Jabatan Pertanian

Putrajaya 

No comments:

Post a Comment