Monday, June 29, 2015

BENGKEL RE-OG JABATAN

Salam PERPETA,

Bengkel mengemaskini cadangan Penyusunan semula struktur organisasi Jabatan Pertanian (Re-Og) diadalan di hotel City Bayview, Pulau Pinang daripada 26 - 29 Jun 2015. Ia melibatkan semua Bahagian-bahagian dan PPN serta wakil daripada PERPETA, Persatuan Penolong Pegawai Pertanian dan beberapa ahli MBJ yang lain. Cadangan penyediaan ini perlu dihantar kepada pihak atasan sebelum Julaii 2015 untuk dibuat pemeriksaan dan semakan. Walau pun terdapat banyak perubahan mengenai penyesesuaian perjawatan dan kaedah pengoperasian kerja, ia dilakukan selaras dengan dasar kerajaan yang digariskan oleh JPA. PERPETA berharap cadangan Re-Og ini akan memberikan struktur organisasi yang mantap sesuai dengan keadaan semasa perkembangan dan aplikasi canggih ICT serta lebih cekap.  Wasallam!.

Mendengar pembentangan cadangan Re-Og yang disediakan.

Oleh,
AJK PERPETA,
Hotel City Bayview,
Pulau Pinang,
(29 Jun 2015)

Wednesday, June 24, 2015

BERBUKA PUASA DENGAN KPP 2015

Salam PERPETA,

Majlis Berbuka Puasa Tahun 2015 antara AJK PERPETA dengan Ketua Pengarah Pertanian telah diadakan pada 24 Jun 2015 di Kelab Tasek Putrajaya, Putrajaya. Majlis ini dihadiri oleh kesemua 13 orang AJK dengan di ketuai oleh Presiden bermula jam 7.00 malam dengan ketibaan Ketua Pengarah dan isteri. Perjumpaan ini merupakan satu acara santai merapatkan silaturahim antara KPP dengan AJK PERPETA dan berbincang mengenai beberapa perkara dan perkembangan semasa aktiviti PERPETA. Perbincangan juga menyentuh beberapa isu-isu semasa tentang perkara perjawatan di Jabatan Pertanian. KPP dalam perbualan amat mengalu-alukan AJK PERPETA untuk sentiasa selalu berhubung dan akan menyokong pergerakan PERPETA dalam memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa mengikut saluran yang sesuai. Kehadiran KPP dan semua AJK PERPETA memberikan kesan positif didalam cara menyampaikan info terkini pergerakan PERPETA kepada KPP dengan suasana ceria. Majlis berbuka selesai jam 9.00 malam.


Oleh,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya, Malaysia.
(24 Jun 2015)

Monday, June 22, 2015

PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2015

Salam PERPETA,

Perhimpunan Bulanan Jun 2015 telah di adapan di Bilik Banquet, Aras 16, Jabatan Pertanian Putrajaya pada 15 Jun 2015. Perhimpunan ini melibatkan semua Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri dan pegawai-pegawai dari semua gred di Putrajaya dan Serdang. Acara dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negara Ku , Lagu Jabatan Pertanian dan bacaan doa. Ketua Pengarah Pertanian dalam amanatnya minta semua pegawai terus menjalankan tugas dengan penoh komitment dalam keseibukan tugasan semasa. Beliau memberitahu selepas lawatan ke Dataran Tinggi Bario mengenai perlaksanaan Projek Padi Organik Beras Bario oleh Syarikat Ceria, langkah seterusnya perlu diambil bersama dengan Jabatan Pertanian Sarawak. Lawatan beliau bersama 10 pegawai Jabatan Pertanian sempena dengan Taklimat Pertanian Organik dengan penduduk tempatan. Seterusnya beliau beritahu bahawa Mesyuarat 'Retreat Jabatan' akan diadakan di Pulau Pinang untuk membincangkan persediaan RMK 11 dan cadangan Re-Og Jabatan Pertanian. Cadangan Re-Og ini melibatkan dimana semua PPN adalah Gred Jusa C (Negeri Besar) dan G54 bagi negeri lain. Sama-samalah berdoa agar penstrukturan semula Jabatan Pertanian akan berjaya memberikan persekitaran kerja yang lebih dinamik dimasa akan datang. Wasallam!.

Oleh,
AJK PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(17 Jun 2015)

Sunday, June 21, 2015

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM 2015


Tahniah diucapkan kepada 1.6 juta penjawat awam di Malaysia termasuk semua Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian yang menerima beberapa insentif baru dan diumumkan pada 17 Jun 2015 oleh Perdana Menteri. Kenyataan ini telah pun diumumkan semasa berlangsungnya Perhimpunan Penjawat Awam 2015 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang ada berita gembira untuk 1.6 juta kakitangan awam menjelang bulan Puasa Ramadhan yang akan bermula pada 18 Jun 2015 dan Hari Raya Aidilfitri kelak. Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan berita bonus raya 2015 iaitu saguhati duit raya sejumlah RM500 untuk kakitangan awam iaitu dari Gred 54 dan ke bawah. Golongan bekas penjawat awam yang sudah berpencen tidak dilupakan apabila seperti biasa RM250 diberikan kepada mereka. Presiden dan SU PERPETA serta beberapa AJK lain dari Putrajaya hadir dalam Majlis tersebut melibatkan sermai lebih dari 5,000 orang. Berita tersebut memaklumkan yang mana bayaran bonus raya 2015 ini RM500 akan dilakukan pembayaran pada 25 Jun 2015. Semoga dengan bayaran duit raya oleh kerajaan Malaysia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi persiapan menghadapi Hari Raya Aidilfitri kelak. Insyaallah.

Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(19 Jun 2015)

Friday, June 19, 2015

SELAMAT BERPUASA 2015

SALAM PERPETA,

AJK PERPETA mengucapkan "Selamat Berpuasa" dalam bulan Ramadan 1436 Hijrah kepada semua ahli-ahli beragama Islam. Ibadah puasa ini membolehkan kita semua lebih beriman dan beramal serta bersedekah sebanyak mungkin. Disamping itu perlu juga terus menjalankan kerja pejabat seperti biasa dibulan ini. PERPETA akan mengadakan beberapa aktivti sempana bulan mulia ini seperti tahun dahulu dengan menganjurkan kutipan derma masjid dan Majlis Iftar Ramadan. Semuga anda semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan amalan diterima Allah jua. 

Dari,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia
(1 Ramadan 1436H).

Thursday, June 18, 2015

MESYUARAT MBJ BIL 2/2015

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bilangan 2/2015 Jabatan Pertanian akan diadakan pada 16 Mei 2015 di Aras 16, Jabatan Pertanian ,Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pertanian dengan dihadiri oleh tujuh Pengarah Bahagian sebagai Wakil Majikan dan beberapa pegawai daripada persatuan dan kesatuan bagi pihak pekerja. Persatuan Pegawai Pertanian atau PERPETA akan diwakilkan oleh Presiden (Juga sebagai Naib Pengerusi MBJ Jabatan Pertanian) bersama Setiausaha Kehormat sebagai wakli dilantik. Perwakilan lain adalah dari Kersatuan Penolong Pegawai Pertanian (KPPPJPSM), Kesatuan Pekerja Jab Pertanian selangor (KPJPNS), Wakil Pekerja dalam khidmat Gunasama, Wakil Kumpulan Sains, Wakil JK Pemandu Kenderaan Bermotor Jabatan Pertanian dan Wakil Persatuan Pembantu Am (PAP) Ibupejabat. KPP dalam ucapan aluan minta semua NGO mematuhi peraturan mesyuarat MBJ dengan tidak menyentuh polisi dan dasar. Beliau maklumkan terpaksa mengambil masa lama untuk memproses pengisian kenaikan pangkat disemua peringkat. Ianya akan diselesaikan sebelum akhir Jun dimana ia telah dihantar kepihak berkaitan. Naib Pengerusi pula minta agar proses pengisian jawatan kosong disegerakan agar ia tidak menimbulkan masaalah.

Antara beberapa perkara yang berbangkit adalah isu percantuman antara Persatuan AAO dangan Kesatuan JP yang kini telah menjadi satu skim yang sama. Kumpulan ini perlu diwakili oleh hanya SATU sahaja kumpulan. Bagaimana pun dimaklumkan Kesatuan Pembantu Pertanian Semenanjung Malaysia telah didaftarkan semua menjadi Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia dimana ia boleh dianggotai  oleh semua dalam kumpulan G tersebut diluluskan pendaftar pada 2 Jun 2015. Mesyuarat menyatakan ia tidak layak duduk dalam MBJ Jabatan Pertanian kerana telah diwakili oleh Persatuan Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian. Mesyuarat akan datang akan diadakan diluar Putrajaya.

Dari,
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.
(17 Jun 2015) 

Tuesday, June 2, 2015

CEO TF NET BARU

Salam PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan "TAHNIAH dan SELAMAT MAJU JAYA" kepada Dr Desa yang telah dilantik menjadi CEO TF-Net. Dr Desa juga merupakan Timbalan Presiden PERPETA. Beliau yang kini telah berpejabat di Kompleks MARDI, Serdang, Selangor setelah lama bertugas di IADA Barat Laut Selangor. Jawatan ini dahulu pernah disandang oleh En Yacob Ahmad. Dr Desa memang ada kepakaran berkaitan dengan pengembangan dan lama belajar di Thailand. Semasa artikel ini ditulis beliau berada di Thailand berdasarkan kepada facebook yang diposting pada 3 Jun 2015 untuk menjalankan tugas bersama orang Siam. 

Background:
International Tropical Fruits Network (TFNet) is an independent and self-financing global network established under the auspices of the Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO). It is both intergovernmental and inter-institutional in nature, with the mandate and role to promote sustainable global development of the tropical fruit industry in relation to production, consumption and trade. It is membership-based, with members acting through one lead agency on inter-country decisions. It is based in Malaysia.
TFNet is an expanding network with 162 members from 39 countries, 14 of them are country members: Bangladesh, China, Fiji, India, Indonesia, Malaysia, Nigeria, Philippines, Sudan, Syria, Vietnam, Australia, Sri Lanka, and Saudi Arabia. It also has 17 associate members composed of companies and organizations and 198 ordinary members.
Activities of TFNet include conducting consultancies and studies, project implementation, and organizing workshops, conferences, and seminars.

Objectives
  • To act as repository and facilitate exchange of information on production, processing, marketing, consumption and international trade of tropical fruits;
  • To promote, coordinate and support research, development, and technology-transfer from production to post-harvest handling. This includes downstream processing for industrial use that increases productivity and value;
  • To facilitate the expansion of international trade of tropical fruits;
  • To enhance human resource development in the tropical fruit industry;
  • To organize generic market promotion in collaboration with exporters and importers;
  • To strengthen consumer knowledge of the nutritional value of tropical fruits;
  • To sensitize and facilitate implementation of international and regional agreements on production, marketing, consumption, and international trade of tropical fruits; and
  • To promote technical and economic exchanges in the tropical fruits sector in pursuance of sustainable production, strengthening of domestic market, poverty eradication and food security.

Core Business
  • Information Exchange
  • Consultancy
  • International Trade and Marketing
  • Technology Transfer
  • Training
  • Research and Development
  • Postharvest handling
  • Processing
  • Nutritional and Human Health
  • Promotion

By,
PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(Jun 2015)