Monday, August 18, 2014

ALUMNI JABATAN PERTANIAN

Empat orang Ketua Pengarah Jabatan Pertanian dan Pegawai Kanan semasa
Majlis Jamuan Hariraya 2014 di ILPP, Serdang
SALAM PERPETA,

PESARA-PESARA JABATAN PERTANIAN MALAYSIA TELAH MENUBUHKAN PERSATUAN YANG TELAH BERJAYA DIDAFTARKAN DENGAN PENDAFTAR PERTUBUHAN SECARA ONLINE. DALAM PERBUALAN ANTARA PENULIS DENGAN PENGERUSI PERSATUAN ALUMNI IAITU YH DATO' MUSTAFA KAMAL, BELIAU MENYATAKAN SEHINGGA KINI TELAH ADA HAMPIR 100 ORANG AHLI YANG TELAH BERDAFTAR. JUMLAH INI AKAN BERTAMBAH MULAI TAHUN 2014 DIMANA RAMAI PEGAWAI PERTANIAN AKAN BERSARA WAJIB APABILA MENCAPAI UMUR 60 TAHUN. SETIAUSAHA ALUMNI ADALAH PUAN NORMAH (PAKAR CENDAWAN - PESARA PTIF) DAN SEMUA PERMOHONAN AHLI-AHLI BARU BOLEH DIHANTAR KEPADANYA. 

Beberapa ahli PERPETA membantu pesara-pesara semasa
mendaftar menjadi ahli alumni Jabatan Pertanian di ILPP, Serdang.
ANTARA PERANAN ALUMNI PESARA JABATAN PERTANIAN KATA DATO MUSTAFA KAMAL ADALAH SEBAGAI MENGERATKAN SILATULRAHIM SELEPAS BERSARA DAN BOLEH MENJADI NGO YANG AKAN MEMBANTU KECEMERLANGAN JABATAN PERTANIAN. PERSATUAN INI BOLEH DAN BERKEMAMPUAN UNTUK BERJUMPA PIHAK ATASAN SEPERTI PIHAK KSU DAN SEBAGAINYA DALAM MENENTUKAN HALATUJU DAN PERANANAN SERTA KEBAJIKAN AHLI-AHLI PERPETA SEBAGAI SEBUAH NGO PROFESIONAL. MEREKA SEMUA ADALAH PERSONALITI YANG PROFESIONAL DALAM BIDANG KEPAKARAN MASING-MASING SEMASA BERTUGAS DI JABATAN PERTANIAN DAHULU. PERPETA MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN AKAN CUBA MEMBERIKAN KERJASAMA BAIK DENGAN ALUMNI INI PADA MASA AKAN DATANG.

Disediakan oleh,
Persatuan Perkhidmatan Pegawai-pegawai Pertanian (PERPETA),
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia
(12 Ogos 2014)

No comments:

Post a Comment