Sunday, June 21, 2015

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM 2015


Tahniah diucapkan kepada 1.6 juta penjawat awam di Malaysia termasuk semua Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian yang menerima beberapa insentif baru dan diumumkan pada 17 Jun 2015 oleh Perdana Menteri. Kenyataan ini telah pun diumumkan semasa berlangsungnya Perhimpunan Penjawat Awam 2015 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang ada berita gembira untuk 1.6 juta kakitangan awam menjelang bulan Puasa Ramadhan yang akan bermula pada 18 Jun 2015 dan Hari Raya Aidilfitri kelak. Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan berita bonus raya 2015 iaitu saguhati duit raya sejumlah RM500 untuk kakitangan awam iaitu dari Gred 54 dan ke bawah. Golongan bekas penjawat awam yang sudah berpencen tidak dilupakan apabila seperti biasa RM250 diberikan kepada mereka. Presiden dan SU PERPETA serta beberapa AJK lain dari Putrajaya hadir dalam Majlis tersebut melibatkan sermai lebih dari 5,000 orang. Berita tersebut memaklumkan yang mana bayaran bonus raya 2015 ini RM500 akan dilakukan pembayaran pada 25 Jun 2015. Semoga dengan bayaran duit raya oleh kerajaan Malaysia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi persiapan menghadapi Hari Raya Aidilfitri kelak. Insyaallah.

Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(19 Jun 2015)

No comments:

Post a Comment