Sunday, April 12, 2015

CONFERENTECH MARDI 2015

Salam PERPETA,

CONFERENTECH 2015 telah diadakan daripada 6-9 April 2015 di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak. Seramai hampir 400 orang peserta telah hadir dalam persidangan kali ini terdiri daripada pelbagai Jabatan dan Agensi serta individu dari pelbagai sektor. Tema kali ini adalah "Inovasi Teknologi pemangku pembangunan Agropreneur" yang dianjurkan oleh MARDI dengan penganjur bersama seperti Jabatan Pertanian, JPV, Jabatan Perikanan, LPNM, FAMA, MOMA, UPM, LKIM, TEKUN dan disokong oleh MOA serta Kerajaan Negeri Sarawak.  Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia menghantar lebih dari 40 pegawai persekutian dan 30 pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri. Sebanyak 17 buah kertas teknikal dan 1 kertas utama dibentangkan dalam persidangan kali ini. Pameran posters kali ini amat banyak iaitu sebanyak 148 dengan pelbagai aspek teknologi. 



Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu a/k Numpang iaitu Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Beliau dalam ucapannya menjelaskan bagaimana pentingnya aktiviti penyelidikan dilakukan secara berterusan walau pun mengambil masa yang amat lama. Sebagai contoh beliau sendiri telah terlibat terus dalam penyelidikan pembiakan ikan terubuk di Sarawak semenjak lama  dengan negera luar seperti Australia, Findland dan Norway. Ia juga merujuk kepada pembiakan ikan Emparau yang unik di Sarawak. YB Menteri meneruskan ucapan dengan mempromosikan teknologi pembuatan kek  Lapis Sarawak yang menjadi ikon negeri ini. Katanya teknologi pembuatan kek lapis perlu di perbaiki dengan penggunaan gula dari tumbuhan yang sihat. Gimik Perasmian adalah pelancaran kek lapis versi baru yang menggunakan teknologi baru. MARDI. Pengerusi Persatuan Kek Lapsi Sarawak menerimu MOU antara MARDI dengan Persatuan sebagai satu lagi kejayaan. Persidangan ini menawarkan program lawatan berbayar kepada peserta pada hari ke tiga. Sekian.




oleh,
Presiden PERPETA
Peserta Persidangan Conferentech 2015
Riverside Majestic Hotel,
Kuching, Sarawak.
(7 - 9 April 2015)  

No comments:

Post a Comment