Saturday, July 7, 2012

TAHNIAH

TAHNIAH!

TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA KETUA PENGARAH PERTANIAN , TUAN HAJI MUSTAFA BIN KAMAL DIATAS PERLANTIKAN BELIAU SEBAGAI KETUA PENGARAH PERTANIAN, JABATAN PERTANIAN MALAYSIA YANG BARU MULAI 6 JUN 2012. BERITA INI ADA DI MUATKAN DIDALAM PORTAL JABATAN PERTANIAN MALAYSIA. PERPETA MENGHARAPKAN BELIAU AKAN MENYOKONG TERUS PERSATUAN KITA DENGAN LEBIH CEMERLANG SEBAGAI PENASIHAT KEPADA PERSATUAN KITA. DIATAS PERLANTIKKAN TERSEBUT KITA MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DAN CERIA SELALU!

TAHNIAH JUGA DI UCAPKAN KEPADA AJK PERPETA TUAN HAJI JABAR BIN SHAIK MOHIDEEN YANG TELAH DI NAIKAN PANGKAT DARIPADA GRED G54 KEPADA GRED JUSA C MULAI 6 JUN 2012 SEBAGAI PENGARAH BAHAGIAN PERLINDUNGAN TANAMAN, JABATAN PERTANIAN, KUALA LUMPUR. DIATAS PERLANTIKAN TERSEBUT BELIAU DIHARAP AKAN TERUS MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG AKTIF DALAM PERPETA. TEMPAT BELIAU AKAN DIGANTIKAN DENGAN EN ZANIL ABDIN YUSOF SEBAGAI PENGARAH BAHAGIAN PERANCANGAN DAN KOMUNIKASI MAKLUMAT JABATAN PERTANIAN. TAHNIAH JUGA DI UCAPKAN KEPADA EN ZANIL!

KEPADA RAKAN-RAKAN AHLI PERPETA YANG TELAH NAIK PANGKAT DARIPADA GRED G52 KEPADA GRED G54 BARU-BARU INI JUGA DI UCAPKAN TAHNIAH! 
MEREKA ADALAH :

1. Ibrahim Saleh - HORTIKULTUR (SAYUR)
2. Shahrizan Majid - HORTIKULTUR (BUAH)
3. Ab llah Ismail -PPN KELANTAN
4. Md Zin Supaat - PTIF (PADI)
5. Asaari Hassan - SOIL
6. Nik Mazlan Wan Abu Bakar - HORTIKULTUR (BENIH)
7. Halimi Mahmud - KUALITI (PENGARAH)
8. Abdul Daut - PENGEMBANGAN
9. Zabidi Dun - PTIF
10. Zanil Abdin Yusof - PERANCANGAN (PENGARAH)
11. Yusof Othman - CPT, KL
12. Johari Jemain - INTAN KL

SEMUGA KENAIKAN PANGKAT INI AKAN MEMBERIKAN KESAN SIGNIFIKAN KEPADA JABATAN PERTANIAN DALAM MEMBANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN DI NEGARA KITA!

PERGI KE PASAR BELI KETAM BATU
DI GORENG SEDAP DI MAKAN SELALU
MARILAH KITA SEMUA TERUS BERSATU
AGAR JABATAN PERTANIAN TERUS MAJU

By,
Ketua Biro
Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya

Wednesday, July 4, 2012

PEGAWAI PERTANIAN PAKAR

PEGAWAI PERTANIAN PAKAR telah dicadangkan dalam satu Bengkel Cadangan Penambaikan pegawai-pegawai dalam Jabatan Pertanian pada 5 Julai 2012 di Bilik Banquet, Aras 16, Jabatan Pertanian Putrajaya. Bengkel ini telah di hadiri oleh AJK PERPETA iaitu En Hashim Hasan, Hj Mohd Anim Hosnan, Ismail Mohamad, En Fauzan dan Pn Hashida. Kumpulan PERPETA di minta menyediakan kertas cadangan sistem perlaksanaan 'Pegawai Pakar' dalam Jabatan Pertanian. Diantara beberapa kriteria yang mungkin boleh di masukkan untuk pegawai pakar adalah seperti mempunyai kelayakan akademik sesuai, pengalaman bertugas dalam bidang khusus selama 10 tahun, Mempunyai Sijil Sokongan Profesional, Mempunyai Prestasi kerja cemerlang, Ada penulisan dan pembentangan kertas teknikal dan sebagainya. Mereka juga perlu di LULUSKAN oleh panel penilaai kepakaran yang akan dilantik untuk mengiktiraf seseorang pakar jabatan. Beberapa cadangan insentif untuk pegawai pakar seperti kenaikan gaji tahunan , elaun pegawai pakar, bayaran yuran badan profesional ditanggung dan juga peluang untuk menghadiri kursus pakar dalam bidang yang di kehendakki.

Kertas cadangan ini akan di bawa kepada pihak pengurusan Jabatan Pertanian untuk dipersetujui dan kemudian kepada pihak CUEPAC yang mana Kesatuan Pembantu Pertanian menjadi ahli dalam CUEPAC. Pengiktirafan pegawai pakar ini dijangka akan meningkatkan lagi imej Jabatan Pertanian dan memajukan kemajuan kerjaya seseroang pegawai dalam jabatan. Bengkel yang sama turut dihadiri oleh Persatuan Penolong Pegawai Pertanian, Kesatuan Pembantu Pertanian dan di kelolakan oleh Bahagian PSM, Putrajaya. Semuga usaha kita melalui PERPETA akan mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak pengurusan dan Suruhanjaya Penambahbaikan SSM. Berdoalah kita bersama agar sistem mengujudkan kepakaran pegawai dalam Jabatan Pertanian akan terlaksana.

Pelapor,
Ketua Biro
Modal Insan
PERPETA 

Saturday, June 30, 2012

MESYUARAT MBJ

MESYUARAT MBJ (Majlis Bersama Jabatan) Bilangan 2/2012 telah diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 29 Jun 2012. PERPETA telah menghantar 2 orang perwakilan dalam mesyuarat ini iaitu Ketua Biro Modal Insan dan Ketua Biro ICT/Informasi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y Bhg Ketua Pengarah Pertanian ini juga dihadiri oleh AJK atau wakil daripada Persatuan Penolong Pegawai Pertanian, Kesatuan Pembantu Pertanian, Kumpulan Gunasama, Kumpulan Pemandu, Kumpulan Pekerja Selangor dan sebagainya. PERPETA telah membawa sebanyak 6 usul yang membincangkan beberapa isu untuk kebaikan kumpulan pegawai pertanian demi kebaikan perkhidmatan dan kebanyakan usul diterima dan telah dibincangkan dengan suasana harmoni. Persatuan PERPETA juga dilantik sebagai Naib Pengerusi bersama bagi kumpulan pekerja dalam mesyuarat akan datang. Dicadangkan dan dipersetujui agar wakil-wakil daripada kumpulan pekerja adalah oleh mereka yang tetap dilantik oleh kumpulan mereka dan elakan pertukaran wakil. Jabatan Pertanian telah diiktiraf oleh JPA sebagai Jabatan yang berjaya mengadakan mesyuarat MBJ dengan jayanya mengikut jadual dan menerima surat TAHNIAH.


Ahli mesyuarat juga berpeluang melawat beberapa projek pertanian di WP Labuan seperti Stesyen Pertanian Kilan, Projek IAT memproses VCO dari kelapa dan Projek Tanaman Sayur Organik. Pengarah Pertanian Labuan telah memberikan taklimat mengenai kemajuan pertanian di Labuan dan beberapa aktiviti yang dijalankan. Artikel mengenai VCO slika baca disini (Klik disini) dan Artikel mengenai Perladangan Organik 'Green Farm' boleh dibaca disini (Klik disini). Mesyuarat dan lawatan kali ini akan juga di adakan di negeri lain secara berbelang di ibupejabat pada masa akan datang.


Ketua Biro Modal Insan
PERPETA
(10 Syaaban 1433H)

Monday, June 18, 2012

SKIM PEGAWAI PERTANIAN

SALAM SEMUA,


Baru-baru ini pada 6-7 Jun 2012 telah diadalah Program Semakan Jawatan untuk Jabatan Pertanian dari Gred G17 - G54 yang diadakan di Hotel Gold Coast , Klang yang di hadiri oleh hampir 100 orang pegawai. Peserta terdiri daripada ahli-ahli dan Jawatankuasa dari Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian (PERPETA), Persatuan Penolong Pegawai Pertanian dan Kesatuan Pembantu Luar Pertanian. Mereka datang dari Putrajaya, Bahagian-bahagian dan Jabatan Pertanian Negeri-negeri termasuk Negeri Sabah dan Sarawak. Bahagian PSM Putrajaya telah menjadi seketariat program ini dimana Yang Bhg Datok Omar Osman (Presiden CUEPAC) hadir memberikan penerangan yang memberangsangkan dalam ucaptama penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Bengkel dipecahkan kepada beberapa kumpulan iaitu 2 Kumpulan Pegawai Pertanian, 1 Kumpulan Penolong Pegawai Pertanian dan 3 Kumpulan Pembantu Pertanian. Bagaimana pun kumpulan dari Kesatuan Pembantu Pertanian telah mencamtumkan temuan dari 3 kumpulan kepada satu pembentangan sahaja.  


Terdapat 9 perkara yang dibincangkan dalam bengkel tersebut bertujuan untuk menambahbaik semua Skim Perjawatan dalam Jabatan Pertanian dibawah SSM. Antara perkara yang dibincang adalah bagaimana hendak meningkatkan tahap kepakaran dan Profesiolisme pegawai, tempoh kenaikan gred jawatan, tahap kritikal jawatan dan sebagainya. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk membentangkan temuan dan dibuat sessi soaljawab yang dipengerusikan oleh Pengarah PSM. Keputusan perbincangan akan dibawa kepada Mesyuarat Khas Penambahbaikan SSM dianjurkan bersama JPA dan CUEPAC pada 12 Jun 2012. 


Persatuan Penolong Pegawai Pertanian mencadangkan agar Gelaran Nama Penolong Pegawai Pertanian di tukar kepada 'Pegawai Pertanian Tanpa Ijazah' sementara Kesatuan Pembantu Pertanian mencadangan nama skim Pembantu Pertanian kepada nama 'Pegawai Pertanian'. Ini kerana menurut kasatuan , orang kampong tetap panggil Pembantu Pertanian yang datang membuat kerja sebagai 'Pegawai Pertanian'. PERPETA masih mengekalkan nama skim sebagai 'Pegawai Pertanian' dan tidak bercadang untuk mengubahnya. Ahli-ahli PERPETA fikirkanlah sendiri 'PRO' dan 'CON' akan cadangan tersebut.... Itu cuma cadangan sahaja... Belum dimajukan kepada JPA lagi!


Ketua Biro Modal Insan
PERPETA
Putrajaya
(28 Rejab 2012) 

Wednesday, June 13, 2012

SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN.....


BERITA PERPETA ini di terbitkan pada hari ini 12 Jun 2012 untuk mengembangkan maklumat kepada semua ahli-ahli Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian (PERPETA) dan kepada rakyat marhaein yang sudi untuk mencari maklumat. Blog ini di buat dengan tujuan tulus ikhlas untuk menambah erat silaturahim diantara kita golongan Pegawai-pegawai Pertanian yang masih hidup, mampu berfikir dan menyumbangkan khidmat bakti dalam sektor pembangunan pertanian khususnya sektor tanaman. Sebarang maklumat mengenai PERPETA boleh dihantar terus kepada Setiausaha PERPETA dan AJK PERPETA untuk dimasukkan kedalam ruangan ini. Sama-samalah kita berdoa dan bersatu untuk kebaikan bersama dan semuga di redhai ALLAH SWT!
Wasallam.


Ketua Biro Modal Insan
PERPETA

DENGGI

Asalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Presiden PERPETA Jabatan Pertanian YH Dato Sabtu Slamat telah dimasukkan ke Hospital , Serdang, Selangor akibat dijangkiti kuman Denggi. Beliau telah keluar hospital pada 11 Jun 2012 setelah hampir seminggu berada di Wad 7D dan menerima rawatan sehingga sembuh. Ramai AJK PERPETA dan ahli-ahli PERPETA telah datang menziarahi beliau ketika di wad tersebut. Kami mendoakan kepada kesihatan beliau agar terus dapat menerajui persatuan kita. Semuga beliau  kembali bertugas seperti biasa.


Ketua Biro Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya

AHLI PERPETA MENINGGAL DUNIA

Asalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,


Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang Ahli Kita iaitu Tuan Haji Hamid bin Bakir, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Padi, Bahagian PTIF telah meninggal dunia pada JUMAAT 8 Jun 2012. PERPETA mengucapkan Takziah kepada ahli keluarganya dan akan memberikan sumbangan sewajarnya. Sama-samalah kita hadiahkan Fatehah untuk arwah beliau...Al-Fatehah.


Ketua Biro Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Malaysia
Putrajaya