Sunday, January 12, 2014

AMANAT MENTERI PERTANIAN 2014

SALAM PERPETA,

Menteri Pertanian dan Inustri Asas Tani telah memberikan satu Amanat Tahun 2014 kepada hampir 3,000 warga Kementerian Pertanian Malaysia di Dewan Utama, MAEPS ,Serdang, Selangor pada 13 Januari 2014. Ramai Ketua Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Pertanian serta Ahli-ahli PERPETA yang hadir dalam majlis tersebut yang mana merupakan julung-julung kali diadakan oleh menteri pertanian kita. Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Pertanian, KSU, TKSU dan Pengerusi FAMA. Pertama sekali menteri menucapkan Selamat Tahun Baru 2014 dan tahniah kepada semua warga MOA kerana banyak kejayaan dicapai sepanjang tahun 2013 termasuk fakta KDNK Pertanian telah meningkat daripada 0.4% (2012) kepada 2.1% pada 2013. Pada penggal ketiga 2013 ia menunjukkan peningkatan kepada 5.5%. Sumbangan sektor pertanian akan terus relevan dalam pembangunan negara dimana peranan semua warga MOA adalah signifikan.


Antara beberapa kejayaan sepanjang tahun 2013 iaiah dimana Jabatan Pertanian telah berjaya mengenalpasti maklumat mengenai 110,000 hektar tanah terbiar yang lengkap untuk dimajukan. Status lokasi tanah, nama pemilik, kesesuaian tanah dan maklumat lain boleh digunakan kepada golongan petani muda untu menjalankan projek pertanian. Kedua, dalam sektor perikanan, kerajaan telah meletakkan dasar 50% agihan antara projek akuakultur perikanan dengan 50% lagi untuk tangkapan ikan dilaut. Dahulu dasar ini adalah 80% tangkapan ikan di laut dan 20% daripada aktiviti akuakultur. Masaalah harga ikan meningkat dengan tinggi semasa musim tengkujuh dapat diatasi dengan berubahan dasar penting ini. Ketiga, pihak MARDI telah berjaya melancarkan penanaman Padi Aerob iaitu sejenis padi yang kurang menggunakan air dmana ia memadai dengan penggunaan sistem sprinkler sahaja. Kalau ia diperluaskan dan ditanam 3 kali setahun, maka kadar hasil padi negara dapat ditingkatkan 3 kali ganda. MARDI diminta mempercepatkan lagi pengedaran benih dan pakej teknologi tanaman adi baru ini.


Keempat adalah pengujudan 'War Room' dimana senua maklumat statistik berkaitan sektor pertanian dan bekalan disediakan. Data ini perlukan jabatan dan agensi untuk mengisinya dimana menteri dan semua pihak akan dapat menggunakan maklumat tersebut dengan lebih kukuh. Kelima menteri menyentuk isu pemasaran yang kini telah mendapat perhatian pihak kerajaan dengan pengujudan Majlis Ekspot Negara bagi tujan meningkatkan pemasaran hasil pertanian negara. Ketujuh ialah pengenalan peraturan dasar tidak membenarkan penggunaan pukat tunda oleh nelayan kurang dari 38 mm yang diluluskan pada 2013. Walau pun peraturan ini mendapat tentangan hebat dari segelintir nelayan, kerajaan akan menguatkuasakan larangan ini untuk kepentingan majoriti dan khazanah negara.


Bagi perlaksanaan program pada tahun 2014 pula, menteri telah menyenaraikan beberapa rancangan untuk pegawai dibawah MOA melaksanakannya. Pertama sekali adalah JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH dengan meningkatkan peranan pihak FAMA dan NEKMAT dalam rantaian nilai sistem pemasaran. Lebih banyak program bersama petani, nelayan dan penternak akan diadakan dalam usaha ini.  Kedua adalah berkaitan dengan Transformasi Besar-besaran Pertanian (Agriculture Transformation Program) melibatkan semua pihak. Ketiga adalah perlaksanaan program AGROPRENEUR MUDA dengan agresif. Ini dijalankan melalui program latihan komprehensif bagi menarik golongan muda dalam pertanian. Dicadangkan perlaksanaan projek melalui bantuan pinjaman kewangan sebanyak RM 100,000 daripada TEKUN dan pinjaman RM 300,000 daripada Agrobank dibawah program ini serta bantuan grant 30% kepada mereka yang sesuai menerima bantuan.


Perlaksanaan Agrobazaar akan diperkukuhkan dengan tujuan meningkatkan pemasaran hasil pertanian pada 2014. Kini sedang dimulakan pusat Agrobazaar di Singapura dimana akan menjual produk segar dari petani Malaysia di Singapura seperti durian musang king dikalangan pelancong disana. Penjualan secara on-line juga akan dikukuhkan. Sebanyak 50 pasartani baru akan dibuka pada 2014 dengan sasaran menambah outlet pasaran. Kekerapan pembukaan pasartani sedia ada juga akan ditambah intensitinya.  Keenam adalah cadangan pengujudan Universiti Agropolitan dibawah kelolaan MOA (NAFAS dan MARDI). Universiti swasta ini akan melatih graduan daripada NATC dan pihak lain untuk meningkatkan bilangan usahawan sektor pertanian dimasa akan datang.


Menteri berharap semua warga MOA akan bekerja sebagai satu pasukan dikalangan jabatan, Agensi dan semua peringkat. Beliau juga mengingatkan isu kenaikan harga barangan ketika ini seperti ikan dan sayuran akubat musim tengkujuh dan sebaiknya difahami oleh semua pihak iaitu jangan salahkan kerajaan sahaja. Akhirnya diingatkan agar semua pegawai bekerja dengan penoh komitment dan berintergriti. 
Sekian laporan dari AJK PERPETA.

Oleh,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(13 Januari 2014).
       

No comments:

Post a Comment