PERPETA telah menyertai Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pertanian Malaysia yang di adakan di Dewan Siantan, Putrajaya pada 3 September 2012 bersamaan dengan 16 Syawal 1433 Hijrah. Majlis yang dihadiri oleh ramai ahli-ahli PERPETA dan warga Jabatan Pertanian ini (termasuk bekas-bekas Ahli PERPETA yang telah bersara) amat meriah sekali dalam suasana Hari Raya berkonsepkan 'Alaf Baru'. PERPETA telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan hiasan dan persembahan gerai walau pun menggunakan kos persiapan yang agak rendah. Tahniah diucapkan. Presiden PERPETA dan AJK telah membuat perbincangan khas untu gerai PERPETA pada 27 Ogos 2012 bagi melaksanakan aktiviti ini dengan penglibatan AJK PERPETA sendiri yang bertugas dan melayan tetamu.
Apa yang paling menarik mengenai Gerai PERPETA adalah komitment AJK yang bertungkus lumus melayan para tetamu yang hadir terdiri dari kalangan Ahli PERPETA, Pesara Jabatan, VVIP, VIP dan semua kategori pegawai. Hidangan Tapai Pulut dan Ice-Cream merupakan juadah yang disajikan oleh PERPETA tahun 2012. Paling menarik apabila gerai PERPETA sentiasa menerima barisan tetamu yang saya perhatikan 'Sentiasa Paling Panjang' dihadapan kaunter 'icecream cone' yang sangat enak dan lazat. Mereka semua sanggup berbaris panjang sehingga 15 minit semata-mata untuk mendapatkan pencuci mulut tapai dan juga 'ice-cream cone'. Sesunggunhya keujudan Gerai PERPETA amat dirasai dikalangan pengunjung Sambutan Hari Raya Jabatan Peranian tahun ini apabila ramai pengunjung menyatakan Aiskrim PERPETA memang dinanti-nantikan untuk tahun hadapan.
SELAMAT HARI RAYA!
By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya

No comments:
Post a Comment