Sunday, October 21, 2012

MESY AJK PERPETA 4/2012

SALAM SEMUA!

Pada 19 Oktober 2012 (JUMAAT) jam 3.00 petang telah diadakan Mesyuarat AJK PERPETA Kali ke 4/2012 yang dipengerusikan oleh Presiden PERPETA. Seramai 8 orang AJK dan ramai perwakilan daripada negeri-negeri telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Semua pengerusi biro-biro telah membentangkan aktiviti sepanjang tempoh Jun - September 2012 di dahului dengan Biro Kebajikan dan dikuti dengan  Biro Pembangunan Modal Insan, Biro Sukan dan Biro Ekonomi. Ketua Biro Pembangunan Modal Insan telah pun membentangkan Kertas Cadangan Penambahbaikan SSM Baru yang kini telah diproses diperingkat atasan. Diantara cadangan dimajukan adalah agar menjadikan Skim Pegawai Pertanian diujudkan Sistem Pegawai Pakar. Elaun pegawai pakar dan proses kenaikan pangkat juga disentuh didalam kertas cadangan tersebut. Bersama-samalah kita berdoa agar pihak JPA akan menimbangkan permohonan oleh PERPETA melalui Jabatan Pertanian akan dipertimbangkan.

Mesyuarat juga menggalakkan PERPETA di Negeri-negeri untuk menjalankan aktiviti pada tahun ini. Diharap PERPETA Negeri-negeri dapat menjalankan aktiviti dan melaporkan kepada ketua-ketua biro terlibat.  Ramai ahli-ahli PERPETA digalakkan untuk melayari perkembangan aktiviti PERPETA melalui website www.beritaperpeta.blogspot.com/ dan juga dipohon untuk menyumbangkan berita kepada sidang pengarang. Mesyuarat ditamatkan jam 6.40 petang.

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Aras 16, Putrajaya,
Malaysia.
(19 Oktober 2012) 

No comments:

Post a Comment