Monday, June 18, 2012

SKIM PEGAWAI PERTANIAN

SALAM SEMUA,


Baru-baru ini pada 6-7 Jun 2012 telah diadalah Program Semakan Jawatan untuk Jabatan Pertanian dari Gred G17 - G54 yang diadakan di Hotel Gold Coast , Klang yang di hadiri oleh hampir 100 orang pegawai. Peserta terdiri daripada ahli-ahli dan Jawatankuasa dari Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian (PERPETA), Persatuan Penolong Pegawai Pertanian dan Kesatuan Pembantu Luar Pertanian. Mereka datang dari Putrajaya, Bahagian-bahagian dan Jabatan Pertanian Negeri-negeri termasuk Negeri Sabah dan Sarawak. Bahagian PSM Putrajaya telah menjadi seketariat program ini dimana Yang Bhg Datok Omar Osman (Presiden CUEPAC) hadir memberikan penerangan yang memberangsangkan dalam ucaptama penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Bengkel dipecahkan kepada beberapa kumpulan iaitu 2 Kumpulan Pegawai Pertanian, 1 Kumpulan Penolong Pegawai Pertanian dan 3 Kumpulan Pembantu Pertanian. Bagaimana pun kumpulan dari Kesatuan Pembantu Pertanian telah mencamtumkan temuan dari 3 kumpulan kepada satu pembentangan sahaja.  


Terdapat 9 perkara yang dibincangkan dalam bengkel tersebut bertujuan untuk menambahbaik semua Skim Perjawatan dalam Jabatan Pertanian dibawah SSM. Antara perkara yang dibincang adalah bagaimana hendak meningkatkan tahap kepakaran dan Profesiolisme pegawai, tempoh kenaikan gred jawatan, tahap kritikal jawatan dan sebagainya. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk membentangkan temuan dan dibuat sessi soaljawab yang dipengerusikan oleh Pengarah PSM. Keputusan perbincangan akan dibawa kepada Mesyuarat Khas Penambahbaikan SSM dianjurkan bersama JPA dan CUEPAC pada 12 Jun 2012. 


Persatuan Penolong Pegawai Pertanian mencadangkan agar Gelaran Nama Penolong Pegawai Pertanian di tukar kepada 'Pegawai Pertanian Tanpa Ijazah' sementara Kesatuan Pembantu Pertanian mencadangan nama skim Pembantu Pertanian kepada nama 'Pegawai Pertanian'. Ini kerana menurut kasatuan , orang kampong tetap panggil Pembantu Pertanian yang datang membuat kerja sebagai 'Pegawai Pertanian'. PERPETA masih mengekalkan nama skim sebagai 'Pegawai Pertanian' dan tidak bercadang untuk mengubahnya. Ahli-ahli PERPETA fikirkanlah sendiri 'PRO' dan 'CON' akan cadangan tersebut.... Itu cuma cadangan sahaja... Belum dimajukan kepada JPA lagi!


Ketua Biro Modal Insan
PERPETA
Putrajaya
(28 Rejab 2012) 

No comments:

Post a Comment