Wednesday, June 24, 2015

BERBUKA PUASA DENGAN KPP 2015

Salam PERPETA,

Majlis Berbuka Puasa Tahun 2015 antara AJK PERPETA dengan Ketua Pengarah Pertanian telah diadakan pada 24 Jun 2015 di Kelab Tasek Putrajaya, Putrajaya. Majlis ini dihadiri oleh kesemua 13 orang AJK dengan di ketuai oleh Presiden bermula jam 7.00 malam dengan ketibaan Ketua Pengarah dan isteri. Perjumpaan ini merupakan satu acara santai merapatkan silaturahim antara KPP dengan AJK PERPETA dan berbincang mengenai beberapa perkara dan perkembangan semasa aktiviti PERPETA. Perbincangan juga menyentuh beberapa isu-isu semasa tentang perkara perjawatan di Jabatan Pertanian. KPP dalam perbualan amat mengalu-alukan AJK PERPETA untuk sentiasa selalu berhubung dan akan menyokong pergerakan PERPETA dalam memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa mengikut saluran yang sesuai. Kehadiran KPP dan semua AJK PERPETA memberikan kesan positif didalam cara menyampaikan info terkini pergerakan PERPETA kepada KPP dengan suasana ceria. Majlis berbuka selesai jam 9.00 malam.


Oleh,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya, Malaysia.
(24 Jun 2015)

No comments:

Post a Comment