Tuesday, August 12, 2014

AISKRIM PERPETA

Salam PERPETA,

PERPETA terlibat sama dengan Ibupejabat Jabatan Pertanian Putrajaya dalam Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 (1435H) dengan mengadakan gerai makanan. Terdapat sebanyak 15 gerai makanan disediakan terletak di perkarangan Institut Latihan Pengembangan Pertanian (ILPP) Serdang pada 12 Ogos 2014 yang dihadiri lebih daripada 1,500 orang kakitangan Jabatan Pertanian. Gerai PERPETA telah menyediakan hidangan 'Aiskrim Special' sebanyak 600 cup dan tapai pulut dalam daun getah. Gerai PERPETA ini telah dikunjungi oleh ramai orang daripada dibuka jam 9.00 pagii sehingga jam 12.45 tengahari dimana gerai-gerai lain sudah 'tutup kedai' (Lihat foto diatas). Mereka sanggup berbaris panjang dibawah sinaran matahari untuk sendapatkan kelazatan aiskrim. Ikon pproduk aiskrim ini adalah sesuai dijadikan sebagai identiti PERPETA untuk masa akan datang. 

Majlis yang diadakan sekali dengan Acara Penyerahan 40 kunci kuaters Serdang ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pertanian Dato Ahmad Zakaria (Penaung PERPETA). Turut hadir adalah jemputan khas yang terdiri daripada mantan Ketua-ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah2 Bahagian, Pengarah2 Negeri, Pegawai-pegawai kanan dan pelajar IPS. Hidangan utama adalah 'Nasi Arab' dengan lauk Kambing dan Ayam serta banyak hidangan lain seperti roti jala, lontong, sate, kambing golek (3 ekor), mee bandong, kuetiow goreng, kuih raya, lemang, rendang, air kelapa dan berbagai jenis buah-buahan. Buah tempatan seperti durian, manggis, dokong, rambutan, nangka J33 ada dihidangkan untuk cuci mulut. Ramai ahli-ahli PERPETA disekitar Lembah Kelang, jemputan dari semua negeri-negeri menikmati makanan yang dihidangkan kali ini.



Ketua Pengarah Pertanian telah mengunjungi gerai PERPETA sebagai sokongan kepada petugas-petugas yang ada. KPP juga telah berkunjung kesemua gerai dan bermesra dengan semua kakitangan. Majlis ini antara yang paling berjaya dibawah kepimpinan Pengarah PSM dan kerjasama semua bahagian. Kesemua jemputan tersenyum puas kerana dapat hadir majlis gemilang ini dan perut sudah kenyang ketika majlis ditamatkan jam 1.00 tengahari. PERPETA memohon terimakasih kepada semua ahlinya yang hadir. Salam PERPETA dan Maaf Zahir Batin.

Oleh,
PERPETA,
Jabatan Pertanian Putrajaya,
Putrajaya, 
Malaysia.
(12 Ogos 2014)     

No comments:

Post a Comment