Salam PERPETA,
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah melancarkan Skim Organik Malaysia iaitu salah satu daripada komponen MyGAP sempena perhimpunan bulanan bulan April 2015 di Dewan Serbaguna, MOA, Putrajaya pada 6 April 2015. Skim 'MyOrganic' merupakan penjenamaan semula skim pensijilan organik yang lebih komprehensif dan menggabungkan subsektor tanaman, ternakan dan juga akuakultur untuk mengiktiraf ladang yang diusahakan secara organik mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Antara tujuan pelancaran skim ini untuk menghasilakn produk pertanian dari ladang 'myOrganic' dengan tujuan untuk mempastikan :-
i. Dijamin organik, berkualiti dan selamat dimakan.
ii. Bebas daripada bahan kimia sintetik.
iii. Memelihara alam sekitar.
iv. Bebas GMO (genetically modified organism).
v. Keselamatan dan kesihatan pekerja diutamakan.
Seramai lebih daripada 500 pegawai menghadiri majlis bulanan ini termasuk ramai ahli-ahli PERPETA dari sekitar putrajaya dan IADP seluruh Malaysia. YB Menteri dalam ucaptama menyatakan agar semua Jabatan dan Agensi dibawah MOA agar dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti. Antara beberapa produk organik yang dipamerkan adalah hasil cendawan tiram kelabu (Pleurotus pulminorius) yang semakin popular dipasaran (Sila lihat foto dibawah). Satu kedai yang menjual produk-produk organik sedang disiapkan di tingkat bawah MOA yang akan beroperasi tidak lama lagi. Wasallam.
YBM memeriksa produk cendawan organik'sempena
pelancaran Skim MyOrganic pada 6 April 2015
By,
Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(6 April 2015)
No comments:
Post a Comment