Friday, August 29, 2014

HARI MERDEKA 2014

Salam PERPETA,

"DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA" - Moto

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 57" kepada semua ahli PERPETA dan warga Jabatan Pertanian yang lain. Kemerdekaan negara kita membolehkan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman damai, berupaya untuk membangunkan negara dan menikmati keharmonian bersama. Jabatan Pertanian akan terus berperanan penting dalam terus menyumbangkan bahan makanan kepada rakyat Malaysia dan sewajarnya peranan pegawai-pegawai pertanian menjadi satu faktor yang tetap signifikan. Bersama-samalah kita semua bersyukur sempena Hari Kemerdekaan Tahun 2014 dengan meningkatkan semangat patriotisma dan mengibarkan bendera ditempat yang sesuai. Semuga kemerdekaan ini akan berterusan selamanya. Wasalam!.


By,
Presiden PERPETA,
Aras 7 -17, Jabatan Pertanian,
Wisma Tani, Putrajaya,
Malaysia.

No comments:

Post a Comment