Monday, December 30, 2013

TAHUN 2014


SALAM PERPETA!

PERPETA mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua AJK PERPETA dan semua ahli-ahli persatuan. Tahun 2014 merupakan tahun yang penting bagi PERPETA kerana akan diadakan mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa yang baru sebelum akhir Jun 2014. Ini disebabkan mengikut peraturan PERPETA proses pemilihan AJK dilakukan dua tahun sekali dimana dijangkakan akan diadakan pada bulan Mei 2014. Sepanjang tahun 2013 ini beberapa aktiviti berkaitan persatuan dijalankan diperingkat nasional, jabatan, negeri dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini meliputi perjumpaan ahli-ahli PERPETA seperti Wacana Intelektual Pegawai Pertanian di Bukit Gambang Resort, Kuantan dan beberapa aktiviti-aktiviti modal insan, kebajikan dan sukan. Peranan AJK dan ahli sangat penting dalam menjayakan semua aktiviti. 

Tahun 2014 juga akan melihat beberapa Pegawai Kanan dan rakan-rakan kita akan bersara wajib. Ini termasuklah beberapa pegawai Kanan Jabatan di ketuai oleh Ketua Pengarah Pertanian, Timbalannya, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri dan lain-lain pegawai kanan yang lain. Dengan persaraan ini bermakna aka dikalangan rakan kita yang akan dilantik menggantikan jawatan tersebut. Begitu juga didalam pasukan AJK PERPETA sedia ada akan berlaku sedikit perubahan kerana ada AJK kita yang akan bersara. Pemilihan AJK baru diharapkan akan berjalan dengan lancar pada bulan Mei nanti. Semuga tahun 2014 akan memberikan ruang perjuangan lebih ceria untuk PERPETA kita. Wasallam!

Oleh,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA, 
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(31 Disember 2013)

No comments:

Post a Comment