Wednesday, April 8, 2015

MESY MBJ BIL 1//2015

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Pertanian telah diadakan pada 26 Mac 2015 bertempat di Bilik Bunga Raya, Aras 16, Jabatan Pertanian, Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y Bhg Ketua Pengarah Pertanian dengan dihadiri oleh 5 perwakilan dari Majikan dan 12 orang dari perwakilan pihak pekerja. Wakil majikan adalah daripada Pengarah Hortikultur, Pengarah PSM, Pengarah Perancangan, Pengarah Kejenteraan dan Pengarah Pengurusan. Wakil pekerja dari PERPETA, Persatuan AAo, Persatuan Juruteknik Pertanian, Wakil sokongan, Pemandu dan pekerja Selangor. Pengerusi dalam kata aluan pohon agar MBJ dijadikan sebagai forum rasmi perbincangan kedua belah pihak. Beliau berharap agar perkara yang membawa manafaat umum dibincangkan dalam mesyuarat ini. Naib Pengerusi (Presiden PERPETA) pula dalam ucapanbalas memohon agar pengisian jawatan kosong dapat disegerakan dan juga permohonan jawatan KUP untuk mereka yang layak dan sesuai dipertimbangkan sebelum bersara. 

Antara beberapa perbincangan dalam mesyurat MBJ kali ini berkaitan dengan status Kesatuan Pembantu Pertanian Malaysia apabila ramai ahlinya telah ditukarlantik menjadi Penolong Pegawai Pertanian G27 sama dengan persatuan AAO sedia ada. Kedua-dua NGO ini perlu bergabung dibawah satu skim yang sama. Pengerusi sarankan agar PSM adakan perbincangan bagaimana status kedua-dua NGO ini dapat dilaksanakan. Beberapa usul yang dibawa telah dibincangkan. 


Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(27 Mac 2015)

No comments:

Post a Comment