Wednesday, July 4, 2012

PEGAWAI PERTANIAN PAKAR

PEGAWAI PERTANIAN PAKAR telah dicadangkan dalam satu Bengkel Cadangan Penambaikan pegawai-pegawai dalam Jabatan Pertanian pada 5 Julai 2012 di Bilik Banquet, Aras 16, Jabatan Pertanian Putrajaya. Bengkel ini telah di hadiri oleh AJK PERPETA iaitu En Hashim Hasan, Hj Mohd Anim Hosnan, Ismail Mohamad, En Fauzan dan Pn Hashida. Kumpulan PERPETA di minta menyediakan kertas cadangan sistem perlaksanaan 'Pegawai Pakar' dalam Jabatan Pertanian. Diantara beberapa kriteria yang mungkin boleh di masukkan untuk pegawai pakar adalah seperti mempunyai kelayakan akademik sesuai, pengalaman bertugas dalam bidang khusus selama 10 tahun, Mempunyai Sijil Sokongan Profesional, Mempunyai Prestasi kerja cemerlang, Ada penulisan dan pembentangan kertas teknikal dan sebagainya. Mereka juga perlu di LULUSKAN oleh panel penilaai kepakaran yang akan dilantik untuk mengiktiraf seseorang pakar jabatan. Beberapa cadangan insentif untuk pegawai pakar seperti kenaikan gaji tahunan , elaun pegawai pakar, bayaran yuran badan profesional ditanggung dan juga peluang untuk menghadiri kursus pakar dalam bidang yang di kehendakki.

Kertas cadangan ini akan di bawa kepada pihak pengurusan Jabatan Pertanian untuk dipersetujui dan kemudian kepada pihak CUEPAC yang mana Kesatuan Pembantu Pertanian menjadi ahli dalam CUEPAC. Pengiktirafan pegawai pakar ini dijangka akan meningkatkan lagi imej Jabatan Pertanian dan memajukan kemajuan kerjaya seseroang pegawai dalam jabatan. Bengkel yang sama turut dihadiri oleh Persatuan Penolong Pegawai Pertanian, Kesatuan Pembantu Pertanian dan di kelolakan oleh Bahagian PSM, Putrajaya. Semuga usaha kita melalui PERPETA akan mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak pengurusan dan Suruhanjaya Penambahbaikan SSM. Berdoalah kita bersama agar sistem mengujudkan kepakaran pegawai dalam Jabatan Pertanian akan terlaksana.

Pelapor,
Ketua Biro
Modal Insan
PERPETA 

No comments:

Post a Comment