Tuesday, January 21, 2014

TAHUN BARU CHINA 2014

Salam PERPETA,

AJK PERPETA mengucapkan Selamat Tahun Baru China yang akan tiba pada hujung Januari ini. Tahun baru ini adalah 'TAHUN KUDA" atau 'Horse Year" yang bermakna ia cergas berlari dengan laju dan tangkas dari segi pergerakan. Terdapat ahli PERPETA daru kaum Tionghua yang kini bertugas di seluruh negara dan memberikan sumbangan kepada pembangunan pertanian negara. Sempena tahun baru ini diharapkan mereka semua akan menyemburnya dengan penoh kegembiraan bersama ahli keluarga, rakan taulan serta masyarakat tempatan. Pastinya ramai ahli PERPETA lain akan juga akan mengambil cuti dan 'makan angin' kedestinasi yang dipipih. Semuga semua anda bahagia ketika cuti yang agak panjang juga terutama mereka yang bertugas di Wilayah Persekutuan. Akhir kata "GONG HI FA CHAI" kepada rakan kita yang menyembutnya.

Dari,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(26 Januari 2014) 

Sunday, January 12, 2014

AMANAT MENTERI PERTANIAN 2014

SALAM PERPETA,

Menteri Pertanian dan Inustri Asas Tani telah memberikan satu Amanat Tahun 2014 kepada hampir 3,000 warga Kementerian Pertanian Malaysia di Dewan Utama, MAEPS ,Serdang, Selangor pada 13 Januari 2014. Ramai Ketua Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Pertanian serta Ahli-ahli PERPETA yang hadir dalam majlis tersebut yang mana merupakan julung-julung kali diadakan oleh menteri pertanian kita. Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Pertanian, KSU, TKSU dan Pengerusi FAMA. Pertama sekali menteri menucapkan Selamat Tahun Baru 2014 dan tahniah kepada semua warga MOA kerana banyak kejayaan dicapai sepanjang tahun 2013 termasuk fakta KDNK Pertanian telah meningkat daripada 0.4% (2012) kepada 2.1% pada 2013. Pada penggal ketiga 2013 ia menunjukkan peningkatan kepada 5.5%. Sumbangan sektor pertanian akan terus relevan dalam pembangunan negara dimana peranan semua warga MOA adalah signifikan.


Antara beberapa kejayaan sepanjang tahun 2013 iaiah dimana Jabatan Pertanian telah berjaya mengenalpasti maklumat mengenai 110,000 hektar tanah terbiar yang lengkap untuk dimajukan. Status lokasi tanah, nama pemilik, kesesuaian tanah dan maklumat lain boleh digunakan kepada golongan petani muda untu menjalankan projek pertanian. Kedua, dalam sektor perikanan, kerajaan telah meletakkan dasar 50% agihan antara projek akuakultur perikanan dengan 50% lagi untuk tangkapan ikan dilaut. Dahulu dasar ini adalah 80% tangkapan ikan di laut dan 20% daripada aktiviti akuakultur. Masaalah harga ikan meningkat dengan tinggi semasa musim tengkujuh dapat diatasi dengan berubahan dasar penting ini. Ketiga, pihak MARDI telah berjaya melancarkan penanaman Padi Aerob iaitu sejenis padi yang kurang menggunakan air dmana ia memadai dengan penggunaan sistem sprinkler sahaja. Kalau ia diperluaskan dan ditanam 3 kali setahun, maka kadar hasil padi negara dapat ditingkatkan 3 kali ganda. MARDI diminta mempercepatkan lagi pengedaran benih dan pakej teknologi tanaman adi baru ini.


Keempat adalah pengujudan 'War Room' dimana senua maklumat statistik berkaitan sektor pertanian dan bekalan disediakan. Data ini perlukan jabatan dan agensi untuk mengisinya dimana menteri dan semua pihak akan dapat menggunakan maklumat tersebut dengan lebih kukuh. Kelima menteri menyentuk isu pemasaran yang kini telah mendapat perhatian pihak kerajaan dengan pengujudan Majlis Ekspot Negara bagi tujan meningkatkan pemasaran hasil pertanian negara. Ketujuh ialah pengenalan peraturan dasar tidak membenarkan penggunaan pukat tunda oleh nelayan kurang dari 38 mm yang diluluskan pada 2013. Walau pun peraturan ini mendapat tentangan hebat dari segelintir nelayan, kerajaan akan menguatkuasakan larangan ini untuk kepentingan majoriti dan khazanah negara.


Bagi perlaksanaan program pada tahun 2014 pula, menteri telah menyenaraikan beberapa rancangan untuk pegawai dibawah MOA melaksanakannya. Pertama sekali adalah JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH dengan meningkatkan peranan pihak FAMA dan NEKMAT dalam rantaian nilai sistem pemasaran. Lebih banyak program bersama petani, nelayan dan penternak akan diadakan dalam usaha ini.  Kedua adalah berkaitan dengan Transformasi Besar-besaran Pertanian (Agriculture Transformation Program) melibatkan semua pihak. Ketiga adalah perlaksanaan program AGROPRENEUR MUDA dengan agresif. Ini dijalankan melalui program latihan komprehensif bagi menarik golongan muda dalam pertanian. Dicadangkan perlaksanaan projek melalui bantuan pinjaman kewangan sebanyak RM 100,000 daripada TEKUN dan pinjaman RM 300,000 daripada Agrobank dibawah program ini serta bantuan grant 30% kepada mereka yang sesuai menerima bantuan.


Perlaksanaan Agrobazaar akan diperkukuhkan dengan tujuan meningkatkan pemasaran hasil pertanian pada 2014. Kini sedang dimulakan pusat Agrobazaar di Singapura dimana akan menjual produk segar dari petani Malaysia di Singapura seperti durian musang king dikalangan pelancong disana. Penjualan secara on-line juga akan dikukuhkan. Sebanyak 50 pasartani baru akan dibuka pada 2014 dengan sasaran menambah outlet pasaran. Kekerapan pembukaan pasartani sedia ada juga akan ditambah intensitinya.  Keenam adalah cadangan pengujudan Universiti Agropolitan dibawah kelolaan MOA (NAFAS dan MARDI). Universiti swasta ini akan melatih graduan daripada NATC dan pihak lain untuk meningkatkan bilangan usahawan sektor pertanian dimasa akan datang.


Menteri berharap semua warga MOA akan bekerja sebagai satu pasukan dikalangan jabatan, Agensi dan semua peringkat. Beliau juga mengingatkan isu kenaikan harga barangan ketika ini seperti ikan dan sayuran akubat musim tengkujuh dan sebaiknya difahami oleh semua pihak iaitu jangan salahkan kerajaan sahaja. Akhirnya diingatkan agar semua pegawai bekerja dengan penoh komitment dan berintergriti. 
Sekian laporan dari AJK PERPETA.

Oleh,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(13 Januari 2014).
       

Tuesday, December 31, 2013

HARI LAHIR JANUARI 2014

SALAM PERPETA!

PERPETA mengucapkan 'Selamat Tahun Baru 2014' kepada semua ahli dimana juga kita berasa ketika ini. Sempena penulisan sulong PERPETA tahun 2014, amat wajar sekali saya mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua ahli-ahli PERPETA seramai 56 orang (tidak masuk AO yang baru joint Jabatan Pertanian) yang menyambutnya pada bulan JANUARI. Antara mereka adalah TKPP(O) - Datuk Ahmad Zakaria, Pengarah BKKT - En Hilmi,  Timb PPN Pahang- Tn Wasa dan ramai lagi sehingga no 56 iaitu Mohd Fahmi di Titi Gantung, Perak. Mereka ini merupakan kumpulan paling 'Tua' dalam kalendar tahun masihi kerana lahir pada Januari. Mereka juga terdiri daripada pelbagai Gred Jawatan daripada Gred Jusa sehingga Gred G41 yang bertugas bertaburan di seluruh negara. 


1
Mustapa bin Hamzah
Kota Bharu
2
Palasuberniam a/l Kaliannan
Biosekuriti KL
3
Halimi b. Mahmud  
Putrajaya
4
Ahmad Zakaria b. Hj.Mohd Sidek
Putrajaya
5
Md. Sufian Yek b. Md. Juni Yek
Kuala Lumpur
6
Md Umar b. Md Ali       
Shah Alam
7
Ab. Wasa b. Mohd Nor  
Kuantan ,Phg
8
Hanafiah b. Omar  (Bersara)
Kuala Lumpur
9
Mustapha b. Othman        
K. Terengganu
10
Sawiyah bt. Alias
Kuala Lumpur
11
Tajuddin b. Ahmad
Sepang
12
Nooridah bt Ahmad  
Putrajaya
13
Norbahani bt. Zakaria
Kota Bharu
14
Shukor bin Abdullah  
Alor Setar
15
Azahar b. Ibrahim
Telok Chengai
16
Rivoldiantoe b. Basran  
Kalaka Saribas
17
Normaizah bt. Ismail @ Manaf
Putrajaya
18
Muhamad Hilmi b. Abdul Rabiki
Serdang
19
Murugan a/l Subramaniam
Putrajaya
20
Jong Chun Sun 
Kerian
21
Mohd. Shafie b. Mohd. Sidek
Kuala Lumpur
22
Rohani bt. Jusoh  
Kuala Lumpur
23
Mohd Nazri b. Abu Seman 
Shah Alam
24
Nor Hassuddin bin Abdullah
Kuantan
25
Siti Aishah bt. Salleh 
Kuantan
26
Noraidah bt. Musa  
Chenor
27
Mohd Ibrahim bin Basri @ Basir
Titi Gantong
28
Zahida bt. Zam
Serdang
29
Murniwati bt. Mohd
Lundang
30
Zaifiwan b. Mat Zin   
Kuala Lumpur
31
Siti Mahramah bt. Hamidon
Putrajaya
32
Rosmaiza bt. Muhamad
Lundang
33
Rosnaini binti Hamzah
Putrajaya
34
Siow I Rene
ILPP Serdang
35
Mahanaweias binti Latif
Besut
36
Marfi'ah binti Sodono
Parit Botak
37
Siti Sapiah binti Mohd Razmi
Serdang
38
Nor Azlina bt. Jamil    
Telok Chengai
39
Eusebius Anak Joseph
Kalaka Saribas
40
Noor Azilah binti Mahidin
Titi Gantong
41
Siti Nurain binti Abdullah
Putrajaya
42
Ooi Keat Seong
Serdang (PEQ)
43
Rostidah binti Sapikit
Kuala Selangor
44
Laynil Hakih bt. Sulhan
Kuala Selangor
45
Lotezcia Anak Ajis @ Reni
Sarawak
46
Mohd Farish Daniel bin Abdullah       
Lundang
47
Anieza Shazmi binti Shaharom
Putrajaya
48
Fakrulrazi bin Mohamad
Telok Chengai
49
Nik Suriani binti Md Azmi
Kota Bharu
50
Rohani bt. Mohammad Isa
Putrajaya
51
Awang Iffaizul b Awang Mohamad Sapuani
Bandar Baharu
52
Laurina Anak Batin
Kuching
53
Nur Amalina binti Omran
Kuala Lumpur
54
Nurfadzlina binti Mohamad Rafdzi
Sungai Burong
55
Fronlee bin Erel
Hulu Perak/Grik
56
Mohd Fahmi bin Md. Mat Zaki
Titi Gantong

Adalah diharapkan dengan meningkatnya umur anda pada Januari 2014 maka akan menjadi lebih matang tahap profesionalisma dalam tugasan yang dipikul. Sumbangan anda semua memang diharap dapat memacu pembangunan sektor pertanian negara bagi mempastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi, berkualiti dan selamat di makan. Dikalangan mereka saya tidak pasti sama ada ada yang akan bersara tahun 2014 ini. Ini kerana kebanyakan pegawai pertanian kini sekitar 70% adalah daripada kumpulan 'AO Muda' yang berumur bawah 45 tahun. AO yang 'Otai' akan meninggalkan PERPETA dan Jabatan Pertanian mulai tahun 2014 ini secara berterusan selagi umur persaraan kekal 60 tahun!. Selamat Hari Lahir kepada semua yang akan menyambutnya pada bulan Januari ini. Mabuhay!

Oleh:
Ketua Biro

Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia.
(1 Januari 2014)

Monday, December 30, 2013

TAHUN 2014


SALAM PERPETA!

PERPETA mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua AJK PERPETA dan semua ahli-ahli persatuan. Tahun 2014 merupakan tahun yang penting bagi PERPETA kerana akan diadakan mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa yang baru sebelum akhir Jun 2014. Ini disebabkan mengikut peraturan PERPETA proses pemilihan AJK dilakukan dua tahun sekali dimana dijangkakan akan diadakan pada bulan Mei 2014. Sepanjang tahun 2013 ini beberapa aktiviti berkaitan persatuan dijalankan diperingkat nasional, jabatan, negeri dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini meliputi perjumpaan ahli-ahli PERPETA seperti Wacana Intelektual Pegawai Pertanian di Bukit Gambang Resort, Kuantan dan beberapa aktiviti-aktiviti modal insan, kebajikan dan sukan. Peranan AJK dan ahli sangat penting dalam menjayakan semua aktiviti. 

Tahun 2014 juga akan melihat beberapa Pegawai Kanan dan rakan-rakan kita akan bersara wajib. Ini termasuklah beberapa pegawai Kanan Jabatan di ketuai oleh Ketua Pengarah Pertanian, Timbalannya, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri dan lain-lain pegawai kanan yang lain. Dengan persaraan ini bermakna aka dikalangan rakan kita yang akan dilantik menggantikan jawatan tersebut. Begitu juga didalam pasukan AJK PERPETA sedia ada akan berlaku sedikit perubahan kerana ada AJK kita yang akan bersara. Pemilihan AJK baru diharapkan akan berjalan dengan lancar pada bulan Mei nanti. Semuga tahun 2014 akan memberikan ruang perjuangan lebih ceria untuk PERPETA kita. Wasallam!

Oleh,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA, 
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(31 Disember 2013)

Wednesday, December 18, 2013

SELAMAT HARI KRISMAS

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas atau Hari Natal kepada semua ahli-ahli PERPETA yang akan menyambut perayaan tersebut pada 25 Disember 2013 ini. Semuga perayaan tersebut akan memberikan kegembiraan kepada anda semua sempena cuti panjang hujong tahun. Kepada mereka yang akan balik kampong atau melancong, berhati-hatilah dijalanraya semuga sampai di destinasi yang dituju. Jangan lupa untuk kembali bertugas pada tahun hadapan kepada mereka yang cuti panjang. Akhir kata MERRY CHRISTMAS TO CHRISTIAN PERPETA MEMBERS". 
Salam hormat.

By,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya 
(20 Disember 2013) - Kami pun cuti juga!

Friday, December 13, 2013

TAHUN 2014 - PERSARAAN

SALAM PERPETA,

Masuk sahaja tahun 2014 akan berlaku proses persaraan ramai pegawai-pegawai dalam kerajaan termasuk di Jabatan Pertanian. Selain daripada ahli PERPETA yang berpangkat tinggi dan pertengahan, beberapa pegawai pertanian pada Gred G41 pun difahamkan akan bersara kerana umur yang mencecah 60 tahun. Kita akan kehilangan rakan-rakan dan ahli-ahli PERPETA yang telah menyumbangkan jasanya kepada Jabatan Pertanian dan Persatuan PERPETA khususnya. Sebahagian daripada meraka merupakan pengerak utama dalam penubuhan PERPETA dan sebahagian lagi adalah ahli jawatankuasa yang dibanggakan. Persaraan mereka pastinya memberikan impak yang terkesan dan rasanya akan digantikan dengan rakan-rakan kita yang akan menyambung khdimat bakti mereka. PERPETA berharap proses persaraan ini berjalan dengan lancar. Proses ini akan berlaku daripada awal tahun sehinggga penghujung tahun dan berterusan pada tahun-tahun berikutnya. Sama-samalah kita tunggu siapa dikalangan kita yang akan bersara tahun 2014.

By,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(2 Safar 1435H)


Wednesday, December 4, 2013

SELAMAT HARI LAHIR DISEMBER

SALAM PERPETA,

PERPETA buat kali akhir tahun 2013 ini mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada seramai 50 orang Pegawai Pertanian yang menyambutnya pada Bulan Disember 2013. Mereka terdiri daripada pelbagai Gred dan Lokasi yang berbeza-beza daripada yang paling senior sehingga yang masih junior. Merujuk kepada jadual di bawah, Pengarah Pertanian Kelantan adalah pada tangga teratas diikuti dengan TPPN Terengganu, Nursiah, Hj Mohd Yunus Ismail dan ke 5 adalah Md Ikhwan. Juliana Titonga dari Putrajaya mendudukki tangga ke 50 dalam senarai maknanya dia adalah yang paling muda ketika ini (Tidak masuk AO yang baru dilantik - Belum masuk PERPETA lagi kot!).

                       NAMA PEGAWAI           TEMPAT BERTUGAS
1
Ab llah b. Ismail
Lundang
2
Mohamed b. Abdullah
Kuala Terengganu
3
Nursiah bt. Mohd Tajul Aros
Kuala Lumpur
4
Mohd Yunus b. Ismail 
Serdang
5
Md Ikhwan Kwan b. Abdullah
Kuala Lumpur
6
Fatimah bt. Mohd Nasir
Putrajaya
7
Manogaran a/l Manusami
Kuala Lumpur
8
Mohd Abdullah b. Hamat    
Lundang
9
Faridah Aini bt. Muhammad
Putrajaya
10
Mohamad Zin b. Mohd Supaat
Putrajaya
11
Hamid b. Omar
Bumbong Lima
12
Zulkefly b. Harun
Besut
13
Esa b. Sulaiman    
Putrajaya
14
Azemi b. Mohammad
Pasir Mas
15
Azmi b. Mahmood
Baling
16
Ibrahim bin Abd. Rahman
Bumbong Lima
17
Nik Hamadi b. Nik Abdullah
Lundang
18
Nor Sam bt. Alwi
Putrajaya
19
Dona Lakai  
Putrajaya
20
Mustadza bin Shukor
Shah Alam
21
Ulah Anak Anggat 
Kuala Lumpur
22
Laim Kosom
Putrajaya
23
Noremeliawati bt. Abdullah   
Tanjong Karang
24
Shukran b. Abdul Rahman   
Hulu Paka
25
Arizal b. Arshad 
Kuala Lumpur
26
Maturuni bin Tukiman
Putrajaya
27
Hayusri Faizal bin Idris
Kuala Lumpur
28
Hafiza bt. Che Abdul Manan
Serdang
29
Clyne Hardy ak Raymond Sakor 
Titi Gantong
30
Hamidah bt. Abdul Hamid
Hulu Terengganu
31
Kasazlinda bt. Jamal
Putrajaya
32
Maslina bt. Ismail
Putrajaya
33
Mohd Herman bin Zolkapli
Serdang
34
Fahishon b. Abbas  
Jerantut
35
Noraini binti Mohd Nawi
K.Terengganu
36
Yumin anak Sura    
Telok Chengai
37
Lim Keat Seong
Bumbong Lima
38
Madora binti Ab. Manan
Kuala Lumpur
39
Saiarah bt. Asri
Putrajaya
40
Khong Chee Leong
Ipoh
41
Azlina binti Md Dom
Johor Bharu
42
Nur Malina bt. Che Mohd Sukarhata
Putrajaya
43
Nur Liyana binti Mohd Zin
Putrajaya
44
Nurhafizah bt. Ismail
Lundang
45
Siti Nur bt. Ahmad  
Ayer Hitam
46
Syaharuddin b. Md Zain
Telok Chengai
47
Tasnim binti Ghazali
Cameron Highlands
48
Umairah bt. Abu Kasim 
Seremban
49
Norhazlan bin Mohd Nor
Rhu Tapai
50
Juliana Ritonga bt. Saipul Jannah
Putrajaya


Sempena cuti sekolah dan musim banjir ini, pandai-pandailah mereka menyambut hari lahir mereka sama ada dibuat secara sederhana atau unik seperti menyambutnya di lokasi banjir. PERPETA mendoakan agar mereka akan diberikan kesihatan, kebahagiaan dan komitment yang jitu dalam menjalankan tugas sebagai Pegawai Pertanian. Semuga akan terus berjaya dalm kerjaya!. Wasallam!...

By,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya 
(1 Safar 1435H)