Thursday, April 23, 2015

BENGKEL RE-OG JABATAN PERTANIAN 2015

Salam PERPETA,

Bengkel Penyusunan Semula Jabatan Pertanian (ReOg) telah diadakan pada 22-24 April 2015 di Bilik Tayangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Bahagian PSM telah diarahkan untuk menyelaraskan bengkel ini dalam menyediakan cadangan penyusunan semula Organisasi Jabatan Pertanian berasaskan kepada cadangan Re-Og yang lama dengan penambahbaikan dari segi hasil teguran proses audit oleh JPA dan rangka struktur orgasisasi yang digunakan oleh MOA. Pengarah PSM dalam ucapannya mengharapkan agar semua 11 bahagian dapat menghasilkan cadangan tersebut pada 24 April 2015 untuk disemak oleh urusetia dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian dengan format yang disediakan. Bengkel ini dihadiri oleh 30 wakil dari semua bahagian/ urusetia dan Presiden PERPETA serta wakil kesatuan lain. Penerangan mengenai carta perbatuan dibentangkan dan perlu ada kerjasama semua bahagian untuk menyediakan cadangan sebaik mungkin.



Wakil Pengarah Perancangan dalam penerangannya menyatakan proses ReOg ini memang dalam proses untuk dihantar ke JPA sebelum Jun 2015. Hanya Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan yang masih belum menyiapkan ReOg baru untuk diselaraskan dalam pembangunan program pada RMK Ke 11. Cadangan penstrukturan ini mengekalkan dua timbalan Ketua Pengarah Pertanian dengan satu cadangan untuk seorang Timbalan Pengarah Kanan. Jika ada sebarang cadangan tambahan pegawai, ia perlukan justifikasi yang kuat untuk di pohon dan relevan.  Penyusunan ini juga perlu mengambilkira tugasan baru yang terkini dan kesan tukarlantik kumpulan Pembantu Pertanian kepada Penolong Pegawai Pertanian. Sama-sama kita semua berdoa agar cadangan Re-Og mendapat kelulusan dan menjadikan Jabatan Pertanian lebih berjaya dimasa akan datang!.



Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(23 April 2015)   

Sunday, April 12, 2015

CONFERENTECH MARDI 2015

Salam PERPETA,

CONFERENTECH 2015 telah diadakan daripada 6-9 April 2015 di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak. Seramai hampir 400 orang peserta telah hadir dalam persidangan kali ini terdiri daripada pelbagai Jabatan dan Agensi serta individu dari pelbagai sektor. Tema kali ini adalah "Inovasi Teknologi pemangku pembangunan Agropreneur" yang dianjurkan oleh MARDI dengan penganjur bersama seperti Jabatan Pertanian, JPV, Jabatan Perikanan, LPNM, FAMA, MOMA, UPM, LKIM, TEKUN dan disokong oleh MOA serta Kerajaan Negeri Sarawak.  Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia menghantar lebih dari 40 pegawai persekutian dan 30 pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri. Sebanyak 17 buah kertas teknikal dan 1 kertas utama dibentangkan dalam persidangan kali ini. Pameran posters kali ini amat banyak iaitu sebanyak 148 dengan pelbagai aspek teknologi. 



Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu a/k Numpang iaitu Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Beliau dalam ucapannya menjelaskan bagaimana pentingnya aktiviti penyelidikan dilakukan secara berterusan walau pun mengambil masa yang amat lama. Sebagai contoh beliau sendiri telah terlibat terus dalam penyelidikan pembiakan ikan terubuk di Sarawak semenjak lama  dengan negera luar seperti Australia, Findland dan Norway. Ia juga merujuk kepada pembiakan ikan Emparau yang unik di Sarawak. YB Menteri meneruskan ucapan dengan mempromosikan teknologi pembuatan kek  Lapis Sarawak yang menjadi ikon negeri ini. Katanya teknologi pembuatan kek lapis perlu di perbaiki dengan penggunaan gula dari tumbuhan yang sihat. Gimik Perasmian adalah pelancaran kek lapis versi baru yang menggunakan teknologi baru. MARDI. Pengerusi Persatuan Kek Lapsi Sarawak menerimu MOU antara MARDI dengan Persatuan sebagai satu lagi kejayaan. Persidangan ini menawarkan program lawatan berbayar kepada peserta pada hari ke tiga. Sekian.




oleh,
Presiden PERPETA
Peserta Persidangan Conferentech 2015
Riverside Majestic Hotel,
Kuching, Sarawak.
(7 - 9 April 2015)  

Wednesday, April 8, 2015

MESY MBJ BIL 1//2015

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Pertanian telah diadakan pada 26 Mac 2015 bertempat di Bilik Bunga Raya, Aras 16, Jabatan Pertanian, Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y Bhg Ketua Pengarah Pertanian dengan dihadiri oleh 5 perwakilan dari Majikan dan 12 orang dari perwakilan pihak pekerja. Wakil majikan adalah daripada Pengarah Hortikultur, Pengarah PSM, Pengarah Perancangan, Pengarah Kejenteraan dan Pengarah Pengurusan. Wakil pekerja dari PERPETA, Persatuan AAo, Persatuan Juruteknik Pertanian, Wakil sokongan, Pemandu dan pekerja Selangor. Pengerusi dalam kata aluan pohon agar MBJ dijadikan sebagai forum rasmi perbincangan kedua belah pihak. Beliau berharap agar perkara yang membawa manafaat umum dibincangkan dalam mesyuarat ini. Naib Pengerusi (Presiden PERPETA) pula dalam ucapanbalas memohon agar pengisian jawatan kosong dapat disegerakan dan juga permohonan jawatan KUP untuk mereka yang layak dan sesuai dipertimbangkan sebelum bersara. 

Antara beberapa perbincangan dalam mesyurat MBJ kali ini berkaitan dengan status Kesatuan Pembantu Pertanian Malaysia apabila ramai ahlinya telah ditukarlantik menjadi Penolong Pegawai Pertanian G27 sama dengan persatuan AAO sedia ada. Kedua-dua NGO ini perlu bergabung dibawah satu skim yang sama. Pengerusi sarankan agar PSM adakan perbincangan bagaimana status kedua-dua NGO ini dapat dilaksanakan. Beberapa usul yang dibawa telah dibincangkan. 


Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(27 Mac 2015)

Tuesday, April 7, 2015

PELANCARAN MYORGANIC 2015


Salam PERPETA,

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah melancarkan Skim Organik Malaysia iaitu salah satu daripada komponen MyGAP sempena perhimpunan bulanan bulan April 2015 di Dewan Serbaguna, MOA, Putrajaya pada 6 April 2015. Skim 'MyOrganic' merupakan penjenamaan semula skim pensijilan organik yang lebih komprehensif dan menggabungkan subsektor tanaman, ternakan dan juga akuakultur untuk mengiktiraf ladang yang diusahakan secara organik mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Antara tujuan pelancaran skim ini untuk menghasilakn produk pertanian dari ladang 'myOrganic' dengan tujuan untuk mempastikan :-

i. Dijamin organik, berkualiti dan selamat dimakan.

ii. Bebas daripada bahan kimia sintetik.

iii. Memelihara alam sekitar.

iv. Bebas GMO (genetically modified organism).

v. Keselamatan dan kesihatan pekerja diutamakan.


Seramai lebih daripada 500 pegawai menghadiri majlis bulanan ini termasuk ramai ahli-ahli PERPETA dari sekitar putrajaya dan IADP seluruh Malaysia. YB Menteri dalam ucaptama menyatakan agar semua Jabatan dan Agensi dibawah MOA agar dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti.  Antara beberapa produk organik yang dipamerkan adalah hasil cendawan  tiram kelabu (Pleurotus pulminorius) yang semakin popular dipasaran (Sila lihat foto dibawah). Satu kedai yang menjual produk-produk organik sedang disiapkan di tingkat bawah MOA yang akan beroperasi tidak lama lagi. Wasallam.

YBM memeriksa produk cendawan organik'sempena 
pelancaran Skim MyOrganic pada 6 April 2015

By,
Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(6 April 2015)